SYAQUILLA - BAB 20🔥

22.5K 715 53
                                    



IQBAL mengerling ke cermin sisi belakang. Dia mengeluh perlahan apabila kelihatan Natasha masih menitiskan air mata tanpa henti. Sudah bengkak wajah gadis itu sekarang.

"Cik Tasha.. aku sarankan kau balik.. tak perlu pergi la majlis malam ni. Aku taknak la kau pergi dalam keadaan macam ni.." ujarnya dengan riak berkerut.

Natasha menggeleng perlahan. "Saya tetap kena pergi sebab majlis ni penting. Saya taknak nampak pengecut. Saya kena pergi juga untuk kali terakhir. Lepas tu saya dah malas nak menghadap daddy."

Berkerut dahi Iqbal dibuatnya. "Kenapa? Kau nak tinggalkan Tuan Syazwan ke?"

Natasha menghela nafas perlahan. "Untuk sementara waktu, saya kena jauhkan diri dari daddy kalau taknak pergaduhan kami makin besar. Daddy tu adalah saya tau? Dia degil macam saya. Jadi saya taknak ada peperangan pula dalam rumah nanti."

Iqbal mengeluh lalu mengangguk sahaja. Tak apa. Dia tetap akan menjaga Natasha walau apa sekalipun. Itu janjinya pada Tuan Syazwan.

Natasha masih memandang ke luar tingkap. Dia tidak mahu bercakap dengan sesiapa termasuklah Iqbal. Iqbal pula bimbang melihat gadis itu sekarang. Padahal sebelum ini ada sahaja perkataan yang menyakitkan hati keluar dari bibir itu.

*:・゚✧*:・゚✧

NATASHA senyum kelat pada pelayan di majlis itu. Dia merangkul kemas lengan Iqbal walaupun Iqbal selalu menepis tangannya.

"Aku rasa kau boleh je berjalan tanpa pegang aku kan? Tak manis la orang tengok macam ni. Lepas!" Ujar Iqbal lalu menepis kasar tangan Natasha. Natasha menjeling.

"Sentuh sikit je pun. Tu pun nak berkira."

"Yang sikit ni pun tercatat sebagai dosa juga."

Deep. Ok sudah. Natasha akan diam je. Ini yang malas nak bercakap dengan Iqbal ni..

Natasha mengerling Iqbal yang bertuxedo hitam. Uwuu henshem boy.. Natasha suka hikhik.

"Hensem awak malam ni.." ujar Natasha dengan senyuman. Iqbal berpaling ke arah Natasha sambil tangan dimasukkan di dalam poket.

"Yeah aku tahu. Tak macam kau, terdedah sana-sini. Dah macam miskin kain pun ada." Ujar Iqbal lalu menayangkan riak geli. Berkerut dahi Natasha.

Dia terus menunduk melihat pakaiannya. Hmm betul la tu. Dia memakai dress sehingga paras kaki namun dressnya tiada lengan. Jadi agak terdedah la dibahagian atas sekarang.

Diam sahaja Natasha selepas itu. Mulut Iqbal ni makin lama makin bahaya. Lebih baik dia diamkan diri sahaja sebelum Iqbal melontarkan fakta yang pedas..

"Cik Tasha?" Natasha berpaling ke arah suara itu lalu senyum tipis pada lelaki tua itu. "Dato.." tegur Natasha perlahan lalu menunduk sedikit.

Dato itu senyum lalu mendepa tangan ingin memeluk Natasha. Iqbal berdehem sedikit lalu menarik tangan Natasha mendekatinya. Natasha ada mengatakan bahawa clientnya agak suka menyentuh dirinya.

Nak taknak Natasha hanya bersabar sahaja. Natasha selalu menepis namun tangan mereka tetap galak menyentuh badan Natasha.

Natasha senyum apabila Iqbal melindunginya sekarang. Berkerut dahi dato tersebut.

"Who are you? I tak pernah nampak pula sebelum ni.." tanya dato itu kepada Iqbal.

Iqbal senyum tipis. "Saya driver cik Tasha.." dato itu mengangguk. "Driver je kan? Buat apa masuk kedalam majlis kami ni?" Tanyanya sinis.

Iqbal menyimpan keluh. Kerana inilah dia malas ingin mengikuti Natasha namun gadis itu selalu memaksa. Terpaksalah dia mengikut Natasha. Nak dilawan tapi kesian pula melihat Natasha yang menangis tidak henti.

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now