"BALIK pukul berapa semalam?" Tanya Tuan Syazwan yang sedang minum kopi dipagi ini. Hari ini merupakan hujung minggu kerana itulah kelihatan Tuan Syazwan agak tenang di pagi ini.Biasanya dia lah yang cepat-cepat pergi bekerja. Maklumlah, dia ceo. Dia tak bleh lewat. Dia kena menunjukkan sikap yang terbaik kepada pekerjanya.
Natasha yang baru sahaja turun dari tangga itu mengerling kearah Tuan Syazwan. Dia mengeluh perlahan. Dia mula melangkah kearah bapanya lalu mencium sekilas pipi bapanya. Tersenyum Tuan Syazwan apabila dapat ciuman anaknya di pagi hari.
"Dalam pukul 12 jugak Tasha sampai rumah semalam." Ujar Natasha lalu mengambil sekeping roti diatas meja. Dia mengunyah laju roti tersebut. Maklumlah, dia nak keluar harini. Nak pergi shopping pula..
Tuan Syazwan mengangguk. "Balik dengan Iqbal ke?" Natasha mengangguk sambil mengunyah. "Dengan dia la daddy.. Tasha pergi dengan dia kan? Balik dengan dia la.."
"Good. Nampaknya dia betul-betul jaga anak daddy.." ujar Tuan Syazwan lalu senyum tipis.
Natasha memutarkan biji matanya. "Terlalu awal untuk menilai daddy. Entah-entah dia ada niat jahat? Semalam dia buat baik sebab dia masih baru. Tengok la dalam minggu depan or minggu ni. Mesti dia buat onar. Trust me."
Tuan Syazwan menggeleng perlahan. Tak habis-habis fikir negatif anaknya itu..
"Tapi Mak Timah tengok Iqbal tu baik orangnya.. dia tak macam lelaki lain.." ujar Mak Timah yang baru sahaja datang dari dapur.
Natasha berdecit. "Yang nampak baik tu la kena careful. Tak semua yang nampak baik kita boleh percaya. Entah-entah depan kita je dia baik. Belakang macam setan." Ujar Natasha lalu memandang kearah Anas yang baru sahaja turun dari tangga.
Dia senyum sinis kearah Anas setelah mentuturkan perkataan itu. Anas senyum buat-buat. Tahu la dia yang Natasha bercakap tentangnya.
"Tasha.. language.. berapa kali dah daddy nak pesan? Jaga kata-kata tu.. nanti takde orang nak tau kalau cakap kasar macam ni.." marah Tuan Syazwan lalu menggeleng.
Entah bagaimana lagi cara untuk dia ubah perangai Natasha. Natasha terlalu sombong dan angkuh dengan semua orang sehingga tidak menjaga hati mereka.
Natasha memutarkan biji matanya. "Wateverr. Btw Tasha nak keluar tau. Tak tahu lagi balik pukul berapa." Ujar Natasha sambil mengunyah. Sempat dia menjeling kearah Anas yang senyum kearahnya.
Shit. Menyampah haku.
"Nak keluar dengan siapa?" Tanya Anas acah-acah mengambil berat padahal semalam baru sahaja dia menjadi syaitan..
"Kau sibuk apehal? Suka hati aku--"
"Tasha..."
Natasha berdecit apabila bapanya selalu membela abang tirinya itu. "Fine. Keluar dengan Iqbal."
Mak Timah senyum lebar. "Haa cakap tadi tak suka dia? Sekarang keluar dengan dia pula ya?" Tuan Syazwan senyum sahaja mendengarkan itu manakala Anas mula mengepal tangan.
Iqbal? Oh.. jantan semalam tu ya..
Natasha menjeling. "Tak laaa Mak Timah... dia kan pemandu Tasha. Jadi, Tasha ajak je la dia.. Tasha bukannya ada kawan pun nak ajak pergi shopping.."
"Mulut tak jaga. Siapa je nak berkawan?"
"Daddy! Selalu mengata Tasha!"
Tuan Syazwan menjungkit kening. "Betul kan? Takde sesiapa nak berkawan dengan Tasha sebab sikap angkuh Tasha. Kena la terima sebabnya tu.."
Natasha berdecit lalu berpeluk tubuh. "Tasha taknak berkawan sebab semua orang suka mengambil kesempatan. Jadi..." Natasha terus memandang Anas yang sedang merenungnya.
Natasha senyum palsu. "...no thanks. Tak perlu ada kawan kalau hanya nak ambil kesempatan." Ujar Natasha lalu bangun dari duduknya.
Natasha sempat mengambil dua keping roti sebelum melangkah keluar.
Anas mengeluh. Kena lagi..
"Ehh.. nak bawa kemana pula roti tu?" Tanya Mak Timah dengan dahi berkerut. Tuan Syazwan menjungkit kening. Dia senyum. Dia tahu mengapa Natasha membawa roti itu..
"Daddy.. boleh percaya ke Iqbal tu? Kalau dia ambik kesempatan macam mana?" Tuan Syazwan beralih pandangan kearah Anas.
Tuan Syazwan senyum tipis. "Jangan risau.. Iqbal tu anak saudara Pak Khalid. Jadi dia takkan ambik kesempatan keatas Natasha. Kalau dia buat perangai tak senonoh, malu la Pak Khalid dengan daddy nanti.."
Berkerut dahi Anas dibuatnya. "Pak Khalid?" Tuan Syazwan mengunyah roti lalu mengangguk. "Yep bekas pemandu Tasha."
Anas gelak sinis. Miskin je budak Iqbal tu rupanya.. ingat ke kaya sangat sebab semalam berani sangat mengugutnya.. kalau miskin, mudahlah tumbang di tangan aku nanti.. ujar Anas dalam hati.
*:・゚✧*:・゚✧
"CIK Tasha, takde pula dalam jadual yang aku kena teman kau di hujung minggu. Aku hanya bekerja diwaktu kerja je. Ni apa kes tukar jadual pula ni?" Tanya Iqbal yang sedang berpeluk tubuh di kereta Natasha.
Natasha menjungkit bahu lalu memberikan dua keping roti kepada Iqbal. Iqbal menjungkit kening tidak faham. "Ambik la makan. Roti mahal ni.. mesti awak tak pernah makan roti mahal macam ni kan? Ambik la peluang kali ni.." ujar Natasha lalu senyum senget.
Iqbal mendengus lalu menyambut huluran itu. "Makan yang mahal, last kali jadi tahi jugak. Bukannya jadi emas pun." Ujar Iqbal lalu menggigit roti tersebut. Dia pun lapar ni..
Dia bangun lewat tadi kerana biasanya hujung minggu dia rehat di pagi hari. Tapi bleh pula si Natasha ni call dia menyuruhnya bekerja hari ini. Menggelupur si Iqbal bersiap tadi..
Natasha mencebik. "By the way harini teman saya pergi mall."
Iqbal mengangguk. "Ye, aku bawak kau pergi mall. Nanti dah siap, call aku dulu. Sebab aku tidur dalam kereta nanti.." ujar Iqbal sambil mengunyah.
Emm not bad juga roti ni. Ada lagi tak? Nak jual.. mana tahu sekeping dapat rm50 ke.. kaya aku.
Natasha menjeling. "Teman. T.E.M.A.N teman. Awak kena teman saya. Maksudnya awak juga kena masuk ke dalam mall nanti. Faham?"
Terjungkit kening Iqbal. "Apahal pulak?" Natasha berdecit apabila roti tersembur dari mulut Iqbal.
"Sorry. Kenapa pulak aku kena teman? Tak kuasa la aku nak masuk mall.." ujarnya lalu menggeleng. Mall? Satu barang pun dah mencecah berpuluh-puluh hampir beratus-ratus..
Baik pergi pasar je.. barang bawah rm10 pun ada..
"Teman je la.. nanti siapa nak bawa barang-barang ya saya beli?" Tercengang Iqbal dibuatnya. Dia tergelak sinis.
"Kau tahu beza antara driver dan bodyguard tak? Aku driver je tau? Kerja aku pandu kereta je. Apahal sampai nak bawa barang kau pula ni! No! Aku taknak. Kau ingat aku babu kau ke apa?"
Ujar Iqbal lalu menggeleng laju. Suka-suki dia je bagi kerja lain dekat aku..
Natasha menolak isian pipinya dengan lidah. "Sorry, awak tetap juga kena ikut. Awak dah makan roti tadi kan? Dah bertenaga kan? So jom ikut saya shopping. No excuse sebab selepas sahaja awak makan roti tadi, ia bermaksud awak setuju nak perah tenaga untuk saya harini. Let's go."
Ujar Natasha lalu melempar kunci kearah Iqbal. Tercengang Iqbal dibuatnya. "Menyesal pulak aku makan tadi.." gumamnya dengan dahi berkerut.
"Cepatlah! Banyak tempat nak pergi ni!" Tempik Natasha dari arah kereta. Iqbal mengeluh kasar.
"Yelah!" Jeritnya lalu berlari ke seat pemandu. Nak taknak kena follow juga la.. kalau si Natasha ni mengadu pada daddy dia naya je..
TBC🤍
Banyak betul si Iqbal ni mengeluh kalau berjumpa Natasha muahahhah.VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Romance"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...