SYAQUILLA - BAB 80🔥

24.5K 892 20
                                    



TERPEJAM mata Natasha ketika suaminya mengeringkan rambutnya menggunakan tuala. Elok sahaja dia duduk dihadapan Iqbal diatas katil ketika ini. Sekarang sudah waktu malam dan mereka sudah bersiap sedia untuk masuk tidur.

"Hehe kat sini Tasha dah boleh tidur lewat sebab elektrik dibuka setiap masa." Ujar Natasha dengan mata terpejam. Iqbal tergelak perlahan sambil mengeringkan rambut Tasha.

"Ye.. tapi jangan tidur lewat sangat. Nanti terlepas subuh.." bisik Iqbal dihadapan wajah Natasha. Natasha mencelikkan matanya dengan senyuman lebar. Dia mengangguk laju seraya meletakkan tangan diatas paha Iqbal.

"Mestilah.. abang kejut Tasha tau kalau Tasha tak bangun.." Iqbal senyum lalu mengangguk. "Baiklah cinta hati abang.." ujar Iqbal meleret. Natasha tersengih lalu memeluk tubuh suaminya.

Iqbal senyum lalu diletakkan tuala di kepala katil. Nanti-nanti la dia sangkut dekat ampaian.. dah kalau si Tasha ni masuk mood manja macam, dia pun dah tak boleh buat apa..

Iqbal berpaling semula ke arah isterinya yang elok sahaja meletakkan kepala ke dadanya. Iqbal senyum sambil mengelus kepala isterinya serta menggosok belakang badan isterinya.

Natasha mencelik mata lalu perhatikan katil mereka. Dia tersenyum. "Rasa kekok pula nak tidur atas katil sebab sebelum ni kita hanya tidur dekat tilam je.." Iqbal senyum lalu mengangguk. Dicium lama kepala isterinya dengan mata terpejam.

"Yap. Tapi katil ni kecil sikit la berbanding tilam abang. Tapi abang suka. Sebab boleh peluk Tasha ketat-ketat. Tasha tak boleh menjauh dari abang sewaktu kita tidur.." Natasha panggung kepala lalu tersengih melihat suaminya yang menjungkit kening berulang kali.

"Hehehe Tasha sukaaaa. Boleh peluk abang kemas-kemas macam sekarangg.." ujar Natasha lalu menggoyangkan badan mereka berdua. Tercetus tawa Iqbal apabila isterinya mula menggerakkan badan mereka. Sudahlah peluk seperti taknak lepas pula tu..

Natasha menarik nafas dan hembus perlahan. "Tasha.. dah tahu yang daddy adalah dalang disebalik perkahwinan kita.." Iqbal mencelik matanya lalu menunduk ke arah isterinya.

"Sayang.. tahu?" Natasha mendongak lalu mengangguk. "Tahu.. Tasha dengar segalanya waktu abang ceritakan pada nenek.." Iqbal berdehem kejap. "Tasha.. Tasha jangan salah faham. Daddy buat macam tu sebab--"

"Sebab nak Tasha berubah.. kan?" Tanya Natasha lalu menjungkit kening ke arah suaminya. Iqbal senyum tipis lalu mengelus kepala Natasha. Dia mengangguk perlahan.

Natasha mengeluh seraya melekapkan kepalanya ke dada suaminya. "Silap Tasha juga sebab degil dengan daddy.. mungkin ini adalah pilihan terakhir supaya Tasha berubah.. Tasha tak marahkan daddy hal tu.. cuma Tasha masih terasa dengan daddy sebab daddy lebihkan orang luar berbanding Tasha.."

Ujar Natasha sambil memandang bulan diluar rumah mereka. Tenang sahaja cuaca malam ini. Redup dan sangat terang dengan cahaya bulan..

Iqbal senyum lalu mengucup ubun-ubun isterinya. Terpejam kejap mata Natasha apabila Iqbal menciumnya dengan penuh kasih sayang.

"Tiada bapa yang tak sayang anak.. daddy buat macam tu sebab nak Tasha jadi yang terbaik.. Tasha tahu kan macam mana perangai Tasha sebelum ni?" Natasha mengangguk perlahan dengan mata berkedip.

Iqbal senyum seraya menggosok lengan isterinya yang terdedah. "Daddy buat macam tu sebab nak Tasha tahu apa itu erti kesusahan. Dia taknak Tasha begitu angkuh dengan kekayaan sehingga selalu mengeji orang miskin seperti abang.."

Natasha panggung kepala dengan riak sebik. "Abang.. Tasha minta maaf pasal sebelum ni.. Tasha selalu hina abang.. Tasha minta maaf sangat abang.." rayu Natasha lalu memusingkan badan ke arah suaminya lalu mengalungkan tangan ke leher suaminya. Dipeluk erat suaminya ketika ini.

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now