NATASHA memeluk erat badan suaminya dari belakang dengan senyuman lebar. Dia sedang membonceng motor bersama Iqbal untuk pulang ke rumah nenek.Pukul 10 baru pulang aih. Terlajak pula tadi.. semua Iqbal punya pasal. Tak habis-habis dengan merenyamnya. Katanya buat bekal kerana sukar membuatnya di rumah NekLi. Natasha pun bersetuju sahajalah muahahahha.
Iqbal menghentikan motornya dihadapan rumah NekLi lalu berpaling ke arah isterinya yang sedang memeluknya erat. Iqbal tergelak perlahan lalu mengusap tangan isterinya yang berada di perutnya.
"Turunlah.. dah sampai.." ujar Iqbal perlahan. Natasha sengih lalu mengangguk. "Baik!" Ujarnya gembira lalu mencium sekilas belakang badan suaminya. Tersenyum lebar Iqbal dibuatnya apabila menerima kucupan lembut itu dari isterinya.
Natasha turun dari motor lalu berdiri dihadapan Iqbal dengan senyuman manis. Iqbal berpaling lalu tersenyum. Tahu la dia Natasha ingin bermanja dengannya sekarang.. nak tanggalkan topi pun suruh Iqbal. Haih..
Iqbal menanggalkan topi dari kepala isterinya lalu mengusap sekejap kepala isterinya yang dibaluti tudung. "Cantiknya dia.." bisik Iqbal perlahan. Natasha terkekeh ketawa. Sedari tadi Iqbal selalu memujinya. Bahagia sangat la tu ehh..
Iqbal senyum lalu berpaling ke belakang apabila dia terperasan ada sebuah kereta mewah dihadapan rumah nenek. Berkerut dahi Iqbal melihat kereta itu. "Kereta siapa tu? Macam pernah tengok.."
Natasha menjungkit kening lalu memusingkan tubuhnya ke arah kereta itu. Berkerut dahinya apabila dia dapat mengenalpasti pemilik kereta tersebut. Natasha berdecit lalu memberikan topi kepada suaminya.
Dia terus melangkah laju menaiki tangga dengan riak tegang. Iqbal terkedip-kedip lalu menanggalkan topi di kepalanya. Dia meletakkan kedua-dua topi mereka ke dalam raga lalu mengejar langkah isterinya. Sempat dia mengemaskan sedikit rambutnya yang agak kusut.
Natasha memasuki rumah dengan riak tegang. Dia mengetap bibir apabila kelihatan beberapa figura yang dia benci dihadapannya sekarang.
Puan Irina berpaling ke arah Natasha. "Tasha.. keluarga Tasha ada datang ni.." ujarnya dengan senyuman kekok. Dia tahu apa yang terjadi antara Natasha dan keluarganya. Iqbal sudah menceritakan segalanya sewaktu mereka kantoi dikahwin paksa dulu.
Natasha mendengus kasar lalu menjeling Anas yang sedang tersenyum ke arahnya. Diperhatikan sahaja wajah Anas, Anna dan Puan Hannah yang senyum ke arahnya. Dia mengerling pula ke arah Tuan Syazwan memandangnya dengan senyuman tipis.
Natasha menolak isian pipinya dengan lidah. Dia masih menahan sabar ketika ini. Kalau boleh dia tidak mahu berjumpa dengan wajah-wajah ini lagi..
Iqbal masuk ke dalam rumah lalu berdehem apabila melihat keluarga mertuanya. Dia senyum ke arah mereka lalu merangkul bahu Natasha dari tepi. Diusap lembut bahu wanita itu sebagai tanda untuk bertenang.
Anas menjeling sahaja melihat adegan itu. Dia masih tidak berpuas hati dengan Iqbal kerana merampas Natasha darinya.
Iqbal berdehem lalu membawa isterinya ke ruangan sofa berhadapan Tuan Syazwan. Natasha menghenyak punggung diatas sofa dengan riak tegangnya.
Iqbal senyum lalu menghampiri Tuan Syazwan. "Daddy.. dah lama ke sampai?" Tanya Iqbal seraya menyalami tangan tua Tuan Syazwan. Tuan Syazwan senyum lalu mengangguk. Sempat dia menepuk bahu menantunya itu.
"Tak lama sangat.. baru je.." ujar Tuan Syazwan lalu berpaling ke arah anak kandungnya yang memandang ke arah lain. Natasha langsung tidak memandang ahli keluarganya ketika ini.
Tuan Syazwan berpaling semula ke arah Iqbal lalu senyum tipis. "Iqbal dah ubah Natasha... terima kasih.. daddy hargai sangat.. daddy suka tengok penampilan Tasha yang sekarang.." bisik Tuan Syazwan perlahan.
Iqbal senyum tipis lalu mengangguk. "Semuanya atas diri dia daddy.. Iqbal hanya memberi sokongan je.. dia yang ubah diri dia sendiri.." bisik Iqbal perlahan. Mereka perlu berbisik kerana ini adalah rahsia antara mereka sahaja.
Tuan Syazwan senyum lebar lalu mengangguk sahaja. Sungguh dia terpegun melihat cara anaknya berpakaian. Begitu menutup aurat serta berpakaian longgar. Dia bersyukur akan itu.
Mereka baru sahaja berkahwin selama dua bulan lebih namun Natasha sudah menukar imejnya dari perempuan seksi ke perempuan menutup aurat.
Dan Tuan Syazwan amat berterima kasih kepada Iqbal kerana mampu merealisasikan impiannya untuk melihat anak kandungnya berubah.
Iqbal senyum lalu bangun dari duduknya. Dia melintasi Puan Hannah dan Anna dengan senyuman. Iqbal mengangguk sedikit.
"Mama.. Anna.. apa khabar?" Tanyanya perlahan. Mereka berdua mengangguk dengan senyuman. "Baik.." Iqbal mengangguk perlahan. Dia agak kekok dengan Puan Hannah kerana pertama kali bersua muka selepas dia berkahwin dengan Natasha.
Iqbal berpaling ke arah Anas yang sedang mencerlungnya. Iqbal mengeluh perlahan lalu menayangkan senyuman palsu. Dia menghampiri Anas lalu menghulurkan tangan.
Anas menjungkit kening dengan senyuman senget. Dia menyambut huluran salam itu lalu mengetatkan pegangan. Iqbal mengetap gigi apabila merasakan kesakitan di tangannya ketika ini.
"Apa khabar adik ipar? Lama tak jumpa kan?" Ujar Anas dengan senyuman yang tidak dapat ditafsir. Iqbal senyum senget lalu menggenggam kuat tangan Anas. Berdesis Anas dibuatnya.
"Yeah.. lama tak jumpa. Terbit rasa rindu pula pada abang ipar aku ni." Ujar Iqbal lalu senyum senget. Anas mencerlung tajam wajah Iqbal dan Iqbal juga melakukan hal yang sama ketika ini.
Mereka mempunyai sikap yang sama. Baran.
Tuan Syazwan yang melihat adegan itu terus berdehem. Iqbal melepaskan pegangan lalu menjeling Anas. Dia melangkah menghampiri isterinya lalu menghenyak punggung di sebelah isterinya.
Anas meregangkan sedikit tangannya. Pedih! Boleh tahan kuat juga si Iqbal ni.. pergi gym ke apa?
Saja la nak cakap. Si Iqbal tu hari-hari pikul batu serta simen. Jadi tak hairan la kalau tangannya itu agak kasar berbanding lelaki yang bekerja menaip laptop 24 jam seperti Anas ni..
Natasha mengambil tisu basah didalam poketnya lalu mengambil tangan suaminya. Dikesat kasar tangan kanan suaminya itu. Berkerut dahi Iqbal dibuatnya. "Kenapa ni.. kasarnya sayang.."
Natasha mendengus. "Memang kena kasar. Tasha nak buang kekotoran di tangan abang ni. Kenapa abang salam dia? Dia tu kotor lah." Ujar Natasha dengan mata mencerlung Anas.
Anas membalas renungan Natasha lalu menolak isian pipinya dengan lidah. Dia agak benci dengan panggilan Natasha terhadap Iqbal tadi. Dan dia juga tidak puas hati apabila Natasha memanggilnya kotor.
Tuan Syazwan senyum tipis. Dia suka mendengar sebutan Natasha tadi. Tahu la dia bahawa Natasha dan Iqbal sudah selesa antara satu sama lain. Dan dia langsung tidak kisah jika Natasha menghina Anas.
Because he's deserved it.
Iqbal senyum lalu menggenggam tangan isterinya. "Nanti abang samak. Okay?" Bisiknya dihadapan wajah Natasha. Natasha berpaling ke arah suaminya lalu senyum manis. Dia mengangguk laju. "Okay abang.. nanti Tasha teman." Bisiknya lalu mengenyit mata.
Iqbal tergelak lalu mengelus perlahan kepala isterinya. Anna dan Puan Hannah senyum melihat adegan itu manakala Tuan Syazwan agak terkesima melihat senyuman anaknya.
Sudah lama dia tidak melihat senyuman Natasha yang begitu lebar. Tak sangka pula dia dapat melihatnya hari ini secara langsung. Anaknya itu amat sukar senyum apatah lagi senyum lebar. Baginya senyuman Natasha sangat mahal.
Dan hanya Iqbal sahaja berpeluang untuk memiliki senyuman manis Natasha.
NekLi berdehem lalu menghenyak punggung diatas sofa. Diperhatikan sahaja wajah-wajah ini. Dia agak bencikan keluarga orang berada kerana baginya mereka selalu menggunakan duit untuk memancing orang miskin sepertinya.
Dia berpaling sekejap ke arah Natasha lalu berpaling ke arah ahli keluarga Natasha. NekLi berpeluk tubuh.
"Baru sekarang ke nok muncul? Lame ning mu semua pah mane?"
Tuan Syazwan dan keluarganya meneguk liur kesat. Tidak tahu pula nenek Iqbal ni garang seperti ini..
TBC🤍
Hooo perang ah! Tunggu wak nape agi!VOTE AND COMMENT❤️
![](https://img.wattpad.com/cover/349753976-288-k522979.jpg)
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Romance"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...