SYAQUILLA - BAB 79🔥

22.7K 925 31
                                    



NATASHA tersenyum sambil mata melilau ke sekeliling dalam rumah sewanya. Dia mencekak pinggang lalu mengangguk. "Not bad.. rm700 sebulan tapi agak mewah dalam dia.." ujar Natasha dengan nada puashati.

Iqbal menjinjit beg mereka ke dalam rumah lalu berpaling ke arah Natasha. Dia senyum tipis lalu merapati isterinya. Iqbal memeluk erat tubuh isterinya dari belakang. Dicium lama leher isterinya yang ditutupi tudung.

"Thank you sebab selalu ada dengan abang.." bisik Iqbal perlahan. Natasha senyum sambil mengelus tangan suaminya yang berada di dadanya.

"Abang kan suami Tasha.. mestilah Tasha akan sentiasa ada dengan abang walau apa keadaan sekalipun.." bisik Natasha perlahan.

Iqbal senyum lalu memusingkan tubuh Natasha kearahnya. Dia senyum sambil mengelus kepala isterinya. "Nanti abang bayar deposit pada tuan rumah." Natasha berkerut lalu menggeleng.

"Tak payah.. Tasha bayar guna duit yang abang berikan sebelum ni je.. Tasha masih simpan semua gaji abang.. nanti kita ambil je duit tu okay.." ujar Natasha seraya mengusap pipi suaminya.

Iqbal merenung mata Natasha bersilih ganti lalu mengeluh. "Jangan macam tu sayang.. tu duit Tasha. Abang taknak gunakan duit Tasha semata-mata untuk bayar sewa rumah kita. Abang suami. Jadi, abang la yang kena tanggung pakai,makan, dan juga tempat perteduhan untuk Tasha.."

Ujar Iqbal sambil meramas pinggang isterinya. Natasha senyum lalu mengalung tangan ke leher Iqbal. "Okey.. kalau macam tu, Tasha bayar dulu untuk deposit. Sebab abang tak ada duit kan sekarang selepas abang bagi semua duit tu pada Tasha kan?"

Iqbal senyum lalu mengangguk. Tasha senyum lalu mencium sekilas hidung suaminya. "Lepas tu untuk bulan seterusnya, abang bayar la sewa rumah kita selepas abang dapat gaji.. abang tak perlu bagi gaji abang sepenuhnya pada Tasha lepas ni sebab Tasha pun dah dapat ada duit selepas bekerja nanti...

...abang bagi nafkah biasa je.. tak perlu bagi keseluruhannya.. Tasha taknak abang berjimat cermat semata-mata untuk kesenangan Tasha.."

Iqbal senyum sambil mengusap bibir isterinya. Berkerut dahi Iqbal apabila dia amat terharu dengan isterinya sekarang.

"Kebaikan apa yang abang buat sehingga abang dapat isteri yang terbaik macam Tasha ni hm?" Ujar Iqbal dengan suara bergetar. Natasha senyum seraya mengusap pipi Iqbal.

"Tasha bukan seorang yang terbaik.. tapi abang yang telah didik Tasha untuk jadi seorang manusia serta isteri yang terbaik dalam dunia ni.. abang adalah lelaki yang baik.. sebab tu abang dipertemukan dengan perempuan yang baik walaupun pada awalnya Tasha bukanlah sebaik yang abang sangka.."

Iqbal senyum dengan mata berkaca. Dipeluk erat tubuh isterinya lalu dia melekapkan dahinya ke dahi Natasha. "Terima kasih.. abang akan belajar dan bekerja bersungguh-sungguh demi Tasha.. abang harap lepas ni kita akan hidup dalam kemewahan agar Tasha selesa dengan kehidupan kita."

Natasha menggeleng. "Taknak.. Tasha cuma nak hidup sederhana tapi dimewahkan dengan kasih sayang dari abang supaya Tasha tak sunyi seperti sebelum ni.. Tasha nak abang je.. hanya abang.." bisik Natasha dihadapan wajah suaminya.

Iqbal senyum lebar lalu melekapkan bibirnya ke bibir Natasha. Natasha senyum lalu membalas ciuman suaminya. Dia memeluk erat tubuh suaminya sambil memejam mata erat untuk menikmati ciuman hangat mereka.

Iqbal melepaskan ciuman lalu melekapkan dahi mereka berdua dengan nafas yang agak lelah. Direnung sahaja mata kebiruan isterinya ketika ini.

"Cantik.. cantik pada wajah dan juga budi pekerti.. abang bersyukur sebab Tasha adalah jodoh abang.." bisik Iqbal perlahan. Natasha senyum lalu melagakan hidung mereka berdua.

"Dan Tasha bersyukur dapat suami yang sebaik abang.. terima kasih abang sebab mengajar Tasha erti kebahagiaan dalam kesederhanaan.. selama ni Tasha fikir yang kemewahan akan membahagiakan Tasha.. tapi Tasha silap.. kemewahan akan kalah dengan kasih sayang.. totally lost.."

Iqbal tergelak perlahan lalu menjarakkan wajah mereka. Dielus perlahan tepi kepala isterinya. "Cabut la tudung.. Tasha dah boleh freehair dalam rumah lepas ni.."

Ujar Iqbal seraya menanggalkan tudung dari kepala isterinya. Dia menyisir rambut isterinya yang sedikit kusut. Natasha senyum lebar. "Thanks abang selalu manjakan Tasha.. malam ni Tasha manjakan abang eh?" Tanya Natasha dengan riak menggoda.

Iqbal tergelak perlahan lalu mencuit hidung Natasha. "Nakal ni.. jom kemas baju kita.. abang nak rehat juga.. penat bergaduh dengan nenek tadi.."

Natasha terkekeh ketawa. Bukan main lagi NekLi mengejar Iqbal tadi kerana Iqbal mengatakan bahawa dia akan berpindah ke bandar. NekLi memeluk kemas badan Natasha tadi kerana dia amat menyayangi Natasha.

Semestinyalah NekLi la yang paling terasa kerana Natasha selalu ada dihadapannya sebelum ini. Namun sekarang sudah tiada lagi susuk Tasha si nakal ni dihadapan NekLi.

"Hey.. mengelamun pula." Ujar Iqbal seraya mencuit hidung isterinya. Natasha senyum tipis. "Nanti Tasha rindu nenek.." ujar Natasha perlahan. Iqbal senyum lalu mengelus kepala isterinya.

"Kalau rindu, beritahu abang. Nanti kita merempit ke sana. Okey?" Natasha senyum lalu mengangguk laju. "Okey abang.."

Iqbal mengangguk lalu mengesat lehernya. Agak berpeluh badannya sekarang kerana cuaca diluar sana agak panas. "Abang nak mandi jap. Berlengas." Ujar Iqbal seraya menanggalkan tshirtnya dari badannya.

Natasha senyum lalu mengambil baju tshirt itu dari pegangan Iqbal. Terjungkit kening Iqbal. "Wow.. laju.." Natasha terkekeh ketawa lalu memeluk badan bogel suaminya.

Berkerut dahi Iqbal. "Abang berpeluh ni.. nanti la abang peluk Tasha ya?" Ujar Iqbal serata menolak-nolak badan Natasha menjauhinya.

Natasha mencebik. "Abang selalu macam tu.. kan Tasha dah cakap yang Tasha suka bau peluh abang.. sebab tu Tasha selalu peluk abang lepas abang balik kerja.." ujar Natasha dengan riak cemberut.

Memang begitulah Natasha sekarang. Dia selalu memeluk badan Iqbal setelah Iqbal pulang dari kerja. Sudah berapa kali Iqbal melarang namun Natasha tetap juga nak menempel dengan Iqbal.

"Kalau rimas dengan Tasha cakap je la. Tak payah la nak tolak-tolak Tasha macam ni." Ujar Natasha dengan jelingan. Dia terus melangkah menjauhi suaminya dengan langkah protes.

Iqbal tergelak perlahan lalu menggeleng. Dia berlari mengekori isterinya lalu mencempung isterinya dengan tiba-tiba. "Arghh! Abang!" Jerit Natasha sambil mengalung tangan ke leher suaminya.

Dia memuncung sahaja apabila suaminya tersengih dihadapannya. "Alolo comel je dia majuk.. abang gurau je la.. manja dia ni.." Iqbal menggeselkan hidung mereka berdua. Natasha kulum senyum apabila suaminya mula memanjainya seperti ini.

"Mandi dengan abang jom? Sekaligus Tasha boleh bau badan abang terus.. nak tak sayang?" Tanya Iqbal lalu menjilat bibirnya. Natasha senyum sipu lalu memukul perlahan belakang badan suaminya.

"Nak start la tu miang.." ujar Natasha dengan jelingan manja. Iqbal menjungkit kening. "Miang pun dengan dia jugak.. bukan dengan orang lain pun.." Iqbal mencium sekilas bibir Natasha. Dia melangkah perlahan-lahan ke bilik air yang berada di dapur.

Rumah sewa mereka hanya sederhana sahaja. Tidaklah begitu kampung dan tidaklah begitu bandar. Hanya sedang-sedang sahaja namun mereka berdua bersyukur kerana mempunyai tempat teduh.

"Hikhik abang ada jambang la.. nanti Tasha cukur eh?" Ujar Natasha yang sedang berada dibilik air bersama suaminya.

"Hensem pe ada jambang.. nampak maskulin kan?" Tanya Iqbal lalu menjungkit kening berulang kali. Natasha memuncung. "Memang la hensem.. tapi tak best la masa cium.. jambang abang kena muka Tasha.. pedih tau sebab tajam.."

"Tajam la best. Lagi sakit lagi best.." ujar Iqbal dengan riak gatal.

"Ihh! Nak start la tu!"

"HAHHAHAHAHAHH."

TBC🤍
Sederhana namun bahagia hekhek.

VOTE AND COMMENT❤️

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now