SYAQUILLA - BAB 23🔥

21.1K 870 74
                                    



TERCENGANG Natasha apabila melihat sebuah rumah kayu dihadapannya ketika ini. Terkedip-kedip mata birunya memerhati rumah yang hampir runtuh itu. Natasha mula menayangkan riak jijik.

"Awak.. awak bawa saya ke rumah awak atau ke rumah hantu ni?" Tanya Natasha seraya menarik-narik baju Iqbal. Iqbal berdecit lalu menepis tangan halus itu.

"Apahal kau ni? Bagilah aku buka topi kejap sebelum nak ajak berbual pun.." ujar Iqbal lalu meletakkan topi ke dalam raga motor.

Natasha berpaling ke arah suaminya. "Awak bergurau kan? Ni bukan rumah nenek awak kan?" Iqbal senyum senget.

"Sayang seribu kali sayang, inilah rumah nenek aku yang kau akan menetap bermula hari ini sehingga selama-lamanya.." ujar Iqbal lalu mengusutkan rambut ikal mayang Natasha. Dia terus berlalu ke rumahnya.

Natasha berdecit lalu mengemas rambutnya. "Iqbal tunggu la!" Jerit Natasha lalu berlari ke arah Iqbal. Iqbal memusingkan tubuhnya lalu meletakkan jari telunjuk ke bibir.

"Shhh.. suara kau akan bangunkan orang rumah la. Cakap perlahan-lahan la." Bisik Iqbal pada isterinya. Natasha terus menekup mulut lalu mengangguk.

Iqbal membuka rak kasut yang lusuh itu lalu mengambil segugus kunci. Ternganga Natasha dibuatnya. "Takpe ke letak situ? Tak kena rompak ke?" Iqbal yang sedang membuka kunci rumah tergelak perlahan.

"Nope. Siapa je nak rompak rumah kayu macam ni? Dah. Masuk." Ujar Iqbal seraya menolak pintu rumahnya. Natasha memasuki rumah itu dengan riak geli.

"Buka kasut." Natasha berdecit lalu membuka kasut tumit tingginya. Dia berjalan perlahan di belakang suaminya sambil memegang baju Iqbal kerana rumah mereka sangat gelap.

"Gelapnya awak.. saya tak nampak apa-apa.." ujar Natasha perlahan seraya mengikuti langkah suaminya. Iqbal tergelak perlahan. "Memang la. Sekarang dah pukul 2 pagi. Memang la gelap."

Natasha memuncung sambil meliarkan mata ke seluruh rumah. Langsung tak nampak apa-apa! Sekarang dia hanya bergantung dengan Iqbal sahaja.

"Tapi takkan takde lampu berjaga terus?" Iqbal senyum senget. "Kalau kau nak tahu, kampung ni akan menutup plug elektrik utama pada pukul 10 malam untuk mengurangkan kos elektrik. Jadi, kau kena hadap la kegelapan ni setiap malam lepas ni.." terbeliak mata Natasha.

"What? Jadi kena tidur pukul 10 la ni?" Iqbal mengangguk. "Yes sweetie. Dah jom. Pegang baju aku kemas-kemas. Aku rasa ada tv dekat area ni. Kalau kau terlang--"

"Auch Iqbal.. kaki saya terkena bucu meja la.." Iqbal menjulingkan matanya. Dah agak. "Menyusahkan la kau ni." Ujar Iqbal lalu menarik isterinya rapat ke badannya.

Dia memeluk erat badan Natasha dari tepi. Natasha hanya terkedip-kedip. Malu pun ya.. tak pernah lagi dia rapat seperti ini dengan Iqbal.

Cop. Yang dekat nikah tadi tu kita kecualikan kan ya sebab Natasha tak sedar akan hal itu muahhhaha.

Iqbal menguak pintu biliknya perlahan lalu menolak Natasha memasuki biliknya. Natasha hanya diam tak bersuara. "Iqbal? Awak kat mana?" Tanyanya sambil tangan meliar ke seluruh tempat.

Iqbal yang sedang menanggalkan jam tangan itu berdecit. "Aku kat sini je la.." ujar Iqbal lalu menangkap tangan lembut itu sebelum ia menapak ke area lain..

Natasha sengih sahaja. Iqbal menggeleng. "Kau punya kegelapan tu dah macam buta dah. Padahal aku nampak juga sipi-sipi sekarang ni.."

Natasha memuncung. "Itulah kekurangan saya. Saya tak nampak apa-apa kalau terlampau gelap macam ni."

"Apa-apa jelah. Nak mandi tak?" Natasha mengangguk laju. "Nak la.. saya rasa berlengas la sekarang.."

"Hmm tunggu jap. Aku pergi mandi dulu. Lepas aku mandi, kau mandi la. Kau duduk sini jap." Iqbal menolak perlahan bahu Natasha untuk duduk diatas katilnya. Maaf, tilam. Dia tidak mempunyai katil.

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now