SYAQUILLA - BAB 11🔥

18K 747 31
                                    



TERSENYUM lebar Natasha dibuatnya apabila kesemua jenis kasut tumit tinggi yang diingini menjadi miliknya harini.

"Berapa?"

"Rm12,599.99 miss."

Terbeliak mata Iqbal apabila mendengarkan harga kasut tumit tinggi itu. Dikerling sekilas kasut yang berwarna merah itu. Nampak biasa je.. apahal mahal sangat?!

"Thanks miss." Ujar pekerja itu dengan senyuman selepas Natasha membayarnya. "Hmm." Jawab Natasha tanpa senyuman. Dia bukan lah seorang yang mesra alam.

"Nah ambil pegang. Saya nak beli barang lain pula.." ujar Natasha lalu melangkah ke kedai lain. Iqbal mengeluh kasar lalu mengambil kasut itu. Dikerling sekilas tangan kirinya.

Dah 5 plastik dekat situ. Ni nak tambah berapa puluh plastik lagi ni?

Iqbal mengekori Natasha kehulur kehilir. Berkerut dahi Iqbal apabila melihat cara Natasha melayani pekerja-pekerja disini.

"Cik Tasha, kenapa kau langsung tak senyum pada diorang? Tak elok la. Bukan main diorang senyum manis pada kau tau?" Ujar Iqbal yang sedang berjalan disamping Natasha.

Kadang-kadang dia agak kekok berjalan bersama Natasha. Lihat sahajalah penampilannya apabila berdiri di sebelah Natasha.

Bagai langit dan bumi sahaja.

Pakaian Natasha berjenama manakala pakaiannya tiada jenama. Dia hanya memakai tshirt hitam biasa berserta seluar jeans sahaja. Manakala Natasha pula memakai dress yang sangat exclusive baginya.

Bersinar sana-sini. Fuhh.. malu la pula sekarang ni..

"What? Memang patut pun saya layan diorang macam tu. Diorang tu fake." Ujar Natasha lalu menghentikan langkahnya ke satu butik baju. Dia meneliti baju-baju yang ada disitu. Dia mengangguk perlahan. "Not bad.."

Iqbal berdecit lalu meletakkan sekejap barang-barang diatas lantai. Pedih tangan siak!

"Fake apa nya? Dah orang senyum, kita kena la balas sekali.. tak manis la sombong sangat dengan orang.." Natasha menjulingkan matanya lalu memusingkan badan mengadap Iqbal.

Dia berpeluk tubuh lalu merenung wajah maskulin lelaki itu. "Senyuman diorang tu fake. Mereka hanya senyum kepada orang yang berduit je. Saya pernah datang kesini dengan pakaian biasa. And you know what? Diorang hanya jeling pada saya sambil mengumpat belakang. Siap gelak-gelak pula tu dengan kawan diorang. Itu la yang kita panggil fake. Saya masih ingat muka sekor-sekor.."

Iqbal menggeleng. Malas betul nak berlawan mulut dengan Natasha kerana Natasha ni asyik nak menang aje..

"Dah orang buat kita, kita diamkan jela. Tak perlu la balas balik. Kalau balas, nampak sangat yang kita ni sama je macam diorang.." Iqbal cuba menasihati Natasha kerana kadang-kadang dia tidak berapa gemar dengan perangai Natasha.

Natasha gelak sinis. "Sorry, tapi prinsip hidup saya, orang bagi bunga, saya balas bunga. Tapi kalau orang bagi taik, saya akan balas yang sama juga. Adil kan? Hidup kena adil. Tak kisah la siapa pun dia, saya akan balas apa yang dia buat pada saya."

Iqbal mengeluh. Dia menggeleng sahaja. "Suka hati kau la.."

Natasha senyum. Yes menang!

"By the way, awak pergi la pilih baju yang awak nak.. nanti saya bayarkan sekali dengan baju saya.." ujar Natasha yang sedang memilih baju.

Iqbal menjeling. "Taknak la aku. Aku tak minat baju banyak sangat.. aku pakai yang sama juga nanti.."

Natasha berdecit lalu menolak badan Iqbal untuk masuk ke dalam butik. "Weh apa ni?!" Hampir terjerit Iqbal apabila dengan selambanya badannya ditolak oleh Natasha.

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now