SYAQUILLA - BAB 17🔥

19.9K 795 41
                                    



NATASHA mendengus apabila kelihatan adik tirinya yang elok sahaja berdiri didalam bilik pejabatnya. Dia mencerlung tajam pada Anna yang masih menunduk.

"Apa kau buat dekat sini? Takde tempat lain ke nak praktikal? Apahal depan mata aku juga kau nak berdiri?"

Anna menggigit bibir menahan debaran. Dia juga tidak mahu praktikal disini namun abang serta bapanya yang memaksa untuk datang ke sini.

"Daddy yang suruh.."

"Shit. Aku dah menyampah tengok muka kau dekat rumah. Takkan la dekat sini pun aku kena hadap kau?! What the fuck??"

Terpejam mata Anna apabila kakak tirinya mula menjerkah. Natasha bangun dari duduknya lalu berpeluk tubuh. Sempat dia menyebak rambutnya ke belakang.

"Balik. Aku taknak terima kau di sini. Berambus." Ujar Natasha dengan wajah ketatnya. Anna menggigit bibir.

"Tapi dalam perjanjian, Anna memang kena kerja kat sini.. kalau tak.."

Terjungkit kening Natasha. "Kalau tak apa?" Anna mengemam bibirnya. "Kalau tak, daddy akan suruh akak bayar saman kerana melanggar perjanjian.."

Natasha berdecit kalu meraup wajah kasar. Tak sangka pula Tuan Syazwan licik sehingga begini.

"Duduk. Aku beritahu sekali je cara untuk bekerja di sini. Kalau kau tak faham, kau boleh tanya orang lain. Jangan tanya aku kali kedua. Aku semak dengan orang yang otak lembab."

Anna mengangguk perlahan lalu duduk di kerusi hadapan meja Natasha. Natasha hanya menjeling tajam adik tirinya itu. Sungguh dia sakit hati sekarang..

~baby shark doo doo doo doo baby shark doo doo~

Natasha terus mengambil telefonnya yang berbunyi. Sempat dia mengerling Anna yang sedang mengemam bibir menahan tawa. Natasha memutarkan biji matanya. Watevarr.

"Hello.. huh? Majlis syarikat? When? Hmm okay. Nanti beritahu PA i untuk sediakan baju kesana. This thursday right? Yeah.. told her anything. And i will ask her later. Noted that." Ujar Natasha lalu meletakkan telefonnya keatas meja.

Dia mencerlung wajah Anna. "You can start your practical today. I hope you don't make any mistakes eventhough today is you first day." Ujar Natasha mendatar.

Anna mengangguk faham.

"Dah bisu ke? Aku rasa tak ada pekerja bisu dalam syarikat aku ni."

Anna meneguk liur kesat. Kalau sekarang pun dia dah gementar, apatah lagi selepas ini? Aih.. takut..

"Faham akak.."

"Cik Tasha or cik Syaquilla. Aku takde adik. Dan sampai bila-bila pun aku takde adik. Got it?" Anna hanya mengangguk sahaja.

Tipulah jika dia tidak terasa. Namun dia tidak pernah berdendam pada Natasha kerana dia tahu Natasha jadi seperti ini kerana keluarganya.

*:・゚✧*:・゚✧

NATASHA memasuki rumahnya dengan langkah longlai. Dia menghempaskan badan ke sofa lalu memicitkan batang hidungnya. Sungguh dia penat harini apatah lagi diasak untuk menjadi guru kepada Anna. Sudahlah Anna itu agak lambat orangnya aih..

"Mak Timah!"

"Ye cik!"

"Bawakkan saya air macam biasa."

"Baik." Ujar Mak Timah dari dapur. Natasha menghela nafas perlahan lalu memicit kepalanya. Banyak benda yang dia harus fikirkan sekarang ini..

Berkerut dahi Natasha apabila merasakan ada satu jari kasar yang memicit kepalanya. "Best tak abang picit?"

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now