IQBAL mengesat peluh didahinya. Dia duduk sekejap diatas batu setelah bermandi peluh dengan kerjanya. Dia mengerutkan mukanya lalu mengibas tshirtnya. Diperhatikan sahaja rumah yang sedang dibina olehnya sekarang.Tersenyum Iqbal apabila impiannya tercapai. Walaupun lari sedikit dari tanggapannya, namun tidak mengapa. Asalkan dia boleh bekerja dalam bidangnya..
"Wuish panas hari ni.." ujar Ariff merangkap kawan baik Iqbal dari kecil. Dia juga bekerja bersama Iqbal. Dia adalah salah seorang pemuda yang rajin didalam kampung ini.
"Nah air." Ujar Ariff lalu memberikan air mineral ke arah Iqbal. Iqbal mendengus. "Air kosong je? Bagi la air manis sikit.. aku dahaga gile kot." Ujar Iqbal lalu merampas air mineral tersebut. Dia membuka penutup botol lalu meneguk air mineral tersebut.
Ariff menjulingkan matanya. Eleh dalam kata taknak tu, ambil jugak..
"Ha'ah la.. aku malas nak pergi kedai makan sana. Penuh orang tadi. Baik aku pergi kedai runcit je. Masuk kedai terus dapat." Ujar Ariff lalu meneguk air mineral miliknya.
Ariff berdehem kejap lalu berpaling memandang kawannya. "By the way, bini kau tak hantar lauk untuk kau ke? Biasanya pekerja di sini yang dah berkahwin mesti dapat bekal dari isterinya sama ada bekal yang dibawa sendiri atau bini yang bawakan."
Iqbal mengeluh perlahan lalu menggeleng. "Tak.. aku suruh dia jaga rumah je hari ni. Sebab nenek, paksu dan ibu aku pergi pekan. Aku taknak la biarkan rumah tu kosong tanpa ada orang."
Ujarnya lalu menghela nafas perlahan. Itu sahaja yang dia ungkapkan pada Ariff. Takkan la dia nak memburukkan isteri depan kawan baiknya kan? Jadi, dia hanya bagi alasan itu sahaja.
Lagipun alasan itu pun betul juga. Pak Khalid, Puan Irina dan NekLi pergi ke pekan bersama-sama. Tinggallah Natasha seorang diri sekarang.
Ariff mengangguk. "Faham.. wehh. Best tak kahwin? Aku nak kahwin gak aa. Macam best je tengok kau kahwin." Ujar Ariff teruja lalu menyenggol bahu kawannya.
Iqbal menjeling. "Ah kau. Kau fikir mudah ke berkahwin ni? Jangan pandang remeh ea.. banyak tanggungjawab kena pikul nanti.." Ariff mencebik. Nak start dah membebel dia..
"Tapi nampak macam best je..". Iqbal tergelak perlahan.
"Yeah. Best la jugak. Ada orang yang rawat kalau sakit.. ada orang yang tenangkan ketika kita dalam kegusaran. Dan ada..." Iqbal senyum lebar apabila mengingati adegan semalam.
"...ada reward tanpa sengaja.." ujarnya lalu tergelak perlahan. Ariff menjeling. Ini yang malas ni..
"Iqbal!" Ariff dan Iqbal berpaling ke arah suara itu. Berkerut dahi Ariff apabila melihat bapanya berlari ke arah mereka. Ariff dan Iqbal bangun dari duduknya.
"Kenapa ayah?" Tanya Ariff lalu menggosok bahu bapanya. PakMat mengambil nafas sekejap lalu berpaling ke arah Iqbal yang sedang menantikan percakapannya.
"Ketua kampung dan.. orang kampung..." ujarnya dengan nafas tercungap.
Berkerut dahi Iqbal. "Kenapa dengan diorang?"
PakMat mengeluh perlahan. "Diorang serang bini Iqbal!" Terbeliak mata Iqbal dibuatnya. "Apa?!" Jeritnya lalu memberikan botol air kepada Ariff.
Iqbal terus berlari ke motornya lalu cepat-cepat memakai topi keledar. Dia menghidupkan enjin motor lalu keluar dari kawasan pembinaan itu.
Ariff berpaling ke arah bapanya. "Kenapa diorang serang Tasha, ayah?" PakMat berpaling ke arah anaknya.
"Diorang kata.. Natasha adalah kekasih Iqbal. Jadi, diorang serang Natasha kerana duduk sebumbung dengan Iqbal." Terbeliak mata Ariff.
"Kalau macam tu jom lah follow Iqbal. Kesian dia!" Ujar Ariff lalu menarik tangan bapanya. PakMat mengangguk lalu melangkah mengikuti anaknya.
*:・゚✧*:・゚✧
"KORANG ni kenapa?! Dah buang tebiat ke serang aku macam ni?! Aku dah cakap aku bukan kekasih Iqbal tapi isteri dia! Isteri sah dia! Celah mana yang kau tak faham ni?!" Jerit Natasha apabila orang kampung mula memarahinya.
"Tak payah tipu la! Iqbal tak pernah beritahu kami yang dia dah kahwin! Majlis pun takde! Lagipun takkan la Iqbal nak orang macam kau?! Tak bertudung dan menggedik dengan orang kampung pula tu!"
Terbeliak mata Natasha. Dia menyising lengan bajunya. Panas ni panas. Celah mana pulak aku gedik ni?!
"Bila masa aku menggedik?! Takde taste betul la nak gedik dengan orang kampung macam korang! Dahlah miskin, hauk pula tu! Siapa je nak orang macam korang?!"
"Kurang ajar la minah ni! Datang kampung orang tapi mengeji orang. Berambus la kau dari sini!" Jerit salah seorang makcik di kampung tersebut.
Natasha mencerlung ke arah makcik itu. "Aku takkan kurang ajar kalau korang tak kurang ajar dengan aku la!!"
Pak!
Terpejam mata Natasha apabila salah seorang daripada mereka melempar telur ke arahnya. Telur itu betul-betul terkena kepalanya. "Berambus la perempuan! Buat maksiat pula dekat sini!"
"Entah! Perempuan murahan!"
Natasha mendengus lalu mengesat kasar rambutnya yang dikotori cecair telur. "Siapa yang murah sekarang ni?! Datang rumah orang tapi takde adab! Korang lagi murah dari aku la!" Jeritnya sambil mengepal tangannya.
"Haktuih! Rumah? Kau takde rumah dekat sini! Kau tu hanyalah orang luar yang sengaja buat onar dalam kampung ni! Sudahlah goda aku! Geli aku!" Jerit Nazmi lalu menayangkan riak geli.
Tercengang Natasha dibuatnya. "The fuck?! Bila masa aku goda kau jantan tak guna?! Kau tu yang berperangai macam lelaki murah yang jadi tikus depan aku tadi! Kalau aku nak goda orang, aku goda orang yang hensem! Setakat muka tak siap macam kau aku tak hamak lah!"
Jerit Natasha melepaskan kemarahan. "Sabar semua.. jangan macam ni. Kita bincang perlahan-lahan.." ujar ketua rumah yang sedari tadi hanya diam tak berkutik.
"Tok! Kita tak perlukan orang yang mengotori kampung ni! Kami tak terima pelacur murahan macam ni!" Jerit Imran seraya mencerlung ke arah Natasha yang sedang memandang tajam ke arahnya.
"Kau dasar tak guna! Kau fikir kau siapa nak panggil aku macam tu?!" Jerit Natasha lalu ingin mencekik leher Imran.
Penduduk kampung menolak-nolak badan Natasha apabila Natasha mula menggila. Natasha pula melawan seorang diri tanpa mengalah. Dia tidak kisah apa-apa pun sekarang ni. Yang dia tahu dia harus pertahankan dirinya sendiri.
"Perempuan sampah! Berambus dari sini! Entah-entah laki aku pun kau goda nanti!" Jerit salah seorang wanita lalu menarik kasar rambut Natasha.
Terpejam mata Natasha menahan kesakitan di kepalanya. Berair matanya ketika ini. Dia mengeluarkan tangannya lalu menarik kembali rambut wanita itu.
"Sudah la tu.." halang ketua kampung dengan nada lelah. Dia tidak tahu cara untuk menghentikan pergaduhan ini.
"Ade nape ni?! Bakpe puok mu bising depan rumoh aku?!" Jerit NekLi yang baru pulang dari pekan diikuti Puan Irina dan Pak Khalid.
Terhenti pergaduhan mereka. Natasha melepaskan kasar rambut wanita tadi lalu memandang ke arah NekLi. Terbeliak mata Puan Irina apabila melihat keadaan menantunya sekarang.
"Tasha.." panggilnha perlahan lalu menolak kasar orang kampung yang mengelilingi Natasha. Dia merangkul bahu Natasha lalu memeluk erat badan Natasha. Natasha menyembamkan kepalanya ke ceruk leher ibu mertuanya. Dia ingin melepaskan kesedihannya.
NekLi mengerling sekilas ke arah cucu menantunya lalu mencerlung ke arah ketua kampung. "Bakpe ni tok?! Bakpe buat gitu dekat dia?! Dokkan la orang kampung ni jadi gangster doh sekarang?!"
Nazmi mendengus. "NekLi. Kenapa bagi perempuan bandar ni datang kampung kita? Siap bagi dia tumpang rumah NekLi pula tu. Haram tau bila perempuan bukan mahram duduk didalam rumah yang mempunyai 2 orang lelaki. Apa yang ada dalam fikiran NekLi ni?"
"Betul tu betul!" Jerit orang kampung disitu.
"Aku tak tahu pula isteri haram duduk sebumbung dengan suami sekarang." Orang kampung berpaling ke arag suara itu. Berkerut dahi mereka melihat Iqbal yang sudah bermandi peluh.
TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Storie d'amore"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...