"KELUOR mung dari rumoh ni! Aku haramkan puang muroh macam mu tinggal dalam rumoh aku!" Jerit NekLi seraya mencampak beg pakaian serta barang milik Kiara ke tanah.Bergema bunyi tempikan NekLi saat ini. Pak Khalid dan Puan Irina hanya memerhatikan sahaja tanpa masuk campur.
Kiara menggeleng dengan linangan air mata. Dia terus melutut dihadapan NekLi lalu memeluk erat kaki orang tua itu.
"Tolong nek.. Kiara tak buat semua tu.. itu semua fitnah.. Kiara tak pernah tidur dengan lelaki atau buat kerja haram macam tu.. sumpah nenek!" Ujar Kiara dengan tangisannya.
NekLi mendengus lalu menyepak kasar Kiara agar menjauhinya. "Mu jangan nok bersumpoh dengan aku! Aku dok akan buat tindakan gini ni kalu mu dok buat hal! Pelajar yang sama kolej dengan mung dah dedahkan semuanya pada aku!"
Kiara mendongak ke arah NekLi lalu menggeleng. "Dia fitnah Kiara nek! Kiara tak pernah buat macam tu.. tolong la percayakan Kiara.. please la nenek.." ujar Kiara dengan teresak-esak.
"Aku dok bodo Kiara. Aku dok akan percaye kate-kate dari orang luor berkenaan keluarga kite. Tapi dia ade bukti Kiara! Semua video dan gambo dok senonoh mu tular dekat kolej sane! Dan aku percaye itu adalah mu sebab aku kenal badan mu dalam video tu!"
Jerit NekLi dengan renungan tajam. Kiara menggeleng. "Tolong nek.. Ki..Kiara terpaksa sebab Kiara nak..nak duit.." ujarnya tersedu sedan.
"Nak duit? Kenapa tak minta dengan ayah?! Kenapa kena buat perkara menjijikkan belakang ayah?! Kenapa cemarkan maruah semata-mata kerana duit?! Kenapa Kiara?! JAWAB AYAH!!"
Jerit Pak Khalid dengan nafas yang tercungap-cungap. Sangat kecewa hatinya apabila anak kandungnya menjual badan di bandar semata-mata untuk kekayaan. Padahal selama ini dia mempercayai Kiara 100%. Dia tidak pernah menyangka bahawa anaknya jadi seteruk ini..
Tersentak Kiara apabila bapanya mula menjerkah. Kiara berpaling ke arah bapanya dengan riak sebik. "Ayah.. Kiara taknak susahkan ayah.. Kiara cuma nak.. cu-"
"ALASAN BODOH! Seorang ayah tak pernah anggap yang anaknya menyusahkan! Aku didik kau Kiara! Aku jaga kau bagai menatang minyak yang penuh selepas kau kehilangan mak kau! Aku didik agama pada kau Kiara.. aku buat semuanya kerana aku nak masa depan anak aku cerah! Aku jaga maruah kau Kiara! KENAPA KAU BUAT AKU MACAM NI?! KENAPA?!"
Menitis air mata Pak Khalid apabila satu-satunya anaknya mengecewakannya sehingga begini. Sakit hatinya apabila anak yang dijaga penuh kasih sayang telah menikam belakangnya.
Puan Irina merapati adiknya lalu mengusap dada Pak Khalid. "Sabar.." ujarnya perlahan.
"Aku tak BOLEH sabar kak! Aku malu ada anak seperti dia! Dia kotori badan dia hanya kerana kemewahan dunia! Semurah itu ke harga kau Kiara?! SEMURAH ITU KE KELAHIRAN KAU DI DUNIA NI?! Kalau mak kau masih ada, aku pasti dia menyesal lahirkan kau."
Ujar Pak Khalid yang sedang mencerlung tajam ke arah Kiara yang masih menangis diatas lantai. Kiara menggeleng laju. "Ayah.. Kiara tak bermaksud macam tu.." ujar Kiara lalu mengeresot merapati ayahnya.
"Ayah.. ki--"
"Jangan panggil aku ayah. Aku jijik dengar perkataan tu dari mulut kau. Pergilah kemana kau nak. Aku kecewa dengan kau Kiara binti Khalid. Tak sangka anak yang aku bangga buat aku macam ni.. entah apa dosa yang aku buat sehingga aku dapat anak yang tak kenang budi macam ni.."
Keluh Pak Khalid dengan suara bergetar. NekLi dan Puan Irina hanya melihat sahaja Pak Khalid yang sedang memarahi anak sendiri. Mereka tahu Pak Khalid amat kecewa kerana suara Pak Khalid bergetar sekarang. Pasti lelaki itu menahan sebak.
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Romance"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...