TERJAGA Iqbal dari tidurnya apabila nada dering telefonnya kedengaran. Dia mencelik mata lalu bangun perlahan-lahan dari baringnya."Ermphhh.." rengek Natasha apabila suaminya bergerak-gerak diatas katil. Dia terus memeluk kembali badan suaminya. Iqbal senyum tipis. Dielus perlahan kepala isterinya yang berada didada terdedahnya.
"Sekejap sayang abang nak jawab call.." bisik Iqbal lalu mencium lama kepala Natasha. Natasha mengangguk dengan mata terpejam. Dia melepaskan pelukan lalu sambung tidur.
Iqbal senyum tipis lalu mengambil telefon ditepi meja. Berkerut dahinya apabila nombor pejabat yang tidak dikenali menelefonnya waktu begini.
Iqbal berdehem kejap lalu menjawab panggilan itu. Dia menyebak rambut ke belakang lalu melekapkan telefon ke telinganya.
"Hello." Suara serak basah kedengaran. Hoho sangat hensem ya suara si bang kebal ni.
'Hello encik Iqbal. Maaf kalau kami mengganggu. Tapi kami ingin memberitahu encik bahawa Tuan Syazwan dan Puan Hannah mengalami kemalangan jalan raya sebentar tadi. Dan mereka telah dibawa ke hospital kami. Kami menelefon encik sebab nama encik berada didalam nombor emergency Tuan Syazwan.'
Terbeliak mata Iqbal mendengarkan itu. Hampir terjatuh telefonnya apabila dia mendengarkan berita yang amat mengejutkan saat ini.
"Daddy..mama.. diorang macam mana?" Tanya Iqbal perlahan dengan suara bergetar.
'Puan Hannah mengalami kecederaan yang ringan tapi dia pengsan di tempat kejadian. Manakala Tuan Syazwan sedang dalam keadaan kritikal. Sila datang ke sini untuk penerangan lebih lanjut.'
Menitis air mata Iqbal mendengarkan itu. Dia berpaling ke arah isterinya yang sedang diulit lena. Iqbal merapati isterinya lalu mengejutkan isterinya.
"Sayang.. bangun sayang.." ujar Iqbal dengan suara bergetar. Natasha mencelik mata lalu berpaling memandang suaminya. "Kenapa abang? Abang mimpi buruk ke?" Tanya Natasha apabila melihat suaminya menangis.
Dia bangun dari baringnya lalu menunggu sahaja perkataan yang terbit dari mulut suaminya. Iqbal meneguk liur kejap.
"Abang pun harap yang ab-abang mimpi buruk.. tapi tak sayang.. ni.. realiti.. realiti yang amat menyakitkan.." ujar Iqbal dengan linangan air mata.
Berkerut dahi Natasha. "Kenapa ni abang? Beritahu Tasha.. jangan buat Tasha takut macam ni.." ujar Natasha seraya mengusap air mata di pipi suaminya.
Iqbal memegang kedua tangan isterinya. Mata masih setia merenung mata kebiruan isterinya ketika ini. "Kalau abang cakap, Tasha bawa bersabar tau.."
Natasha mengangguk dengan dahi berkerut. Sedari tadi dia tidak dapat menangkap perkataan suaminya. Iqbal meneguk liur kejap lalu merangkul pinggang isterinya. Dia ingin bersiap sedia dengan reaksi Natasha.
"Daddy dan mama... eksiden." Terbeliak mata Natasha mendengarkan itu. Dia terus menekup mulutnya. "Ap-apa abang cakap ni.. ja-jangan bergurau.. ta.-Tasha tak suka la abang bergurau waktu madam ni."
Ujar Natasha dengan mata berkaca. Dia masih tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh suaminya. Iqbal mengangguk. "Pihak hospital call abang tadi.. dia beritahu mama cedera.. manakala daddy... daddy kritikal."
Natasha terus bernafas tercungap-cungap dengan linangan air mata. "Apa.. daddy.. daddy!! Taknak! Tasha taknak kehilangan daddy! Abang!! Tolong Tasha abang!!! Tolong selamatkan daddy!!"
Jerit Natasha sambil meronta-ronta. "Shh sayang.. sabar.." pujuk Iqbal seraya memeluk kemas pinggang isterinya. Natasha menggeleng dengan air mata yang mengalir laju.
![](https://img.wattpad.com/cover/349753976-288-k522979.jpg)
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Roman d'amour"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...