"AIK? Balik tak beritahu abang pun?" Tegur Iqbal yang datang dari biliknya. Kiara berpaling kearah abang sepupunya lalu tersengih."Hehe mestilah.. Kiara saja je nak buat surprise dekat korang." Iqbal senyum lalu mengangguk. Dia melangkah ke ruang tamu lalu menghenyak punggung ke atas sofa.
Kiara merenung sepupunya dengan senyuman. Sungguh dia rindu akan Iqbal. Iqbal berdehem apabila kelihatan Kiara hanya senyum kepadanya.
Iqbal berpaling ke biliknya apabila isterinya sudah keluar dari situ. "Tasha.. mari sini. Aku nak perkenalkan sepupu aku pada kau." Ujar Iqbal lalu menggamit isterinya ke arahnya. Natasha senyum tipis lalu melangkah menghampiri suaminya.
Berkerut dahi Kiara apabila kelihatan ada seorang perempuan muda yang keluar dari bilik Iqbal. "S..siapa?" Tanya Kiara perlahan.
Iqbal menarik perlahan tangan Natasha lalu didudukkan Natasha ditepinya. Rapat sehingga tiada ruang. Dia merangkul bahu Natasha lalu mengusap lengan Natasha.
Iqbal berpaling ke arah Kiara. "Isteri abang." Dam. Terbeliak mata Kiara apabila mendengarkan itu. Dan dalam masa yang sama Natasha agak terkejut apabila Iqbal menggelar dirinya sebagai 'abang' apabila bercakap dengan Kiara.
"What? Isteri? Jap.. kena-kenapa Kiara tak tahu pun?" Tanya Kiara dengan dahi berkerut.
"Mu kan duk bando. Mane dang nya kami nok ajok mu ke pernikahan Iqbal." Ujar NekLi yang datang dari dapur. Kiara menggeleng.
"Tak mungkin.. kenapa tak beritahu Kiara? Kiara tak penting ke bagi korang?!" Tanya Kiara separa menjerit. "Kiara..." tegur Pak Khalid apabila Kiara mula meninggikan suara terhadap mereka.
Kiara menarik nafas dan hembus perlahan. Dia tidak bleh menunjukkan sikap kurang ajar dihadapan Iqbal serta keluarganya. Dia tidak mahu mereka tahu sisi jahatnya.
Kiara senyum pada Natasha yang merenungnya. "Hye akak.. nama saya Kiara.. saya sepupu abang Iqbal.." Natasha senyum kelat. Abang? Wah.. entah lah.
Memang la biasa je panggilan tu untuk seseorang yang muda seperti Kiara namun agak terkesan juga apabila Kiara memanggil Iqbal begitu.
Natasha mengangguk. "Hye.. akak Natasha. Panggil je kak Tasha.." ujarnya lalu bangun dari duduknya. Dia melangkah menghampiri Kiara lalu menghulurkan salam.
Kiara berdehem apabila Natasha berdiri semata-mata untuk bersalam dengannya. Kiara bangun dari duduknya lalu menyambut salam.
Dia terus memeluk badan Natasha. Terkejut Natasha apabila tiba-tiba sahaja gadis ini memeluknya. Kiara senyum dalam pelukan.
"Tak payah nak berakak sangat. Aku tak anggap kau kakak sebab kau dah rampas cinta hati aku. Aku kembali untuk mendapatkan hak aku." Bisiknya perlahan ke telinga Natasha.
Natasha mengetap bibir mendengarkan itu. Dia memeluk kemas badan Kiara untuk melepaskan geram. "Oh ya? Try me. Aku nak tengok juga penyondol seperti kau beraksi. Kita tengok siapa yang menang atau kalah nanti." Bisik Natasha dengan senyum senget.
Kiara masih dengan senyuman palsunya. Dia agak terkejut juga apabila Natasha melawannya. Fikirnya Natasha seorang yang polos kerana raut wajah Natasha seperti budak-budak baik sahaja. Tak tahu pula Natasha ni bahaya juga eh..
"Dah la tu peluk isteri abang. Abang jeles tau?" Ujar Iqbal lalu tergelak perlahan. Kiara senyum palsu lalu melepaskan pelukan. Dia senyum buat-buat ke arah Natasha manakala Natasha juga senyum palsu ke arah Kiara.
Two dangerous women.
"Hehe sorry abang. Maklum lah, Kiara tak pernah ada kakak. Sebab tu Kiara peluk kemas-kemas tu. Kiara sukaa sangat pada akak Tasha.." ujarnya lalu senyum sinis ke arah Natasha. Natasha senyum senget.
![](https://img.wattpad.com/cover/349753976-288-k522979.jpg)
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Romance"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...