SYAQUILLA - BAB 38🔥

25.5K 1K 95
                                    



NATASHA terjaga dari tidurnya. Dia terlalu lama menangis sehinggakan dia tertidur selepas peperangannya bersama Iqbal tadi.

Dia memusingkan tubuh ke kiri. Berkerut dahinya apabila figura Iqbal langsung tidak kelihatan. Dia mengambil telefonnya lalu melihat jam di telefon.

2.45 a.m.

Natasha senyum tipis. "Semua orang tidur lena kan masa ni? Baguslah.." ujarnya perlahan lalu bangun perlahan-lahan dari baringnya. Dia keluar dari biliknya lalu mengecilkan mata ke ruang tamu.

Ada dua figura yang tidur disitu iaitu Pak Khalid dan.. suaminya. Natasha senyum kelat. "Haritu awak cakap yang awak akan jaga saya masa saya tidur.. tapi percakapan awak hanya pembohongan semata-mata.. awak langsung tak pujuk saya.. awak langsung tak peluk saya masa tidur.. awak langsung... tak belai saya dan jaga saya waktu saya lena.. awak tipu saya Iqbal.. awak sama saja dengan daddy.. suka menipu.."

Ujarnya dengan linangan air mata. Dibiarkan sahaja air matanya yang mengalir laju. Dia mengesat perlahan pipinya. Natasha senyum tipis.

"Takpelah.. penipuan ni takkan berlaku kalau saya takde kan?" Natasha melangkah ke dapur. Dia berjalan perlahan-lahan lalu mengambil pisau di dalam bekas..

"Dah dapat.." ujarnya dengan senyuman yang tidak boleh ditafsir. Natasha melangkah perlahan keluar dari rumah tersebut. Sudah tidak dihairankan lagi ketakutannya didalam gelap.

Kerana dia lagi takut hidup di dunia ini berbanding kegelapan malam.

Pak Khalid terjaga sebentar apabila kedengaran pintu tertutup. Dia mengerling ke pintu lalu menjungkit bahu. "Kucing kut.." ujarnya perlahan lalu kembali tidur.

Natasha berjalan seorang diri ke kebun getah. Hanya disitu sahaja tempat yang dia kenal didalam kampung ini. Dia duduk dibawah pokok getah lalu mendongak ke atas.

Dibiarkan air mata menitis laju. Tangan kanan masih setia memegang pisau. Dia senyum melihat awan yang gelap.

"Mummy... mummy ada dekat situ ke? Best ke duduk sorang-sorang dekat situ? Nak Tasha temankan tak? Dah lama Tasha nak teman mummy tapi selalu ada halangan.."

Natasha senyum tipis. "..tapi hari ni.. Tasha janji yang Tasha akan jumpa mummy cepat-cepat.." ujarnya dengan linangan air mata.

Pisau mula diletakkan diatas nadi tangan kiri. Natasha senyum. "Daddy.. buang Tasha.. semata-mata untuk hidup dengan keluarga baru dia.. Tasha sedih.. sakit sangat hati Tasha.. pedih.. Tasha inginkan kasih sayang tapi.. Tasha tak berhak dapatkannya dari orang lain selain mummy.."

Ujarnya lalu bahu mula terhinjut-hinjut. Dibiarkan sahaja titisan air mata yang menitis ke nadinya saat ini.

"Suami.. suami Tasha pun bencikan Tasha.. dia ada niat untuk halau Tasha.. sebabkan perangai Tasha ke mummy? Tasha memang tak berhak untuk dapatkan kasih sayang yang sepenuhnya ke? Ya.. Tasha kurang kasih sayang.. sebab tu Tasha memberontak dan degil.. kenapa orang tak faham hal tu mummy? Kenapa?"

Tanyanya sendiri. Matanya makin kabur kerana air mata. "Habis tu.. apa kebaikan Tasha hidup kalau kehidupan Tasha musnah macam ni? Orang sekeliling benci.. daddy benci.. dan yang paling Tasha tak boleh terima..."

Natasha menarik hingusnya sekejap. "Suami.. suami Tasha bencikan Tasha.. Tasha... memang tak berhak dapatkan kasih sayang sewajarnya seperti orang lain.."

Natasha mula meletakkan pisau betul-betul di nadinya. Dia senyum tipis. "Tasha nak kasih sayang mummy.. jadi.. Tasha ikut mummy ya? Mummy tunggu Tasha tau.." ujarnya lalu menghela nafas perlahan.

Dia memejam mata erat lalu menghiris tangannya sehingga darah keluar dengan laju. Dia memerhatikan sahaja darah yang keluar dari kulit tangannya itu.

Matanya makin kabur. Bukan kerana air mata. Namun kerana darah. Dia tidak boleh melihat darah. Kepalanya makin pening. Badannya makin lemah. Dia bernafas tercungap-cungap lalu senyum.

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now