SYAQUILLA - BAB 61🔥

36.2K 1.2K 115
                                    



TERSENYUM Iqbal apabila kelihatan isterinya yang sedang berada diruang tamu. Dia menanggalkan kasut kerjanya lalu memberi salam. Natasha yang sedang menonton TV terus bangun dari duduknya apabila kelihatan suaminya sudah pulang dari kerja.

Dia menjawab salam lalu melangkah ke pintu. Iqbal panggung kepala lalu senyum ke arah Natasha.

"Abang dah balik.." ujar Iqbal lalu melangkah menghampiri Natasha. Dia mendepa tangan pada isterinya. Natasha hanya mengerdip mata sahaja. Tak sangka pula Iqbal ni dah berubah jadi sweet macam ni selepas bergaduh besar haritu..

Iqbal senyum tipis lalu memeluk badan isterinya apabila kelihatan Natasha tidak memeluknya. Iqbal mencium lama telinga Natasha yang ditutupi tudung. Natasha kemam bibir. Rasa disayangi la pulak hoho.

Natasha berdehem sekejap apabila suaminya memeluknya terlalu lama. "Iqbal.. awak lepas jap.. saya nak buat air untuk awak." Ujar Natasha sambil menepuk belakang badan suaminya.

Iqbal mengangguk lalu mengemaskan lagi pelukan. Tersentak Natasha apabila badannya melekat penuh dengan badan Iqbal. "Bagi la abang peluk jap.. abang penat ni. Lepas peluk Tasha baru abang rasa bertenaga sikit.."

Natasha kemam bibir. Lembut sahaja pertuturan suaminya ketika ini. Dia pula yang rasa malu huhu..

"Ehem. Abang dah balik ke?" Natasha dan Iqbal berpaling ke arah suara itu. Natasha mendengus. Ada sahaja la langau yang mengganggu mereka berdua. Siapa lagi kalau bukan si Kiara tu?

Iqbal senyum tipis lalu mengangguk. "Ab.. Saya dah balik.." ujar Iqbal pada Kiara namun mata tertancap ke arah Natasha. Natasha berpaling ke arah Iqbal apabila Iqbal sudah menukar cara panggilannya bersama Kiara.

Kiara menggigit bibir. Rasa tergugat pula selepas Iqbal hanya merenung Natasha sahaja. Sudahlah nama panggilan pun dah ditukar!

"Nak Kiara buat air untuk abang tak? Sebab Kiara tengok akak Tasha tak buat air untuk abang.." Natasha berpaling ke arah Kiara lalu mencerlung tajam. Iqbal hanya setia memandang raut wajah isterinya. Tangan pula hanya merangkul erat badan isterinya saat ini.

"Sorry Kiara, akak bukan taknak buat air tapi Iqbal suka air yang panas. Kalau akak buat awal, nanti suam pula air tu. Lagipun..." Natasha berpaling memandang Iqbal lalu menekup kedua pipi Iqbal.

Iqbal menjungkit kening. Terkejut juga isterinya mula menyentuhnya padahal selama ini asyik mengelak saje..

"...dia suami akak.. memang tugas akak untuk layan serta hidangkan air untuk dia.. Kiara tak payah la susah-susah buat ya? Sebab suami akak ni cuma minum air dari bancuhan akak je.."

Ujar Natasha lalu senyum lebar pada Iqbal. Iqbal membalas senyuman isterinya. Tenang sahaja dirinya ketika ini apabila tangan lembut itu mengusap kedua pipinya.

Tangan Iqbal mula memeluk pinggang Natasha sehingga dada mereka bertembung. Terkedip-kedip mata Natasha apabila wajah mereka begitu hampir.

Aduh. Sudahlah depan Kiara pula tu. Ingat nak bergurau je tadi untuk buat Kiara cemburu tapi tak sangka pula si Iqbal ni pandai-pandai peluk dia macam ni..

"Cantik.." puji Iqbal sambil merenung mata kebiruan Natasha. Sedari tadi dia hanya memandang muka Natasha. Dia langsung tidak memandang Kiara. Entah lah. Iqbal dah makin obses dengan Natasha..

Makin Natasha menjauh, makin Iqbal mengejar isterinya sehingga isterinya memaafkannya.

Natasha mengemam bibir apabila mendengar bisikan itu. Dia menunduk malu. Tidak pernah lagi dia malu sebegini tapi entah mengapa dia boleh jadi malu bila berhadapan dengan Iqbal.

Kiara mendengus lalu membuang keluh. Dia senyum buat-buat dihadapan pasangan itu walaupun pasangan itu langsung tidak memandangnya.

Kiara senyum senget. "By the way tadi akak pergi ke cafe internet ya?" Natasha panggung kepala ke arah Kiara lalu mencerlung tajam. Manakala dahi Iqbal mula berkerut.

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now