SYAQUILLA - BAB 28🔥

21.9K 844 38
                                    



NATASHA tersengih ke arah NekLi yang mencerlung tajam padanya. Diperhatikan sahaja nenek yang sedang memegang pisau ditangan. Apa ni.. mampus la mampus..

"Hari ni hari jumaat. Jadi orang rumah ni akan buat lauk special untuk para lelaki. Kita kena masak cepat sebelum mereka balik dari solat jumaat.." ujar Puan Irina yang sedang menanak nasi.

Natasha mengangguk faham. NekLi hanya memerhatikan sahaja Natasha ketika ini. "Panda masok dok?"

Natasha menggigit bibir lalu tersengih. "Tak.."

"Ape?! Orang puang tapi dok reti masok?! Doh mu reti wak mende?!" Tersentak Natasha apabila dijerkah begitu oleh NekLi. Puan Irina mengusap dadanya apabila jeritan ibunya menerpa ke gegendang telinganya.

"Mak.. terkejut Rina.. jangan la jerit macam tu. Kesian Tasha tu takut dengan mak.." Natasha mengeluh perlahan. Nasib baik ibu mertuanya backup.

"Tasha! Tolong aku jap!" Natasha terus berpaling ke arah suara itu. Kelihatan suaminya sedang memakai baju melayu didalam bilik. Natasha memusingkan tubuh ke arah NekLi lalu tersenyum.

"Nek.. kejap tau.. suami Qilah panggil. Orang cakap kena dahulukan suami kan kan? Hehe kejap tau." Ujar Natasha lalu melangkah laju dari situ. NekLi mendengus. "Cakap je la nok lari. Haih orang puang zaman leni.. aku suruh masok sikit mule la dia nok lari." Ujar NekLi lalu menggeleng kepala.

Puan Irina hanya senyum sahaja. "Biasa la tu mak.. jangan la garang sangat dengan dia. Nanti dia berubah la tu.."

NekLi mendengus. "Ye la tu. Kalu dari awal pun malas, memang malas selamanya la." Ujar NekLi lalu sambung memotong sayur. Puan Irina senyum tipis. Maknya tu keras kepala sikit.. sebab tu dia malas melawan maknya.

"Awakkkk..." rengek Natasha lalu masuk ke bilik dengan wajah cemberut. Iqbal menjeling dengan hujung mata. "Apahal kau ni? Malam-malam taknak goda. Masa aku nak pergi solat ni la kau nak start menggodanya.."

Natasha berdecit lalu menghentak kaki. "Tolong bawa saya ke masjid jugak pleaseee. Saya taknak la memasak.." terjungkit kening Iqbal. Dia mendengus lalu berpeluk tubuh dihadapan isterinya.

"Persoalannya, kau solat ke?" Natasha menggigit bibir. Aduh.. deep la pula soalan tu. Iqbal tahu bahawa Natasha tidak solat kerana Natasha langsung tidak meminta telekung pagi tadi.

Iqbal menggeleng perlahan. "Cari kan songkok aku.. aku tak jumpa pula. Sebab tu aku panggil kau." Natasha memuncung. "Awak.. saya taknak masak dengan nenek awak.. nenek awak garang la.."

"Kalau taknak dia marah, kau buat la kerja elok-elok.. masak je pun. Campak-campak je siap." Ujar Iqbal sambil membetulkan butang baju melayunya.

Natasha hanya mengeluh. Huwaaa hari pertama pun dah malas masuk dapur ni.. macam mana ni..

"Cepat Tasha. Aku nak cepat ni. Sebab kau shopping tadi la aku jadi lewat tau? Lama betul pilih pakaian dalam. Bukannya orang nampak pun kalau pakai lawa-lawa.."

Natasha menjeling. "Memang la.. tapi saya nak juga design yang cantik. Alang-alang beli tu, saya beli yang cantik terus la.. kepoh la dia ni.."

Iqbal senyum senget lalu berpaling ke arah Natasha yang sedang cemberut. "Kalau macam tu lebih baik kau tunjuk depan aku je malam ni. Ada juga kelebihan beli pakaian dalam yang lawa kan? So, peragakan pada aku malam ni. Aku nak tengok."

Ujar Iqbal lalu menjilat bibirnya. Natasha berdecit lalu mendengus. "Dasar gatal." Ujar Natasha lalu melangkah ke almari. Iqbal tergelak perlahan.

"Iqbal.. kenapa semua baju awak warna hitam?" Tanya Natasha yang sedang menilik baju di dalam almari. Iqbal mengeluh perlahan lalu berpaling memandang isterinya.

"Aku suruh kau cari songkok. Yang kau sibuk hal baju aku kenapa? Cari lah cepat. Nanti orang azan pula.." Natasha memuncung. Asyik nak marah je. Nyampah betul.

Iqbal menggaru telinganya yang tidak gatal apabila isterinya masih tidak menemui songkoknya. Iqbal mengeluh lalu melangkah menghampiri Natasha.

Kedua tangan terus memerangkap badan Natasha lalu mencari-cari songkok di dalam almari. Tersentak Natasha apabila bauan minyak wangi lelaki menusuk ke dalam rongga hidungnya.

Memang la tak bersentuhan, tapi bau itu sangat kuat. Bau kuat tapi tenang. Macam orang lelaki pergi masjid gitchew..

"Ni ada? Kau ni tak pandai cari la.. apa je yang kau pandai?" Tanya Iqbal sambil mengambil songkok yang telah ditemuinya. Dia menjarakkan diri dari isterinya lalu memakai songkok. Mata menjeling isterinya yang memuncung.

"Mana la saya tahu.. saya tak nampak tadi. Semua barang awak warna hitam. Songkok pun hitam. Susah tau saya nak cari?"

"Ewah? Kau salahkan aku pula? Mata kau tu tak reti cari. Sibuk nak salahkan aku pulak dia ni.." Natasha menjeling.

"Menyampah la dia ni. Sikit-sikit nak marah. Awak telan apa sampai asyik nak marah aje ni?" Tanya Natasha sambil berpeluk tubuh.

"Suka hati aku la nak makan apa pun. Kau kisah pulak makanan yang masuk dalam perut aku? Pagi tadi kau langsung tak buat sarapan untuk aku. Isteri jenis apa kau ni?" Tanya Iqbal dengan dahi berkerut.

Nasib baik ada ibunya yang menyediakan sarapan. Nak tunggu Natasha? Memang kebulur dulu la gamaknya..

Natasha mendengus. "Saya tak reti masak la. Saya dah cakap dari awal kan?"

"Kalau macam tu belajar la. Susah sangat ke nak belajar? Memasak ni senang je kalau kau tahu asas dia. Tapi masalahnya sekarang kau malas. Kau malas untuk usaha."

Berkerut dahi Natasha. "Excuse me? Malas nak usaha? Awak cakap macam tu hanya kerana saya malas masak? Habis tu selama ni saya bekerja keras untuk bisnes saya, bukan usaha ke?"

Iqbal mendengus. "Lain. Itu kerja lain. Aku sebut pasal memasak. Perempuan kena pandai memasak untuk hidangkan pada suami. Aku tak minta banyak, buat masa ni aku nak kau belajar memasak dulu. Mengemas tu nanti-nanti la. Tapi yang penting memasak. Faham?"

Natasha berdecit. "Kalau macam tu, awak cari je la orang gaji! Isteri bukan orang gaji pada suami! Berkahwin dengan perempuan kerana nak dia memasak? Shit. Pemikiran kolot."

Berkerut dahi Iqbal apabila isterinya mula mencarut. "Jaga mulut kau Tasha. Aku dah lama perhati mulut kau. Selalu mencarut sana sini. Kau fikir kau hebat ke bila keluarkan kata-kata kesat macam tu? Sekali lagi aku dengar kau mencarut, siap kau."

"Kenapa? Awak nak buat apa? Nak bunuh saya? Bunuhlah! Memang saya layak dibunuh! Ada bapa tapi buang anak! Ada suami tapi suami anggap isteri tak berfungsi. Jadi apakah kebaikan kalau saya hidup di muka bumi ni?!"

"Natasha! Apa benda kau cakap ni?! Boleh tak kau tapis sikit kata-kata kau?! Eh kalau macam ni la perangai kau, jangan kata bapak kau je halau kau. Aku pun akan halau kau la kalau perangai tak semenggah macam ni!"

Tersentak Natasha apabila suaminya mula menjerkahnya. Dia mengetap bibir menahan air mata yang bakal menitis.

Natasha mengangguk perlahan. Dibiarkan sahaja air mata yang menitis perlahan. "Ok. Noted that." Ujar Natasha lalu menolak kasar badan suaminya. Dia terus melangkah keluar dari bilik itu.

Terkejut Natasha apabila kelihatan Pak Khalid yang berdiri di belakang pintu bilik mereka. Natasha menghela nafas perlahan lalu melangkah laju dari situ.

Pak Khalid menggeleng kepala lalu beralih pandangan ke arah anak saudaranya. Diperhatikan sahaja Iqbal yang meraup kasar wajahnya sendiri. Muka Iqbal agak tegang ketika ini.

"Haih.. bergaduh pula dua orang ni.." ujar Pak Khalid lalu mengeluh perlahan. Dia baru sahaja ingin mengajak Iqbal untuk pergi ke masjid bersama-sama. Tapi tak sangka pula dia ternampak situasi tegang ini tadi..

TBC🤍
Saya pun mengeluh juga ni Pak Khalid..

VOTE AND COMMENT❤️

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now