"BARU sekarang ke nok muncul? Lame ning mu semua pah mane? Dokkan la lepas anok kahwin dengan orang miskin, mu terus buang anok mu? Ayoh jenis nape mu ni?" Tanya NekLi dengan mata mencerlung Tuan Syazwan.Tuan Syazwan dan ahli keluarganya meneguk liur kesat. Tak sangka pula nenek Iqbal ni garang orangnya..
"Nek.. jangan cakap macam tu.." tegur Iqbal perlahan. "Betul la apa yang nenek cakap. Buat apa datang sini lepas buang anak? Pergi je la berbahagia dengan keluarga baru. Tunjuk muka depan Tasha ni dah kenapa?"
Tanya Natasha dengan riak tegang. Dicerlung tajam wajah Tuan Syazwan ketika ini. Iqbal berpaling ke arah isterinya lalu mengusap perlahan paha Natasha. "Tasha.. jangan macam ni.. kesian daddy datang dari jauh tapi Tasha layan dia macam ni.." bisik Iqbal di tepi telinga Natasha.
Natasha mendengus lalu berpeluk tubuh. "Tasha tak suka dia. Tasha taknak tengok muka dia." Ujar Natasha perlahan lalu menyandarkan kepalanya ke bahu Iqbal. Iqbal senyum seraya mengusap tangan isterinya yang digenggam olehnya.
"Jangan cakap macam tu.. esok-esok kalau kita ada anak, Tasha nak ke anak kita cakap macam tu pada abang? Tak kesiankan abang ke?" Bisik Iqbal perlahan. Sengaja dia berkata begitu kerana ingin menegur Natasha secara halus. Dia tahu hati Natasha lembut cuma keegoan sahaja yang membuatnya jadi begini.
Terus mengendur ketegangan wajah Natasha tadi. Dia berpaling ke arah suaminya dengan bibir tersebik. "Sorry abang..". Iqbal senyum lalu mengangguk sahaja. Dia berpaling ke arah Tuan Syazwan. Mendung sahaja wajah lelaki tua itu.
Pak Khalid berdehem lalu senyum pada Tuan Syazwan. "Tuan.. minum la air tu. Nanti sejuk pula.." jemputnya untuk menenangkan situasi. Puan Irina senyum kekok lalu memberikan air kepada tetamu mereka.
Hanya Natasha dan NekLi sahaja yang menayangkan riak mendatar ketika ini.
"Thanks Pak Khalid.. tapi tak perlu la panggil saya tuan. Saya bukan majikan awak lagi. Panggil je saya Syazwan. Saya okey je.." ujar Tuan Syazwan dengan senyuman lalu menghirup sedikit air teh yang dihidang.
Pak Khalid senyum lalu mengangguk. "Baiklah. Kalau macam tu, saya panggil encik Syazwan je.. saya tak biasa panggil dengan nama je.. kekok sikit.." ujar Pak Khalid lalu menggaru kepala yang tidak gatal.
Anas berdehem perlahan lalu berpaling ke arah Iqbal. "By the way Iqbal.. mana kereta kau? Kau ada motor je ke?" Tanya Anas dengan senyuman. Namun Iqbal tahu itu adalah senyuman sinis.
Iqbal berdehem. "Ak--"
"Sibuk sangat hal orang kenapa? Ada kita orang tanya kau tentang kehidupan kau ke?" Tanya Natasha dengan jelingan maut pada Anas. Iqbal berpaling ke arah Natasha lalu menggeleng perlahan.
Dia tidak kisah jika Natasha ingin bergaduh mulut dengan Anas tapi dia agak kekok apabila Natasha bergaduh dihadapan ahli keluarganya.
"Tasha.. language.." tegur Tuan Syazwan perlahan. Natasha berpaling ke arah Tuan Syazwan lalu menjungkit kening.
"Kenapa? Betul la Tasha tanya kan? Buat apa sibuk sangat hal orang? Orang ada kereta ke tak ada kereta ke, yang nak tahu sangat dah kenapa? Bukannya benda wajib pun kan?"
"Tasha.. abang tanya sebab Tasha kan tak boleh kena panas.. nanti Tasha demam pula kalau asyik naik motor.." ujar Anas dengan senyuman palsu. Natasha mencerlung abang tirinya. Dia menayangkan riak jijik apabila Anas membahasakan diri abang.
Hell no! Hanya Iqbal sahaja yang layak dipanggil seperti itu!
"Dah 2 bulan lebih aku ke sana ke sini dengan menaiki motor. Kau ada nampak aku demam panas sampai nak mampus ke?"
![](https://img.wattpad.com/cover/349753976-288-k522979.jpg)
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Romance"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...