NATASHA hanya mengekori suaminya. Sedari tadi dia hanya memegang hujung baju suaminya. Agak ramai orang di pasar sekarang. Natasha mengerutkan hidungnya apabila bauan kurang enak menusuk ke rongga hidungnya.Dia berpaling ke kanan. Dia menayangkan riak jijik apabila kelihatan ada seseorang menjual ayam mentah yang sedang memotong ayam.
"Kak beli kak ayam! Promosi kaw-kaw hari ni! Mari beli mari beli!"
Natasha mengeluh perlahan lalu kembali memandang suaminya yang masih berjalan dihadapannya. "Awak.. biar betul awak nak ajak saya beli dekat sini? Original tak baju dekat sini? Awak cakap nak pergi pekan tadi.. ni kenapa pula kita pergi pasar ni?"
Iqbal menilik buah yang dijual di pasar itu. "Memang la nak pergi pekan. Tapi nenek ada suruh aku beli bahan basah. Jadi aku rasa kita beli keperluan kau dekat sini je la.. jimat masa aku. Bang, nak anggur sekilo."
Natasha memuncung lalu menutup hidungnya. "Busuk la dekat sini awak." Ujar Natasha perlahan namun didengari oleh penjual buah tersebut.
Iqbal menjeling isterinya. "Hidung kau rosak. Aku tak bau apa-apa pun." Natasha berdecit. "Benci la dia ni. Jom la cepat keluar.. saya taknak la beli dekat sini. Nanti gatal pula badan saya pakai baju kat pasar.."
"Jangan bimbang dik, saya pun pakai baju dari pasar. Tak gatal pun malah lagi selesa ada la.. murah pun murah. Banyak harga rm10 je dekat sini." Ujar penjual tersebut sambil meletakkan buah ke dalam plastik.
Natasha mendengus lalu menjeling penjual tersebut. Dia terus berpeluk tubuh. "Ada saya tanya awak ke? Tak perlu la nak jawab kalau saya tak bercakap dengan awak. Sibuk hal orang kenapa?"
"Tasha..." Natasha menjeling suaminya. "What? Betul la saya cakap. Sibuk hal orang. Pergi la meniaga buah je. Tak perlu la sibuk nak bercakap dengan saya. Menyampah betul." Ujar Natasha lalu mendengus.
Iqbal menolak isian pipinya dengan lidah. Sempat dia mengerling penjual yang hanya senyum kekok. "Maaf bang. Wayar kepala dia dah putus. Sebab tu dia jadi macam tu sikit.."
"Awak! Nak cakap saya gila ke apa?" Tanya Natasha dengan wajah cemberut. Iqbal menjungkit bahu. "Nenek cakap macam tu kan? Jadi betul la tu."
Natasha berdecit lalu mencubit lengan suaminya. Iqbal menjeling. Baru dua hari berkahwin dah lebam gamaknya tangan aku nanti..
"Terima kasih bang.." ucap Iqbal lalu memberi duit kepada penjual itu. "Sama-sama.. dia isteri awak ke?" Tanya penjual pada Iqbal. Natasha menjeling. Sebokkk hal orang apahal? Tanyanya dalam hati.
Iqbal senyum tipis. "Tak la. Entah siapa dia ni. Anak terbuang kot sebab asyik follow saye je dari tadi." Ujar Iqbal lalu melangkah pergi.
Tercengang Natasha dibuatnya. Dia menghentak kaki lalu mengerling sekilas penjual yang terkekeh ketawa. Natasha mengeluh kasar lalu mengikuti langkah suaminya.
"Awak! Tunggu la!" Jeritnya sambil berlari. Sempat dia mengemaskan sedikit seluarnya yang hampir terlorot. Penipu punya Iqbal. Dia cakap seluar ni kecil sikit. Kecil apanya asyik nak terlorot je ni..
Iqbal hanya menggeleng. Malas sungguh nak melayan isterinya itu. Dibiarkan sahaja jari runcing itu menarik hujung bajunya. Sudah banyak kali dia menepis namun Natasha ni seorang yang degil. Jadi dibiarkan sahaja la.. asalkan tak cubit aku sudah la..
*:・゚✧*:・゚✧
"RM12.90?" Tanya Iqbal kepada penjual baju tersebut. Gadis itu senyum lalu mengangguk. "Ya betul.. rm12.90 sehelai.."
"Gila mahal.."
"What? Baju apa murah sangat?"
Ujar mereka serentak. Iqbal dan Natasha berpandangan antara satu sama lain. Berkerut dahi Natasha. "Awak cakap mahal? Bagi saya yang ni paling murah tau?" Iqbal menggeleng lalu meletakkan kembali baju itu.
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Roman d'amour"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...