SYAQUILLA - BAB 41🔥

28.8K 1K 36
                                    



TERJAGA Iqbal dari tidurnya apabila deringan telefonnya berbunyi. Dia mencelikkan matanya lalu menunduk ke kirinya. Kelihatan isterinya sedang tidur nyenyak didadanya. Elok sahaja tangan halus itu melingkar ke pinggangnya saat ini.

Dia senyum tipis lalu mencium sekilas kepala isterinya. Dia mengalih perlahan tangan isterinya lalu diletakkan ke atas tilam. Dia bangun perlahan-lahan dari tilamnya.

"Ermphh.. awak nak pergi mana.." Iqbal berpaling ke arah suara lembut itu. Tercetus tawa Iqbal apabila isterinya masih memejam mata namun tangan menggagau mencarinya.

"Aku jawab call jap. Ada orang call aku. Kau tidur la.." ujarnya sambil mengelus perlahan kepala Natasha. Natasha mengangguk lalu menjatuhkan tangannya ke atas tilam.

"Jangan tinggal saya sorang-sorang lama sangat tau.." ujarnya dengan suara yang sedikit tenggelam. Iqbal senyum tipis sambil mengusap pipi isterinya. "Sekejap je aku tinggal kau.. nanti aku datang balik.."

Natasha mengangguk lalu kembali dalam lenanya. Iqbal senyum tipis lalu mengambil telefon diatas meja. Berkerut dahinya apabila ada 2 missed call dari bapa mertuanya.

Biasanya Tuan Syazwan akan menelefonnya ketika dia di tempat kerja kerana tidak mahu Natasha tahu Tuan Syazwan masih berhubung dengan Iqbal. Agak peliklah jika Tuan Syazwan menelefonnya tengah malam macam ni..

Iqbal melangkah keluar dari bilik lalu membuka pintu rumahnya. Dia duduk diatas bangku lalu kembali menelefon bapa mertuanya.

Iqbal senyum tipis apabila Tuan Syazwan menjawab panggilannya. "Hello daddy.. maaf Iqbal tidur tadi. Tak perasan pula daddy call.."

'Takpa.. sekarang pun dah pukul 2 pagi. Daddy yang patut minta maaf sebab ganggu Iqbal.."

Iqbal menggeleng. "Takdelah.. ada apa daddy?" Tuan Syazwan berdehem. 'Semuanya okay ke dekat sana? Natasha macam mana? Dah balik dari wad dah?'

Iqbal ada memberitahu Tuan Syazwan tentang hal ini. Bukan main risau lagi Tuan Syazwan sehinggakan dia selalu menelefon Iqbal ketika di hospital untuk bertanyakan tentang Natasha.

Iqbal meminta maaf berulang kali kepada Tuan Syazwan kerana tidak pandai menjaga anak perempuannya. Namun Tuan Syazwan langsung tidak memarahi Iqbal. Dia lebih mengenali anaknya. Anaknya selalu melakukan sesuatu tanpa berfikir. Jadi, Tuan Syazwan tidak menyalahkan Iqbal dalam hal ini.

Iqbal menepuk dahinya apabila dia terlupa ingin memberitahu bapa mertuanya. "Maaf daddy.. Iqbal penat sangat balik dari hospital sampaikan lupa beritahu daddy yang kami dah balik tengah hari tadi.. keadaan Natasha dah membaik. Dia cuma demam biasa selepas perkara tu berlaku. Sekarang dia kena rehat je.."

Tuan Syazwan tergelak perlahan. 'Takpa.. daddy cuma nak tahu khabar anak daddy tu.. kalau dia dah okay, daddy dah bersyukur walaupun daddy tak boleh teman dia..'

Iqbal senyum kelat. Dia amat terharu dengan sikap kebapaan Tuan Syazwan. Tuan Syazwan sentiasa memikirkan tentang anak tunggalnya itu sehingga dia selalu bertanyakan khabar melalui Iqbal.

Kadang-kadang Iqbal akan menangkap gambar Natasha lalu dihantarkan kepada Tuan Syazwan. Dia tahu Tuan Syazwan amat merindukan Natasha.

Tuan Syazwan berdehem. 'Daddy ada perkara nak beritahu Iqbal.. dan bagi daddy adalah sebaiknya jika daddy memberitahunya sekarang.' Iqbal mengangguk. Agak berdebar juga apabila Tuan Syazwan dalam mood serius.

"Perkara apa tu daddy?"

'Sebelum tu, daddy nak minta maaf banyak-banyak pada Iqbal. Sebenarnya.. masa Iqbal dan Natasha ditangkap basah di hotel tu.. adalah rancangan.. daddy..'

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now