SYAQUILLA - BAB 63🔥

30.1K 1K 79
                                    



"ABANG Iqbal! Tolong! Ada lipas!"

Terhenti aksi panas mereka berdua apabila mendengar jeritan itu. Iqbal menggeleng lalu mula menindih isterinya dan sambung mencium bibir isterinya. Natasha menolak-nolak bahu suaminya agar melepaskan tautan bibir mereka.

Iqbal hanya memejam mata sambil melumat bibir isterinya rakus. Tak dihairan suara yang mengganggu mereka tadi. Lantaklah. Lipas je kot. Bukannya ular pun.

"Ermphh! Ab..abang... st..stop.. ke..ke.. kejap." Bersusah payah Natasha ingin mentuturkan kata apabila suaminya menikmati bibirnya bersungguh-sungguh.

Iqbal tidak mengendahkan malah dia makin memperdalamkan ciuman mereka berdua. Natasha memukul-mukul belakang badan suaminya agar melepaskan ciuman.

Sesak juga kalau cium dalam keadaan macam ni. Sudahlah sekarang cuaca panas. Iqbal pula nak melekat macam ni..

"Ab...aba.. ermph!" Terjerit Natasha apabila suaminya menggigit bibirnya. Iqbal melepaskan ciuman lalu senyum senget. Dia mengusap sedikit bibirnya yang basah dengan liur mereka berdua tadi.

Natasha kemam bibir menahan malu. Pasti pipinya sedang memerah sekarang ni! Ottoke!

"Sedap?" Tanya Iqbal perlahan. Natasha tahan senyum lalu menolak perlahan pipi suaminya. "Jangan la.." ujar Natasha dengan nada berbisik.

Iqbal ketawa kuat lalu bangun dari menindih Natasha. Dia menarik perlahan tangan Natasha agar bangun mengikutinya. Dia mencabut ikat rambut isterinya lalu mengikat semula dengan kemas.

Natasha hanya senyum melihat suaminya yang sedang menjaganya dengan begitu kemas. "Pandai pula abang ikat rambut?" Tanyanya sambil merenung mata suaminya.

Iqbal senyum lalu mengusap kepala isterinya setelah siap mengikat rambut. "Ha'ah. Abang pernah ikat ekor lembu. Itu yang pandai ikat rambut sayang ni."

Natasha menjeling lalu mencubit lengan suaminya. Berdesis Iqbal dibuatnya. "Sakit sayang.. suka cubit abang kan?" Tanya Iqbal dengan riak mendatar.

Natasha sengih lalu mencium sekilas lengan suaminya yang dicubit tadi. "Sorryy.. geram sangat tadi.." ujar Natasha dengan sengihan tak bersalah.

Iqbal tergelak perlahan. Sudahlah bibir isterinya itu membengkak. Boleh pula sengih-sengih macam tu aih.. rasa nak terkam tapi masih siang.. ada langau pula tu. Terpaksa la stop kejap.

Iqbal mengambil tudung sarung Natasha lalu menyarungkan tudung itu ke kepala Natasha. Natasha senyum lalu memeluk pinggang suaminya. Iqbal hanya membiarkan sahaja.

Dia dah suka dengan sentuhan Natasha sekarang. Ahak! Kalau dulu dia rimas. Tapi sekarang makin suka pula..

Tapi dengan Natasha je la. Jangan berangan la nak sentuhan dari perempuan lain. Tak pasal-pasal si Tasha ni buka langkah silat pula nanti..

"Dah.. cantik dah isteri abang." Ujar Iqbal lalu mengemaskan sedikit tudung yang dipakai Natasha. Natasha hanya menayangkan senyuman bahagia sahaja.

Walaupun nampak simple, tapi dia suka bila suaminya menjaga pakaiannya seperti sekarang. Tiba-tiba rasa diri ni cantik lepas encik suami puji hakhak..

"Jangan cantik sangat depan orang.. cantik depan abang je. Ok?" Tanya Iqbal lalu mencuit hidung Natasha. Natasha menyeringai lalu mengangguk laju.

"Ok abang.. Tasha janji Tasha cantik dan seksi untuk abang je.." ujar Natasha menggoda lalu menggeselkan dadanya ke dada suaminya. Iqbal menjeling.

Goda pulak dah... aku ni sudahlah iman senipis kulit bawang..

"Dah. Jom lah. Kang tak pasal pengsan pula si Kiara tu hadap lipas." Ujar Iqbal lalu merangkul bahu isterinya dari tepi. Natasha terkekeh ketawa lalu memeluk pinggang suaminya dari tepi.

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now