IQBAL mengeluh seraya memicit kepalanya yang agak pening. Isterinya berubah mendadak. Dia suka jika isterinya sudah berubah ke pangkal jalan namun dia agak kecewa apabila isterinya mula menjauh darinya.Sedari tadi dia mendekati Natasha namun Natasha selalu menjauh darinya. Sekarang Natasha sedang tidur didalam bilik mereka padahal jam baru sahaja menunjukkan pukul 8:30 malam. Mungkin kerana penat menangis ..
Iqbal menanggalkan songkok di kepala lalu menyandarkan kepala ke sofa. Sungguh dia tidak tahu cara untuk memujuk perempuan. Dia sedikit menyesal apabila bercakap kasar dengan isterinya.
Dan sekarang Natasha hanya menganggapnya tidak wujud sahaja. Mandi pun seorang diri sekarang. Kebiasaannya dia akan mengajak Iqbal mandi bersama namun sekarang amat berbeza.
Hubungan mereka sudah renggang kerana peristiwa petang tadi..
"Kenapa kau? Stress je aku tengok." Ujar Ariff lalu menghenyak punggung disofa bersebelahan Iqbal. Iqbal mencelikkan mata lalu mengeluh sahaja. Dia tiada mood untuk bercakap ni..
"Tu la mung. Buat sakit hati ke bini. Sekarang padan la dengan muka mung.. nok nyesal pun adok gune doh. Kan aku kabo doh, jangan cakak main lepas. Qilah tu puang. Hati dia dok same dengan orang laki. Orang puang ni kene tengking pun berase hati doh apatah lagi suami dok caye ke bini.."
Bebel NekLi lalu duduk dihadapan Iqbal. Iqbal hanya mengeluh sahaja mendengar leteran neneknya. Iqbal mencelikkan mata lalu merenung neneknya.
"Nek.. tolong Iqbal please.. nenek pernah berkahwin kan? Kalau arwah atok merajuk, nenek buat apa?" NekLi menjeling. "Wak napenye? Goda dia la.. tu pun susoh nok mikir ke ape?"
Tersenyum lebar Iqbal mendengarkan itu. Dia terus bangun dari duduknya lalu melangkah menghampiri NekLi. NekLi hanya menjeling dengan hujung mata. Ada la tu nak bodek..
"Err nenek.. kalau nak pujuk perempuan kena goda jugak la ya?" Tanya Iqbal seraya memicit-micit bahu NekLi. NekLi mendengus. Dah agak.. Ariff yang melihat adegan itu hanya terkekeh ketawa. Kelakar la pula si Iqbal ni bodek NekLi..
"Yelah. Mu ingat orang puang je ke kene goda tok laki? Orang laki pun kene la goda bini jugok.. diorang pun nok jugok dibelai manje.." Iqbal mengangguk faham.
"Kalau macam tu.. Iqbal kena pakai seksi la kan?" NekLi menjeling lalu mencubit paha Iqbal. "Aw sakit nek.." ujar Iqbal lalu menggosok perlahan pahanya. Pedih juga kena serangan hendap ni..
Ariff ketawa kuat. "Bukan la.. kau goda la dengan kata-kata sweet sambil belai dia.. kalau kau seksi pun tapi perkataan kau tak sweet, dia pun tak hamak la.. ada beza cara perempuan dan lelaki goda.."
Iqbal berpaling ke arah Ariff yang tersengih. "Boleh percaya ke kau ni? Kau tu single. Entah betul ke tidak apa yang kau cakap tu."
Excuse me Mr Iqbal.. kebiasaannya geng single la yang paling tahu tentang cinta tau? Hakhak.
Ariff berdecit. "Betul la aku kata ni. Kau tanya nenek. Betul kan nenek?" NekLi mengangguk. "Betul la.. perempuan cair dengan kate-kate.. mu kene la goda dia dengan perkataan bergula.. jangan la kekok sangat bercakap nge dia. Cara mu cakak dengan Qilah tu macam dok selesa pulok aku tengok."
Iqbal sengih. Betul la tu.. agak kekok cara mereka berdua bercakap. Natasha cuba untuk selesa dengan Iqbal namun Iqbal selalu mengelak. Sekarang, tiba lah masa untuk Iqbal pula yang mengorat sang isterinya..
Harap-harap menjadilah. Kalau tak menjadi, Iqbal gomol je si Natasha tu puas-puas nanti..
Hmm Iqbal miang beraksi..
*:・゚✧*:・゚✧
TERSENTAK Natasha dari lenanya apabila ada satu tangan kekar yang melilit pinggangnya dari belakang. Dia mengerdip mata lambat dan membiarkan sahaja. Dia pasti sekarang sudah pukul 10 ke atas kerana seluruh kampung sudah gelap-gelita.
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Romance"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...