SYAQUILLA - BAB 12🔥

17.4K 790 38
                                    



"TASHA!" Jerit Iqbal yang sedang mengejar langkah Natasha. Dia berdecit lalu mendepa tangan dihadapan Natasha.

"Stop okay.. aku minta maaf pasal tadi.." ujar Iqbal dengan dahi berkerut. Diperhatikan sahaja wajah Natasha yang sudah comot dengan air mata.

"Saya dah cakap tadi kan? Jangan munculkan diri depan mata saya. Awak tak faham ke?" Iqbal menjilat bibirnya lalu mengangguk.

"Aku faham.. tapi kau lupa ke kunci kereta ada dengan aku? Aku bawa kau balik ya?" Ujarnya perlahan.

Natasha menggeleng. "No thanks. Saya boleh bawa kereta sendiri." Ujar Natasha lalu menghulurkan tangan ke arah Iqbal. Berkerut dahi Iqbal.

"Tak boleh. Kau tak pandai bawa kereta. Lesen pun takde. Aku takkan benarkan.."

Natasha mendengus lalu menghempas kasar barang-barangnya ke tar jalan.

Terbeliak mata Iqbal. "Woi.. harga ribu riban tu.. jangan la hempas macam tu.." gumam Iqbal dengan dahi berkerut. Siot! Dia buat macam tu je dengan barang berharga ratusan ribu tu.

Natasha mencebik. "Saya.. penat.. saya lapar.. teman saya makan jom.." ternganga mulut Iqbal apabila Natasha mula tersebik dihadapannya. Tadi marah.. sekarang manja pulak?

"Saya minta maaf termarah awak tadi dekat mall.. saya period sebab tu saya terlepas kemarahan saya.. lagi pula perempuan tadi cari pasal dengan saya.." ujarnya lalu menunduk.

"Cari pasal dengan kau? Bukan kau ke yang cari pasal dengan dia?"

Natasha menggeleng. "Dia yang cari pasal.. dia cakap saya perempuan dari neraka sebab pakaian saya tak melambangkan perempuan islam..sebab tu saya tengking dia tadi.."

Betul. Perempuan tadi telah menyakiti hati Natasha. Kerana itulah Natasha mula menengkingnya. Asalnya Natasha hanya mengendahkan sahaja. Namun makin sakit hatinya apabila gadis itu makin menambahkan minyak ke dalam api kemarahannya.

Iqbal mengeluh perlahan. "Betul ke? Atau kau reka cerita?"

Natasha mencebik. "Saya memang lah jahat.. tapi saya tak tergamak nak reka cerita benda yang menyakitkan hati saya.."

Iqbal mengangguk. "Ok... kalau macam tu aku pun minta maaf sebab herdik kau tadi.. aku tak sengaja. Sorry okay?"

Natasha mengangguk. "Ok.. teman saya makan jom.." Iqbal tergelak. Cepat betul mood berubah.

"Ok jom.. nak makan dekat mana?"

Natasha senyum lebar. "Dekat hotel." Terbeliak mata Iqbal dibuatnya. "Haa? Taknak ah aku pergi hotel dengan kau.. err setan nyah kau!"

Natasha menjeling lalu mencubit lengan Iqbal. "Aw sakit la! Apahal kau suka sangat cubit aku?!" Desis Iqbal lalu menggosok lengannya.

Siot. Dua kali dah kena cubit dengan perempuan ni..

"Pergi hotel sebab nak makan la.. makanan dekat sana best. Cepatlah! Angkat barang ni! Buka pintu kereta cepat! Panas ni!" marah Natasha lalu melangkah ke kereta.

Iqbal menggeleng perlahan. Dah agak. Pasti Natasha akan menyuruhnya angkut kesemua barang ni.. mana mahunya gadis itu mengangkat semua ni seorang diri..

*:・゚✧*:・゚✧

NATASHA mengeluh kasar apabila bapanya ingin bertemu empat mata dengannya. Mereka sedang berada di ruang tamu dimana Anas, Anna dan Puan Hannah juga turut ada dalam perbincangan ini.

"Apa ni?" Tanya Tuan Syazwan lalu melempar kasar tablet keatas meja. Natasha memejam mata kejap apabila video dia memaki gadis itu dan menampar Iqbal telah viral di media sosial.

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now