IQBAL mengeluh perlahan apabila tombol pintunya tidak sempat diselamatkan. Biasanya elok sahaja dia membaiki sebelum ini. Mungkin kerana ada mata yang memandang kut.. sebab tu dia.. agak gementar.Natasha mengemam bibir menahan gelak. Diperhatikan sahaja suaminya yang mengusutkan rambut. "Tch. Biasa boleh je.. tak tahu pula malam ni hancur macam ni.. urgh!" Keluh Iqbal lalu bangun dari mencangkung.
Dia memusingkan tubuh ke arah isterinya. Iqbal menjeling isterinya yang sedang menahan gelak. "Suka eh? Kelakar ke?" Tanya Iqbal dengan riak mendatar.
Natasha berdehem kejap lalu memukul mulutnya. Dia berpaling ke arah suaminya. "Sorry abang.. tapi abang kelakar laa hahahahhahahahah." Iqbal berdecit apabila isterinya mula gelak.
Dia mendengus lalu melangkah masuk ke dalam bilik. Sempat dia melanggar bahu isterinya sehingga Natasha hampir terjelumpuk jatuh.
Natasha menghentikan tawanya lalu melihat sahaja suaminya yang membaringkan badan diatas tilam. Natasha senyum. Comel la pula bila Iqbal merajuk macam tu. Sudahlah lengan direhatkan di dahi.. mesti sakit hati sangat tu muahhahahah.
Natasha melangkah menghampiri suaminya lalu menghenyak punggung ke atas tilam. Dia mengusap rambut suaminya. "Abang.. Tasha minta maaf.. tapi abang cute la tadi masa baiki tombol tu.. Tasha suka tengok abang.."
Pujuk Natasha seraya mengusap seluruh muka Iqbal. Iqbal berdecit lalu menepis perlahan jemari halus itu. "Tepilah. Malam ni abang taknak peluk Tasha. Tasha gelakkan abang sangat tadi kan? Pergi la tidur sorang-sorang malam ni."
Ujar Iqbal dengan mata terpejam. Natasha memuncung. Dia mengerutkan hidungnya apabila dia terfikir akan sesuatu. Natasha senyum senget lalu mula menindih suaminya.
Tersentak Iqbal apabila ada sesuatu menindihnya. Dia mencelik mata perlahan-lahan. Iqbal menghela nafas lega. "Fuh.. abang ingat ke jembalang mana la tadi tindih abang. Berat semacam."
Memudar senyuman Natasha mendengarkan itu. Dia mendengus lalu mencubit lengan suaminya. Menyeringai Iqbal dibuatnya.
"Eeii nak cakap Tasha gemuk la tu?" Iqbal sengih senget. "Ye la tu kot." Tasha berdecit. Dia menjeling padu ke arah suaminya ketika ini.
Iqbal senyum sehingga matanya sepet. Tangan kiri memeluk badan isterinya manakala tangan kanan menyisir rambut isterinya yang menghalang pandangan.
Walaupun keadaan gelap, namun dia tetap dapat melihat wajah isterinya melalui pantulan cahaya bulan di malam hari.
"Cantik.. isteri abang cantik.. bersinar je mata Tasha malam ni.." gumam Iqbal perlahan sambil merenung mata bersinar isterinya. Natasha senyum lebar lalu mencium sekilas bibir Iqbal.
"Abang pun hensem.. suami Tasha hensem malam ni.. eh tak.. maksud Tasha, suami Tasha hensem setiap masa.. hehe." Ujar Natasha dengan sengihan manja.
Iqbal tergelak perlahan lalu mengangkat sedikit kepalanya untuk mencium puncak hidung Natasha. Natasha memejam mata dengan senyuman apabila bibir hangat suaminya menyentuh hidungnya.
"Jadi tak projek panas kita malam ni?" Bisik Iqbal dihadapan wajah Natasha. Natasha memuncung. "Tak boleh la abang.. sebab tombol pintu rosak.. Tasha taknak la kalau nenek atau ibu tersilap masuk nanti.."
Iqbal mengeluh perlahan lalu mengangguk sahaja. Aih. Melepas pulakkk malam ni..
Natasha memuncung lalu menyandarkan kepala ke dada bogel suaminya. "Melepas la kita nak buat anak malam ni abang.." tergelak Iqbal mendengarkan itu. Diusap lembut kepala isterinya ketika ini.
"Nak buat anak? Tasha nak anak?" Natasha mengangguk laju. "Nak la.. Tasha tak suka budak tapi Tasha nak anak.. boleh tak macam tu?" Tanya Natasha lalu panggung kepala ke arah suaminya.
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Roman d'amour"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...