SYAQUILLA - BAB 84🔥

21.8K 839 18
                                    



IQBAL berpaling ke arah isterinya yang sedang mengelamun di sofa rumah mereka. Iqbal senyum lalu melangkah menghampiri isterinya. Dia menghenyak punggung ke sofa lalu dicium lama pipi Natasha.

Natasha tersenyum sambil mengusap pipi suaminya yang amat hampir dengannya ketika ini. Iqbal melepaskan ciuman lalu merenung wajah isterinya ketika ini.

"Kenapa mengelamun ni?" Bisiknya perlahan seraya mengusap paha terdedah isterinya. Natasha dah pandai sekarang. Dia suka memakai baju tshirt milik Iqbal yang labuh paras pahanya. Dan ya. Dia tidak memakai seluar.

Dah lama dia ingin berpakaian begini namun keadaan tidak membenarkan kerana dia duduk bersama dengan keluarga Iqbal. Tak manis la pakai seksi macam ni.. sekarang dia boleh la seksi sebab hanya dia dan Iqbal sahaja dirumah sewa mereka hewhew.

Natasha menoleh ke arah suaminya. "Daddy.. nak jumpa Tasha.. dia kata dia rindu Tasha.." ujar Natasha lalu mengambil telefonnya. Dia terus menunjukkan chat whatsapp dari bapanya kepada Iqbal.

Iqbal membaca setiap bait perkataan Tuan Syazwan didalam whatsapp lalu berpaling semula ke arah isterinya. Dia senyum seraya mengusap bibir Natasha yang tersebik.

"Pergi la jumpa daddy.. kesian daddy rindukan anak dia.. Tasha kena ingat.. walaupun Tasha dah jadi isteri abang, Tasha tetap juga kena hormati daddy.. Tasha tetap kena ikut nasihat daddy.. jangan lupakan daddy.. sebelum abang hadir dalam hidup Tasha, harus diingatkan bahawa daddy la yang menjaga Tasha dengan baik.."

Natasha mengeluh perlahan lalu menyandarkan kepalanya ke bahu suaminya. Iqbal senyum seraya mencium sekilas kepala isterinya. "Tapi Tasha masih marahkan daddy.." gumam Tasha perlahan seraya bermain dengan jari Iqbal.

Iqbal senyum tipis. Ingin sahaja dia menceritakan kebaikan daddy selama ini namun Tuan Syazwan menyuruhnya merahsiakan dahulu.. baginya biarlah Natasha tahu dengan sendirinya tanpa diberitahu oleh orang lain.

"Faham.. Tasha boleh marah daddy.. tapi Tasha tak boleh benci daddy.. daddy adalah darah daging Tasha.. tiada daddy, tiadalah Tasha.." tegur Iqbal perlahan seraya membelai rambut isterinya.

Dia pasti Natasha juga merindui Tuan Syazwan kerana Natasha ada menatap wajah Tuan Syazwan didalam telefon dalam diam. Iqbal tahu akan itu namun Iqbal hanya diamkan sahaja.

Natasha mendongak memandang suaminya. Iqbal menjungkit kening dengan senyuman ke arah Natasha. "Kalau macam tu abang teman la Tasha jumpa daddy.. Tasha taknak jumpa dia sorang-sorang.." rengek Natasha seraya menyentuh halkum suaminya.

Iqbal berdehem lalu menangkap jemari gatal itu. Fuhh.. Natasha ni memang la.. suka sangat membuat nafsunya mencanak naik..

"Tak boleh Tasha.. abang err abang ada kelas tambahan petang ni.. jadi abang tak boleh teman Tasha. Abang cuma boleh hantar Tasha je nanti.." sengaja Iqbal memberikan alasan itu kerana dia mahu Natasha meluangkan waktu bersama Tuan Syazwan.

Dia tidak mahu masuk campur hal itu kerana dia yakin Tuan Syazwan ingin berjumpa dengan Natasha sendirian.

Lagi pula dia sememangnya akan ke kolej sebentar nanti.

Natasha mencebik lalu menolak badan suaminya menjauh. "Sampai hati.. teman la Tasha kejap.. takkan tak boleh skip kelas tu?" Tanyanya dengan riak cemberut. Iqbal senyum lalu menggeleng. Diusap lembut tangan Natasha.

"Tak boleh la macam tu.. abang baru je masuk kolej. Takkan la abang terus nak buat onar kan? Lagipun kan abang dah cakap tadi yang abang hanya boleh hantar Tasha je kejap.."

Natasha memuncung lalu kembali memeluk suaminya. Agak terkejut juga Iqbal dengan perangai isterinya yang tidak dijangka ini namun dia turut membalas pelukan isterinya.

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now