"BURPP.. Alhamdulillah kenyang.." ujar Ariff yang sedang sendawa lalu duduk diatas batu bersebelahan Natasha. Mereka baru sahaja selesai menikmati makanan sebentar tadi dan sekarang mereka sedang mandi-manda.Natasha yang hanya memerhati Iqbal, Pak Khalid dan Kiara yang sedang mandi itu berpaling ke arah Ariff lalu tersenyum.
"Awak tak mandi ke Tasha?" Tanya Ariff seraya mengibas seluarnya yang agak basah. Natasha menggeleng. "Taknak la.. saya takut lemas nanti." Ujar Natasha lalu berpaling semula ke arah Iqbal yang sedang bergelak ketawa bersama Kiara.
Mendung sahaja wajah Natasha ketika ini. Sedikit sebanyak dia agak cemburu apabila Iqbal mula mengendahkannya dan lebih melayan Kiara berbandingnya.
Takkan la Iqbal hanya memujuknya sampai tahap itu sahaja? Dia inginkan perhatian yang lebih tapi nampak gayanya Iqbal seperti acuh tak acuh sahaja memujuknya. Sumpah Natasha terasa dengan suaminya kali ini..
Ariff yang perasan akan wajah mendung Natasha itu, terus berpaling ke arah Iqbal yang sedang memercik air kepada Kiara. Dia mengeluh perlahan. Tahu sangat mengapa riak Natasha sebegitu.
"Iqbal dan Kiara dah lama kenal.. dari zaman budak-budak lagi.." Natasha terus menoleh ke arah Ariff. Dia senyum tipis. "Tahu.. semua sepupu pun macam tu kan? Saya faham.." ujar Natasha lalu menunduk bermain batu-batu kecil.
Ariff menghela nafas perlahan. "Ya. Sepupu. Itu bermaksud adik-beradik. Yang memang rapat kerana ibubapa dari kecil sehingga dewasa. Iqbal hanya anggap Kiara sebagai adik sahaja. Jadi, awak tak perlu la nak risaukan segala--"
"Tapi Kiara anggap Iqbal abang ke?" Tanya Natasha perlahan seraya mata tertancap ke batu. Tak betah dirinya ingin memandang Iqbal saat ini kerana tidak mahu melihat aksi mesra Iqbal bersama Kiara.
Ariff berdehem. "Kenapa tanya macam tu? Awak jangan cakap yang awak... cemburu?" Tanya Ariff lalu tersengih. Kalau Natasha cemburu, boleh la dia beritahu Iqbal nanti. Konfirm Iqbal akan ketawa riang mendengarkan itu.
Natasha susah meluahkan perasaan. Kerana itulah Iqbal susah mengetahui sama ada Natasha sedih atau gembira atau berduka.
Natasha menarik nafas lalu hembus perlahan. Ariff hanya menanti jawapan dari Natasha. "Ya.. saya cemburu kalau suami saya dekat dengan perempuan lain yang bukan mahram.." ujarnya dengan sangat perlahan.
Ariff senyum lebar mendengarkan itu. Natasha mengeluh perlahan lalu mengangkat kepalanya melihat suaminya. "Dan saya.. dah mula jatuh cinta pada dia.. pada Iqbal.." ujar Natasha dengan mata berkaca.
Terbeliak mata Ariff mendengarkan itu. Dia terus menekup mulutnya yang ternganga. "Wah!! Betul ke ni?!" Ujar Ariff dengan senyuman lebar. Natasha mengangguk namun matanya masih tertancap ke arah Iqbal yang sedang tersenyum pada Kiara.
"Betul.. tapi dia bukan milik saya.." terus mati senyuman Ariff apabila mendengarkan itu. "Ke..kenapa.. i mean.. apa maksud awak?"
Natasha mengemam bibir kejap lalu mengesat air matanya yang bakal mengalir. Dia senyum paksa. "Orang kata, kalau perempuan dulu yang jatuh cinta, hubungan takkan kekal lama. Kalau lelaki yang confess jatuh cinta, hubungan itu akan kekal lama sehingga hujung nyawa.. dan.. hubungan kami ni..."
Natasha mengetap bibirnya menahan air mata. Berkerut dahi Ariff apabila sudah tahu apa yang akan terbit dari mulut Natasha. "....takkan kekal lama.. sebab tu saya.. tak luahkan perasaan cinta saya pada dia.. saya tahu... kami akan berpisah juga nanti.."
Menitis air mata Natasha mengatakan itu. Sungguh dia tidak kuat mengatakan itu. Hatinya berkata lain. Hatinya menginginkan Iqbal namun dalam akal fikirannya menidakkan segalanya. Dia tidak mahu memaksa Iqbal. Dia ingin berubah.
Dia tidak mahu menjadi Natasha yang sering memaksa seperti dulu. Baginya, jika orang ingin lakukan apa yang disuruh, dia bersyukur. Tapi jika orang tidak mahu, dia tidak akan memaksa. Dia tidak mahu orang lain tak selesa dengan dia.
Ariff mengeluh kasar lalu menyebak rambutnya ke belakang. Sempat dia mengerling Iqbal yang masih mandi-manda.
"Awak putus asa ke Tasha? Dia suami awak tau? Saya rasa awak bukan Natasha yang saya jumpa dulu. Mana Natasha yang kuat dulu? Mana Natasha yang mempertahankan haknya dulu?"
Tanya Ariff dengan riak kecewa. Dia suka bilamana Natasha yang bersungguh-sungguh. Bukannya Natasha yang berputus asa seperti ini.
Natasha menggeleng perlahan lalu mengesat air matanya yang mengalir. "Natasha yang tu dah lama mati.. sekarang.. hanyalah saya.. seorang yang rapuh.. yang sudah penat mempertahankan sesuatu yang bukan milik saya.. apa nak jadi, jadi la.. kalau takdir saya macam tu, saya terima dengan hati terbuka. Saya takkan memaksa sesiapa untuk stay dengan saya selepas ini.."
Ujarnya dengan bahu terhinjut-hinjut. Dia masih menahan esakannya daripada kedengaran oleh orang yang berada disitu. Dia tidak mahu mereka tahu bahawa dia sedang menangis sekarang. Tiada sesiapa yang bleh melihat sisi rapuhnya seperti sekarang.
Ariff mengeluh perlahan lalu memperbetulkan kedudukannya. Diperhatikan sahaja muka memerah isteri kawannya ini. Sungguh dia kecewa dengan Iqbal kerana Iqbal rela bermandi-manda disana berbanding memujuk isteri sendiri.
Ya, Ariff tahu bahawa Iqbal tak reti memujuk. Ariff terima akan itu. Tapi Ariff tidak boleh terima jika Iqbal tidak memujuk isteri sendiri. Setidak-tidaknya, belajar la untuk memujuk serta menghargai tulang rusuknya ini.. tapi Iqbal ni jenis lepas tangan sahaja soal ini.
"By the way Tasha, mak saya minta maaf pada awak." Natasha berpaling ke arah Ariff lalu menjungkit kening. "MakTina?"
Ariff tergelak perlahan. "Yelah. Berapa banyak mak yang saya ada?" Natasha sengih. Sempat dia mengesat air mata di pipi. "Tapi kenapa?"
Ariff senyum tipis. "Ayah saya dah basuh otak mak saya tu.. seharian mak saya dileteri serta ditarbiah oleh ayah. Menangis teresak-esak mak saya lepas dimarahi ayah.. jadi, dia nak minta maaf pada awak tapi dia segan.. sebab tu dia suruh saya yang sampaikan ni.."
Natasha senyum tipis pada Ariff. "Ala takpa.. saya pun nak jumpa juga mak awak.. saya nak minta maaf sebab kata-kata kesat saya menyinggung hati dan perasaan mak awak.. sampaikan salam saya pada dia tau? Nanti saya datang rumah awak.. nak kait rambutan hehe.."
Ujar Natasha lalu tersengih. Ariff terkekeh ketawa. "Lah? Nak kait rambutan? Ingat ke nak hantar lauk ke apa tadi.. baru je nak excited makan lauk yang awak masakkan."
Natasha sengih tak bersalah. "Err yang tu kena tunggu tahun depan la kot. Sebab saya ambil masa satu tahun untuk belajar satu lauk.." ujar Natasha lalu menggaru kepala yang tidak gatal.
Ariff tergelak kuat sambil memegang perutnya. "Aduh senak perut saya. Awak ni pun.. over naw sampai satu tahun.." ujar Ariff lalu menggeleng kepalanya. Natasha hanya sengih sahaja.
Betul la tu. Bukan lain lama dia hafal resipi masakan namun apa yang dia masak sangat berbeza dengan resipi. Pening! Tengok resipi pun failed..
Iqbal yang memerhatikan Ariff dan Natasha tertawa dari jauh mengepal tangannya. Dia mengetap bibir apabila kelihatan isterinya sangat bahagia bersama Ariff sedangkan Natasha langsung tidak bercakap dengannya.
"Elok sangat la tu ketawa dengan lelaki lain depan suami?" Gumamnya perlahan lalu menumbuk kasar air disitu.
Kiara senyum senget melihat sepupunya yang sedang dilanda kemarahan. Bagus. Lagi mudah untuk tumbangkan Natasha..
TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Romance"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...