SYAQUILLA - BAB 52🔥

30.9K 1.2K 55
                                    



IQBAL masuk ke dalam biliknya dengan langkah berhati-hati. Dia menutup pintu bilik lalu memusingkan tubuh ke arah isterinya yang sedang berbaring membelakanginya. Iqbal mengeluh perlahan lalu ditanggalkan tshirt dibadannya.

Dia melangkah ke tilam lalu menghenyak punggung ke atas tilam sambil mata masih memerhati tubuh belakang isterinya.

"Kau dah tidur ke?" Tanya Iqbal seraya menggosok perlahan lengan terdedah isterinya. Natasha mencelik mata namun dia hanya diam sahaja. Sedari tadi dia memaksa diri untuk tidur namun hatinya begitu sakit apabila melihat Iqbal berpelukan dengan perempuan lain.

Dia tidak kisah jika perempuan tersebut adalah ibu mertuanya atau nenek. Tapi masalahnya sekarang adalah, perempuan tersebut adalah sepupu. Sepupu yang bukan mahram dan dibenarkan berkahwin dalam islam.

Kerana itulah Natasha agak sakit hati. Dia tidak pasti apakah makna semua ini namun baginya, Iqbal adalah haknya sahaja. Hanya dia yang boleh menyentuh atau memeluk Iqbal. Perempuan lain tidak boleh menyentuh haknya kerana Natasha tidak suka berkongsi haknya dengan orang lain.

Iqbal menyimpan keluh lalu berbaring diatas tilam. Dia tidur mengiring menghadap isterinya. Diperhatikan sahaja tubuh belakang isterinya ketika ini. Iqbal senyum tipis lalu mengusap perlahan kepala Natasha.

"Taknak peluk aku ke? Biasanya kau sejuk malam-malam macam ni.." ujar Iqbal perlahan lalu menaikkan sedikit kepalanya untuk mencium kepala Natasha.

Natasha memejam mata apabila bibir lembut suaminya itu menyentuh kepalanya. Dia suka apabila Iqbal mula memanjainya seperti ini namun sakit dihati masih tersisa.

Pedihnya hati seorang isteri apabila melihat sang suami berpelukan bersama perempuan lain padahal Iqbal selalu menepis sentuhannya. Itu yang membuatkan Natasha terasa dengan Iqbal.

Ariff pernah memberitahu bahawa Iqbal tidak suka physical contact. Tapi sekarang ni apa? Kenapa begitu mudah Iqbal memeluk sepupu sendiri?

Iqbal menarik nafas lalu dihembus perlahan. Dia mengangkat sedikit kepala Natasha lalu diletakkan lengannya ke bawah kepala isterinya. Natasha hanya membenarkan sahaja.

Biarlah. Itu suaminya. Dia berhak menyentuh Natasha. Tapi Natasha hanya membenarkan malam ini sahaja. Mungkin esok Natasha akan berubah kerana sikap suaminya yang selalu berubah-ubah..

Iqbal merapatkan badan depannya ke badan belakang Natasha. Dicium lama kepala Natasha sambil ditepuk perlahan pinggang Natasha.

"Aku minta maaf pasal tadi.. esok aku bincang dengan kau.. malam ni kau tidur la dulu. Aku taknak kita berbincang dalam keadaan tak terkawal seperti sekarang.." bisik Iqbal perlahan lalu dipeluk erat badan isterinya.

Hanya ini sahaja cara untuk Iqbal memujuk Natasha. Pada awalnya dia buntu mencari cara untuk memujuk isterinya kerana dia bukanlah seorang yang pandai memujuk perempuan.

Puan Irina dan NekLi jarang merajuk. Kerana itulah Iqbal langsung tak tahu cara pujuk perempuan. Apatah lagi isterinya sendiri yang dahagakan kasih sayang darinya.

Natasha hanya diam lalu memejam mata erat. Dia langsung tidak menghiraukan suaminya. Natasha memang begitu. Jika dia terlalu penat dengan keperitan di hati, dia hanya diam membisu.

Dia menyimpan kesedihannya sehingga membuatkan dirinya stress. Sekarang Natasha pandai mengawal tekanannya. Tapi jika ia melebihi had, kemungkinan Natasha akan tertekan seperti awal perkahwinan mereka dahulu..

*:・゚*:・゚✧

IQBAL mencelik matanya. Berkerut dahinya apabila merasakan kosong disebelahnya. Dia berdehem lalu bangun dari baringnya. Dia menarik nafas lalu dihembus perlahan.

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now