BERKERUT dahi Natasha apabila kelihatan ramai orang berkerumun dihadapan syarikatnya. Dia mengecilkan matanya ke arah kertas yang dipegang oleh orang ramai tersebut.Terbeliak matanya apabila dapat mengenalpasti bahawa mereka adalah pembangkang.
"Dasar penipu! Ceo syarikat penipu! Pulangkan balik duit kami!"
"Ya pulangkan balik! Dah ambil duit orang lepastu diam je! Pulangkan!"
Berkerut dahi Iqbal ketika ini. Dia menanggalkan kaca mata hitamnya lalu memerhati keadaan yang sedang huru-hara itu.
"Kenapa tu?" Tanyanya seraya mengerling wajah Natasha. Natasha menggeleng. "Tak tahu.." gumamnya perlahan sambil memerhati orang ramai yang berkerumun.
Dia juga tidak tahu apa yang berlaku saat ini.
"Pulangkan hak kami! Dasar syarikat scam!" Jerit salah seorang dari mereka.
"Cik Syaquilla! Pulangkan balik duit kami! Kami dah banyak habiskan duit untuk melabur tapi cik telah mengambil kesemua duit kami dalam bank! Pulangkan!"
Berkerut dahi Natasha apabila sudah mengenalpasti maksud disebalik ini. Dia mengepal tangan erat. "Shit. Anna.." gumamnya perlahan. Dia telah menyuruh Anna menjadi akauntan untuk pejabatnya. Namun dia tidak tahu pula Anna telah menikamnya dari belakang seperti ini.
"Lalu ikut pintu belakang. Now!" Iqbal mengangguk laju lalu mula memandu keretanya. Mata Natasha hanya tertancap ke arah pelanggannya. Dia mengeluh kasar. Baru sahaja 5 hari Anna bekerja. Takkan la berantakan macam ni?
*:・゚✧*:・゚✧
"APA dah jadi ni?! Kenapa dekat luar tu huru-hara?!" Jerit Natasha pada Anna yang sedang menunduk didalam pejabatanya. Iqbal pula hanya mengikuti Natasha dari belakang. Dikerling sekilas Anas, Anna dan Tuan Syazwan yang sudah berada didalam pejabat.
"Kau! Kau tak reti buat kerja ke perempuan?!" Jerit Natasha pada Anna. Baru sahaja dia ingin menarik rambut Anna namun satu suara garau telah menghentikan langkahnya.
"Natasha! Tak perlu salahkan orang lain! Tasha yang lepas tangan dalam hal ni! Daddy dah cakap yang daddy harapkan Tasha untuk jaga serta ajar Anna. But what the hell are you doing?! Tasha lepas tangan! Tasha biarkan Anna lakukan kerja seorang diri macam ni! Kenapa?!"
Natasha mencerlung wajah bapanya. Iqbal hanya diam kaku manakala Anas sembunyi senyum. Sebenarnya ini kerja liciknya. Sengaja dia jadikan Anna sebagai kambing hitam dalam kes ini.
"Really? Why should i take care of her? Come on daddy! Dia dah berusia 23 tahun! Takkan la masih bodoh dalam hal syarikat?! Takkan la Tasha nak kena ajar dari awal hingga akhir?!"
"YES! ITU SEBAB TASHA ADALAH MENTOR DIA! Daddy harapkan Tasha tapi Tasha langsung tak bertanggungjawab! Harus diingatkan bahawa syarikat ini masih dibawah nama daddy! Kalau mcm ni la cara Tasha jaga syarikat, daddy takkan berikan syarikat ini pada Tasha!"
Natasha gelak sinis lalu berpeluk tubuh. "Oh ya? Hanya disebabkan satu kesalahan bodoh ni, daddy terus buang Tasha macam tu? Daddy! Selama ni elok je syarikat daddy Tasha jaga! Tapi selepas datangnya perempuan tak guna ni ke syarikat ni, semuanya hancur berantakan!"
"NATASHA SYAQUILLA! WATCH YOUR MOUTH! Perempuan tak guna yang Tasha sebut tu adalah anak daddy!"
Natasha berdecit. "Hanya anak tiri! Yang nak pertahankan sangat kenapa?! Tasha ni anak kandung! Tasha lebih berhak keatas segalanya la daddy!"
"SHUT UP!" Tersentak mereka yang berada disitu apabila Tuan Syazwan mula menjerkah Natasha. Natasha menolak isian pipinya dengan lidah. Matanya sudah berkaca saat ini. Tunggu masa sahaja air matanya menitis jatuh ke tanah.
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Romance"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...