3 TAHUN KEMUDIANNATASHA dan anak lelakinya, Nadim Isyraf menjeling seorang lelaki berbadan tegap yang sedang berjalan ke arahnya dengan sengihan tak bersalah.
"Err abang Iqbal! Kalau saya nak selfie boleh? Lepas ni kita dah tak jumpa dah.. anggap je la kenangan eh?" Tanya seorang gadis yang berbaju konvo. Iqbal menggaru kepalanya lalu berpaling ke arah Natasha dan Nadim yang sedang berpeluk tubuh ke arahnya.
Harini merupakan hari konvo untuk Iqbal yang bermaksud Iqbal sudah habis belajar engineering. Sudah tiga tahun dia belajar di kolej itu dan akhirnya, dia sudah tamat pembelajarannya.
Dan sekarang sangat ramai gadis yang ingin bergambar dengannya kerana pakaian Iqbal hari ini sangat kemas seumpama seorang pekerja korporat.
"Err sorry. Aku tak boleh tangkap gambar.. ada orang tunggu aku. Sorry." Tolak Iqbal lalu menunduk. "Alaa abang sekeping je la.." ujar gadis itu lalu menyentuh tangan Iqbal.
"Excuse me? Memang jenis tak tahu malu ke nak sentuh laki orang?" Tanya Natasha yang sedang mendukung Nadim dan melangkah mendekati Iqbal.
Iqbal meneguk liur kesat melihat riak tegang isterinya. Gadis itu tersentak apabila dijerkah begitu.
"Tah! Tak au alu ke centuh papa ita? Papa ita milik mama ita je. Owang lain no tacing tacing (touching) eaa.." ujar Nadim lalu menggoyangkan jari telunjuk kecilnya.
Iqbal kemam bibir menahan tawa. Haa ikut perangai mama dia la kalau perangai tak semenggah macam tu. Natasha ni suka mengajar yang bukan-bukan. Contohnya macam tadi la. Papa milik mama. Aih nakal ni..
Natasha mengangguk puas hati mendengar perkataan yang dilontarkan oleh anak lelakinya itu.
Iqbal senyum merenung wajah garang isterinya ketika ini. Dia hanya memerhati Natasha sahaja. Langsung tak memandang orang lain hoho.
"Err maaf akak.. tapi saya nak tangkap gambar buat kenangan je.. saya rasa tak salah kalau kami nak bergambar buat ken--"
"Kepala hotak you la nak buat kenangan dengan cara menangkap gambar dengan laki orang. Cuba bayangkan orang lain rapat dengan laki you? Apa yang you rasa?" Tanya Natasha sambil berpeluk tubuh.
Iqbal menggeleng ke arah Natasha sebagai tanda untuk bersabar. Berkerut dahi Natasha apabila Iqbal seumpama melarangnya untuk memarahi gadis-gadis gedik dihadapannya ini.
"Really? Abang suka la kan perempuan-perempuan ni terhegeh-hegeh pada abang?!" Jerit Natasha seraya mencerlung ke arah Iqbal.
"Tasha..." tegur Iqbal mendatar. Natasha mengetap bibir. "Fine. Pergilah! Pergi je tangkap gambar banyak-banyak dengan diorang!" Jerit Natasha lalu membawa Nadim bersamanya.
Iqbal mengeluh perlahan lalu mencerlung ke arah gadis-gadis itu. "Nampak kan sebab apa aku halang tadi? Ia sebab aku ni milik orang. Kau tak nampak ke isteri aku serta anak aku tadi? Tolong jangan menggeletis dengan hak orang. Tak elok."
Tegur Iqbal lalu memusingkan tubuhnya mengejar langkah Natasha. Tercengang gadis-gadis itu apabila dimarahi Iqbal sebentar tadi. Padahal selama ini Iqbal hanya pendiam sahaja. Tak tahu pula Iqbal garang macam tu..
"Sayang!" Jerit Iqbal sambil mengejar langkah perlahan isterinya. "Sayang.. jangan berlari macam ni. Bahaya la.." ujar Iqbal lalu melelar tangan isterinya.
Natasha menghentikan langkah lalu mendengus sahaja. Nadim mendengus lalu berpeluk tubuh. "Papa uat mama. Papa tak bayek. Nadim report nyang nanti hmph!" Ujar Nadim lalu berpaling kearah lain.
Terbeliak mata Iqbal. Alamak mampus. Bahaya kalau si Nadim ni report pada NekLi. Kerana NekLi amat menyayangi Nadim. Apa sahaja yang Nadim nak, pasti NekLi akan bagi segalanya. Sayang sangat cicit dia aih..
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Romance"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...