SYAQUILLA - BAb 78🔥

23.8K 984 56
                                    



"SELAMAT kembali puan Tasha.." ucap pekerja mereka lalu menunduk. Natasha yang sedang berpimpin tangan dengan suaminya itu hanya mengangguk dengan riak mendatar.

"Hmm thank you. Pergi buat kerja" nalas Natasha tanpa nada. Iqbal senyum. Inilah Natasha yang dia mahu hakhak!

"By the eay hensem suami puan.. nama dia Iqbal ya?" Natasha mencerlung wanita itu. Dia tahu wanita itu sudah berkahwin but well. Ni Natasha la. Memang tak la dia nak bagi orang lain tengok suami dia.

"Tak payah nak berintro sangat. Pergi buat kerja!" Terus pekerja tersebut berlari seumpama kipas kudung apabila suara puan mereka bergema dalam ruangan syarikat itu. Terkulat-kulat sahaja mereka apabila dijerkah begitu.

"Huh. Selalu buat orang sakit hati." Gumam Natasha perlahan seraya mengibas tudungnya. Dulu kibas rambut. Sekarang kibas tudung pula la hakhak.

Iqbal tergelak perlahan lalu menarik tangan isterinya untuk keluar dari syarikat. "Garang.. tapi abang suka.. i see red~ red~"

Nyanyi Iqbal dengan senyuman senget. Natasha senyum lalu menolak pipi suaminya. "Jangan laaa. Tasha tak boleh la dengar lagu tu.. rasa bahaya.."

Iqbal terkekeh ketawa lalu mencuit hidung isterinya. "Iya? Tapi abang suka merah-merah ni. Mengancam gitew." Ujar Iqbal lalu menjilat bibirnya.

"Ish jangan la.." bisik Natasha perlahan malu-malu. Iqbal tergelak lalu melangkah keluar dari syarikat bersama Natasha.

Para pekerja memanjangkan leher mengintai puan mereka. Mereka menghembus nafas lega apabila melihat Natasha sudah melangkah keluar.

"Walaupun dah bersuami dan bertudung, tapi dia masih garang.."

Pekerja lain bersetuju. "Betul. Tapi aku suka.. sebab aku rindu dengar suara bergegar dia.. bila dia tak ada, aku rasa sunyi. Lepas puan Tasha kembali ni rasa macam bersemangat pula nak bekerja kan?"

Pekerja lain mengangguk laju. "Setuju!" Jawab mereka serentak. Seteruk-teruk perangai Natasha, mereka tetap menyayangi CEO muda mereka itu.

Bagi mereka Natasha adalah pembakar semangat. Setiap ucapan pedas Natasha telah menaikkan kemarahan mereka sehingga mereka bekerja keras hanya untuk menunjukkan kepada Natasha bahawa mereka boleh berjaya.

Dan ya. Berkat Natasha jugalah mereka masih bertahan di syarikat ini.

"Apa yang setuju?" Mereka terus berpaling ke belakang. Terbeliak mata mereka apabila melihat tuan besar mereka merapati mereka.

"Tuan!" Jerit mereka lalu menunduk ke arah Tuan Syazwan. Tuan Syazwan mengangguk. "Anak saya mana?"

"Err puan Tasha dah keluar dengan encik Iqbal tadi.." Tuan Syazwan mengangguk. "Okey okey teruskan kerja. Kerja bersungguh-sungguh lepas ni. Puan singa awak dah kembali tu.." ujar Tuan Syazwan lalu melangkah keluar dari syarikat.

Pekerja terkekeh ketawa. Puan singa pun boleh lah.. sebab memang betul ahak!

"Tasha!" Iqbal yang sedang memakaikan topi keledar kepada Natasha berpaling ke arah suara itu. Dia tersenyum ke arah bapa mertuanya yang melangkah laju kearah mereka manakala Natasha berpaling ke arah lain.

Dia masih tidak dapat memaafkan bapanya.

"Daddy.." gumam Iqbal dengan senyuman. Dia berpaling sekilas Natasha yang cemberut. Iqbal menggosok perlahan lengan isterinya sebagai tanda bertenang. Dia tidak akan memarahi Natasha kerana dia yakin, jika dia jadi Natasha, dia juga akan membenci Tuan Syazwan habis-habisan.

Tuan Syazwan menghela nafas lalu senyum pada Iqbal dan anaknya. "Nak balik dah ke? Kita tak bincang lagi pasal kemasukan Iqbal dalam U nanti.. daddy dah daftarkan Iqbal. Nanti mereka akan call Iqbal untuk keterangan lebih lanjut."

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now