"MACAM mana perjumpaan Tasha dengan daddy tadi? Okay? Daddy cakap apa hm?" Tanya Iqbal perlahan seraya menyisir rambut isterinya. Memudar senyuman Natasha apabila suaminya melontarkan soalan itu.Dia senyum kelat lalu mengangguk. "Okey..semua okey.." balasnya ringkas. Berkerut dahi Iqbal apabila hanya itu sahaja jawapan isterinya. Iqbal senyum tipis seraya mengusap pipi isterinya.
"Itu maknanya tak okey.. abang kenal isteri abang.. kalau okey, mesti Tasha akan ceritakan pada abang sebelum abang tanya.. tapi sekarang, Tasha sedang mengelak dari soalan abang. Sebab tu Tasha jawab ringkas je. Betul?"
Natasha mengemam bibir lalu mendongak ke arah suaminya. Dia mula tersebik. "Kenapa...kenapa abang boleh faham Tasha tapi daddy tak boleh faham Tasha?" Tanyanya dengan suara bergetar. Iqbal senyum tipis.
"Abang dah agak.. pasti ada sesuatu berlaku kan?" Natasha mengangguk lalu menyandarkan pipinya ke dada Iqbal.
"Daddy.. ada jumpa Tasha tadi.. daddy tanya khabar Tasha dan abang.. daddy cakap dia rindukan Tasha.. dan daddy minta maaf pada Tasha atas kesilapan dia yang lalu. Dia cakap itu semua untuk kebaikan Tasha.."
Jawab Natasha dengan jujur. Kalau boleh dia ingin menceritakan segalanya pada Iqbal. Dia ingin meluah namun dia tidak mempercayai sesiapa. Hanya Iqbal sahaja orang yang dia paling percaya sekarang.
Iqbal mengangguk sambil mengusap kepala isterinya. Dia hanya diam untuk mendengar segala luahan Natasha.
Mata Natasha tertancap ke unggun api. "Tasha tak tahu apa yang Tasha perlu buat.. Tasha dah maafkan daddy tapi dalam masa yang sama Tasha masih tak boleh lupa apa yang daddy buat pada Tasha.. Tasha.. entahlah abang.. mungkin Tasha agak susah nak terima segalanya secara mendadak.."
Iqbal mengangguk. "Faham.. takpa.. take your time.. daddy pun mesti akan faham Tasha. Abang yakin daddy takkan terasa hati dengan perlakuan Tasha sebab Tasha adalah mangsa keadaan.."
Natasha mengangguk lalu memeluk erat tubuh suaminya. "Terima kasih.. abang je yang mampu tenangkan Tasha.." ujar Natasha lalu mencium lama dada suaminya. Iqbal senyum sambil mengusap kepala Natasha.
Natasha mendongak lalu tersenyum dengan sisa airmata di pipinya. Iqbal tergelak perlahan sambil mengesat air mata Natasha. "Comotnya sayang abang ni.." gumam Iqbal perlahan.
Natasha tersengih. "Takpa.. abang tetap sayang Tasha walaupun Tasha comot kan kan?" Tanyanya lalu mengerdip mata dihadapan suaminya. Iqbal tergelak lalu mencium kedua-dua mata Natasha. Terpejam mata Natasha menerima kucupan hangat suaminya.
"Yaa.. abang tetap sayang.." ujar Iqbal dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Natasha senyum lalu menghela nafas perlahan.
"Abang.. daddy ada beri sesuatu pada kita tadi.." Iqbal mengangguk. "Apa dia?"
Natasha kemam bibir lalu merenung mata suaminya. Direnung sahaja mata koko suaminya yang agak bercahaya disinari bulan yang terang.
"Daddy bagi.. tanah pada kita sebagai hadiah perkahwinan kita.. Tasha dah tolak.. Tasha taknak pertolongan dari daddy lagi.. tapi daddy tetap paksa untuk Tasha terima tanah tu.. daddy ada bagi geran pada Tasha tadi.."
Iqbal senyum seraya mengusap pipi kemerahan isterinya. "Terima je lah.. anggap je itu hadiah kita.. pasti daddy dah rancang awal-awal untuk bagi hadiah pada Tasha.. abang tahu mesti daddy sayang sangat pada anak manja dia ni.."
Ujar Iqbal lalu menggeselkan hidung mereka berdua. Natasha terkekeh ketawa lalu menolak perlahan pipi suaminya.
"Mana ada laaa.. Tasha tak pernah manja dengan sesiapa.. Tasha hanya manja dengan abang je.." ujar Natasha lalu melentokkan kepala ke dada suaminya.
![](https://img.wattpad.com/cover/349753976-288-k522979.jpg)
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Romansa"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...