SYAQUILLA - BAB 21🔥

21.1K 800 92
                                    



IQBAL membuka pintu bilik lalu memapah Natasha perlahan-lahan ke katil. "Berat betul kau ni.." keluh Iqbal perlahan lalu menutup pintu tersebut. Dia terus melangkah ke katil lalu diletakkan Natasha ke atas katil.

Iqbal menegakkan badan lalu membetulkan ototnya. "Pergh siot la. Badan keding je tapi berat dia.. fuhh.. nak tercabut skru badan aku." Keluh Iqbal dengan gelengan.

Dia memakaikan selimut kepada Natasha lalu ingin melangkah keluar. Terbantut langkahnya apabila kelihatan rantai Natasha terjatuh diatas lantai. Iqbal mendengus lalu mengambil rantai itu.

Dia menghampiri Natasha lalu memakaikan rantai itu ke leher Natasha. "Nasib baik la aku baik malam ni. Kalau tak, dah lama aku lempar kau ke laut tau" ujar Iqbal lalu menjeling Natasha yang sudah dijemput lena.

Iqbal menjauhkan tangannya lalu senyum pada Natasha. "Kau comel bila tidur macam ni.. sebab mulut kau tertutup. Kalau mulut kau mula bercakap, aku rasa nak bagi penampar pun ada.."

"Hmph... Iqbal jahat.." rengek Natasha perlahan sambil menggaru lehernya. Iqbal menggeleng. "Dalam mimpi pun mengutuk aku juga ke?"

TOK TOK!

Iqbal berpaling ke pintu bilik hotel itu. Terkejut juga dia apabila masih ada yang mengetuk pintu waktu begini. Dia melangkah perlahan ke pintu lalu menguak pintu tersebut.

Terbeliak matanya apabila ada beberapa lelaki yang berjubah putih disertakan serban diatas kepala sedang memandangnya.

"Assalamualaikum. Kami dari JAIS dan kami dimaklumkan bahawa ada pasangan yang belum berkahwin bersekedudukan didalam bilik ini. Sila bagi kerjasama encik."

Berkerut dahi Iqbal dibuatnya. Dia berpaling pada Natasha yang masih diulit lena. Iqbal mengeluh kasar lalu menyebak rambutnya.

Mampus. Tak pasal kena tangkap basah pula masa macam ni..

*:・✧*:・゚✧

"SAYA berani bersumpah yang kami tak buat apa-apa pun tadi ustaz." Kata Iqbal kepada ahli JAIS tersebut.

Sedari tadi dia mengatakan itu. Dikerling sekilas Natasha yang menunduk. Iqbal mengeluh apabila air mata Natasha mula menitis.

Dia memandang ke arah ustaz tersebut. "Tolong la percaya. Saya hanya bawa dia ke bilik je tadi. Selepas tu saya-"

"Tetap tak boleh. Encik dan cik ni belum berkahwin. Sedangkan pasangan kekasih yang bercinta tanpa ikatan yang sah pun diharamkan, apatah lagi berdua-duaan didalam bilik. Ia melanggar hukum Islam. Dan cara yang terbaik adalah kamu berdua harus bernikah sebelum terjadinya fitnah."

Berkerut dahi Iqbal. Natasha panggung kepala ke arah ustaz lalu menggeleng perlahan. "Tak ustaz.. please.. saya dengan Iqbal memang takde buat apa-apa. Saya mengantuk tadi sebab tu la dia bawa--"

"Salah tetap salah. Alasan tolong menolong macam ni langsung tak munasabah. Padahal ramai je perempuan dekat hotel tu kan? Kenapa encik tak minta tolong mereka untuk bawa cik Natasha ni ke bilik? Kenapa encik sendiri yang berani pergi ke sana? Syaitan disekeliling kita encik. Bila-bila masa sahaja mereka akan menghasut anak Adam supaya melakukan perkata terkutuk tanpa sedar."

Iqbal mengeluh kasar. Dia tidak boleh melawan kata-kata itu kerana semuanya adalah fakta..

"Tasha!" Natasha terus panggung kepala ke arah Tuan Syazwan yang datang bersama Anas serta Anna. Natasha mengeluh perlahan lalu mengesat kasar air matanya.

"Apa ni?! Tak habis-habis nak buat hal?!" Marah Tuan Syazwan terhadap anaknya. Natasha menggeleng. "Semuanya salah faham daddy. Tasha dan Iqbal tak buat apa-apa. Kami cuma--"

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now