"Mummy tak kira Farrel Hifzyan. I nak you kahwin juga! You tahu tak tahun ni umur you dah berapa?" Bebel Puan Firah panjang. Farrel hanya memekakkan telinganya.
Mula dah...
Wajah kesian dibuat pada Encik Hakim yang ralit membaca surat khabar. Sebaik Encik Hakim melihat wajah minta kaki Farrel, laju kepala digeleng. Biarlah anak dia je yang kena bebel. Jangan dia yang kena bebel juga.
"Tak payah nak buat muka macam tu kat daddy. Tak laku. Betul la apa mummy you cakap. Tahun ni umur you dah 28 tau. Batang hidung bakal menantu daddy langsung daddy tak nampak"
Encik Hakim sambung bebel. Surat khabar dilipat. Takde mood dah nak baca.
"Kan you! Geram betul i dengan Farrel ni. Anak bongsu kita tu pun dah ada girlfriend tau. Farrel ni apa pun tadak. Sibuk dengan kerja je!" Perli Puan Firah. Farrel keluh perlahan.
"Ni yang aku malas nak balik rumah ni. Kalau tau tadi, aku lepak je kat office dengan Ammar" bisik Farrel perlahan mendapat jelingan tajam dari Puan Firah. Farrel sengih. Alamak mummy dengar!
"Ala mummy. Yaa nanti Farrel cari la menantu kat mummy. Jangan desak Farrel my, nanti dapat menantu perangai tak semenggah baru tahu" usik Farrel. Puan Firah bangun dari sofa. Berura-ura mahu menarik telinga anak sulungnya. Ada je perangai dia tu!
"Okay mummy, Farrel sorry okay? Tak mau la buat muka masam macam ni. Nanti daddy dah tak nak kat you macam mana?" Usik Farrel lagi. Kali ni memerah wajah Datin Firah mendengar kata anak nya.
"Eh daddy pula?" Tanya Encik Hakim cuak. Adu ada la ni kejap lagi.
"Apa? So betul lah apa Farrel kata?" Jeling Puan Firah pada Encik Hakim. Pucat muka Encik Hakim bila isterinya mula menyerang. Wajah Farrel dipandang sekilas. Farrel hanya tersengih suka.
"Tak guna punya anak!"
⋆⋅☆⋅⋆
"Apa muram je muka tu Aresya?" Tegur Syuhada sebaik saja duduk di sebelah Aresya. Aresya senyum nipis.
"Takde apa. Tiba-tiba teringat ibu dengan abah" kata Aresya perlahan. Syuhada hanya diam. Bunga Aresya. Umur 20. Jadi anak yatim piatu sejak umur 17. Hidup seorang diri tanpa saudara mara.
Disaat semua orang sedang menyambung pelajaran di universiti, Bunga Aresya terpaksa bekerja untuk teruskan kehidupannya yang sebatang kara selepas kematian ibu bapanya.
"Sedekah kan al-fatihah. Semoga arwah tenang di sana" pesan Syuhada. Aresya pandang Syuhada sekilas sebelum memeluk lengan wanita itu.
"Terima kasih kak sebab selalu ingatkan resya." Ujar Aresya manja lalu menyandar pada bahu Syuhada. Rambut Aresya diusap lembut. "Sama-sama sayang. Dah jom. Ni dah makan belum ni?" Tanya Syuhada.
Aresya tersengih tak bersalah. Syuhada menggelengkan kepalanya. Belum makan lah tu!
"Kalau akak tak paksa awak makan, mesti awak tak makan. Dah jom. Kita makan" ajak Syuhada lalu menarik tangan Aresya.
"Terima kasih kak" ucap Aresya tiba-tiba. Langkah Syuhada terhenti. Badan dipaling menghadap Aresya.
"Ni dah kenapa tiba-tiba je ni?"
"Terima kasih sebab ambil Resya kerja dengan akak 3 tahun lepas. Resya terhutang budi sangat dengan akak" ujar Aresya sebak. Masih teringat lagi ketika dia berjalan di bawah hujan mencari tempat berteduh selepas dihalau oleh tuan rumah gara-gara tungakkan sewa.
Syuhada yang nampak Aresya, terus pelawa Aresya masuk ke dalam cafe milik nya dan beri makan. Teresak-esak Aresya ceritakan kisah hidupnya pada Syuhada. Syuhada seperti seorang kakak pada Aresya membuatkan Aresya selesa dengan wanita itu.
"Sama-sama. Dahh takmau la nangis. Tak cantik dah adik akak ni. Jom makan. Nanti gastrik macam mana?" Ujar Syuhada risau seraya menarik lembut tangan Aresya. Aresya tersenyum manis.
⋆⋅☆⋅⋆
"Aik Farrel? Masam je muka tu. Apahal?" Tegur Ammar sebaik saja Farrel menarik kerusi didepannya. Farrel mengeluh perlahan sebelum menarik gelas milik Ammar.
"Oi oi air aku! Order la lain!"
"Bising lah kau. Aku tengah serabut ni" kata Farrel dingin. Kening Ammar berkerut. Wajah bersih milik Farrel ditenung lama.
"Apa masalah kau lagi ni Farrel?" Tanya Ammar ingin tahu. Farrel diam. Takde mood nak cerita. Dalam otaknya tengah ligat, macam mana nak cari menantu kat mummy dia ni.
"Mummy aku tulaa.." Farrel buka mulut.
"Ohh dia minta menantu?"
"Dah tahu tanya lagi" dengus Farrel geram. Ammar ketawa terbahak-bahak. Kelakar tengok muka Farrel tengah marah.
"Dah tu? Bagi jelah?" Jawab Ammar mudah mendapat jelingan tajam dari Farrel.
"Kau cakap senang lah! Mana aku nak cekau menantu nak bagi kat mummy aku tu. Kau tahu kan aku ni single?"
"Tulaa, ada orang nak berkenalan. Kau tolak mentah-mentah. Sekarang rasa la" balas Ammar selamba.
"Kau ni kalau aku sepak kau, tahu la nasib kau" kata Farrel geram. Gelas milik Ammar tadi sudah diangkat, berura-ura mahu baling ke arah Ammar.
Terbahak-bahak lelaki itu ketawa. Farrel mendegus. "Menyampah la cakap dengan kau ni Ammar. Langsung tak membantu"
"Apa kata kan.." kata Ammar serius.
Farrel mula tunjuk minat untuk mendengar kata-kata yang akan keluar dari mulut sahabatnya.
"Kau buat la interview untuk cari menantu untuk mummy kau. Amacam?"
"Macam kau cari Raihanah dulu?" Duga Farrel. Laju Ammar mengangguk.
Farrel mengeluh. Dia bukan taknak tapi..
"Alah Farrel. Kau fikir apa lagi? Kau tengok aku dengan Raihanah. Bahagia je kan?" Kening diangkat menanti jawapan Farrel.
"Nanti lah aku fikirkan"
TO BE CONTINUE..
YOU ARE READING
Farrel's wife [OG]
Fanfiction''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri pada usia 20 tahun. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Sudah lah dilanggar l...