9

425 23 0
                                    

Selepas selesai makan, Farrel dan Aresya meneruskan cari barang hantaran. Mereka masuk satu kedai yang menjual pelbagai jenis minyak wangi lelaki

"Hello welcome" tegur pekerja itu. Aresya lemparkan senyum nipis manakala Farrel kekal dengan riak dingin. Ceh tak mesra langsung.

"I nak cari minyak wangi tahan lama dan ada bau Fruity" tanya Farrel. Terus pekerja itu keluarkan beberapa sample minyak wangi untuk beri pada Farrel.

"Perfume ni our best seller. Setiap kali restock akan sold out." Satu tester paper diberi pada Farrel. Ada riak terkejut pada wajahnya sebaik saja bau wangian tersebut.

"Emmm wangi"

"Cuba kau bau" Farrel hulur kertas tadi pada Aresya. Lambat-lambat Aresya sambut huluran Farrel.

"Emmm wangi!" Kata Aresya terkejut. Pertama kali dia bau wangian mahal. Oh macam ni rupanya bau minyak wangi mahal.

"Kau suka yang ni?"

"Emm saya suka bau dia" jujur Aresya. Farrel angguk faham sebelum menyuruh pekerja itu siapkan pesanannya.

"Awak beli?" Tanya Aresya terkejut. Sempat dia belek tag harga pada minyak wangi tadi. Hampir 2k ya untuk satu botol.

Tak pernah dia beli minyak wangi semahal tu. Paling mahal pun yang dia pernah beli body mist bath and body works. Itupun kadang-kadang beli masa ada sale.

"Yelah. Kau suka bau tu kan? Nanti lepas kahwin kau juga yang nak bau. Jadi aku ikut pilihan kau" jawapan Farrel buatkan rahang Aresya jatuh.

"Awak ni memang tak boleh buat keputusan sendiri ke? Asyik ikut pendapat saya je?" Kata Aresya tak puas hati. Dari beli cincin tadi sampai lah beli barang hantaran, semua ikut cita rasa Aresya.

"Haah takde. Dah jom" beg kertas jenama Creed dibawa ke dalam pegangan. Farrel bawa semua barang yang mereka beli. Satu pun dia tak benarkan Aresya bawa. Katanya takut jatuh dan pecah.

Ceh dia ingat aku senang-senang nak rosakkan barang yang cecah ribuan ringgit tu? Tu kalau Kerja berapa tahun baru dapat ganti.

⋆⋅☆⋅⋆

"Apa lagi barang hantaran yang kau nak?" Soal Farrel lepas mereka duduk berehat sebentar di bangku yang ada.

Mata Aresya lama merenung butik Siti khadijah depan mata. Dah lama dia teringin nak pakai telekung Siti Khadijah tapi harga terlalu mahal. Harga T20 nyah.

"Kau nak telekung tu?" Seperti tahu-tahu saja.

"Tak apa lah. Mahal. Kita beli yang murah pun okay je" tolak Aresya baik. Tak suka menyusahkan Farrel lagipun Farrel belum sah jadi suaminya untuk tunaikan kehendak dia.

Lagipun dia pernah berniat nak beli telekung tu sebagai self reward.

"Selain tu? Ada lagi?" Soal Farrel lagi.

Sebelum kahwin dia perlu siapkan semua kerja pejabat yang ada supaya lepas kahwin boleh berehat sedikit. Jadi hari ini saja dia ada masa untuk keluar mencari barang hantaran. Selain itu semua Puan Firah yang uruskan.

Aresya pandang pelbagai jenis beg kertas di tangan Farrel. Rasanya tak ada dah.

"Tak ada" Farrel keluarkan satu kad. Sempat Aresya menilik Card holder milik Farrel. Banyak betul kad.

Orang kaya kan, Apa nak heran?

"Nah ambil kad ni, pergi beli aiskrim sana. Aku pergi toilet kejap" ujar Farrel seraya bangun tuju ke tandas.

Terpingga-pingga Aresya merenung kad yang ada di tangan. Dia perasan ke yang dari tadi aku tenung kedai aiskrim tu?

"Ah orang dah belanja. Kejap lagi dia bebel lagi. Beli ajelah" putus Aresya. Setelah memastikan Aresya pergi membeli aiskrim, terus Farrel menukar laluan. Dari tandas ke butik Siti Khadijah.

"Selamat datang encik. Boleh saya bantu?" Sapa pekerja butik itu ramah. Senyuman manis dilempar pada Farrel.

Mata Farrel ralit merenung beberapa telekung yang tergantung sebagai display. Di matanya semua telekung cantik.

"I nak telekung yang warna pink ni 1, putih ni 1. Tolong wrap cantik-cantik ya." Pesan Farrel. Pekerja itu mengangguk faham lalu memulakan tugas.

Selepas membeli aiskrim, Aresya kembali ke tempat tadi. Mata tertacap pada tangan Farrel. Ada dua beg kertas Siti Khadijah. Terbeliak luas mata Aresya. Jangan cakap dia beli?!

"Awak beli?!"

"Yelah, takkan aku curi pula?" Perli Farrel. Sah sah lah dia beli. Soalan pun tak boleh bijak sikit ke?

"Kan saya cakap tak payah. Awak ni" rungut Aresya. Farrel tayang muka kosong. Kening dijungkit pada Aresya.

"Bila masa aku belikan untuk kau? Aku beli untuk mummy" terang Farrel. Yang ni tak tipu. Memang dia belikan untuk Puan Firah. Saja nak hadiahkan.

Aresya termalu sendiri. Bibir tersengih kekok.

"O-oh okay.."

"Dah siap beli? Jom. Dah nak maghrib ni" ajak Farrel. Aresya angguk seraya mengikuti langkah Farrel.

⋆⋅☆⋅⋆

Kereta Farrel berhenti di depan rumah sewa Aresya. Tali pinggang dibuka. Aresya yang sedang lena tidur menyapa pandangan mata.

"Tidur je kerja kau kan?" Getus Farrel geram sambil merenung segenap wajah Aresya. Ketika itu, dia bersetuju dengan kenyataan Puan Firah yang Aresya cantik.

Tak dinafikan, Aresya memang cantik. Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyuman senget.

"Eh dah sampai ke?" Aresya tersedar dari tidur bila terasa kereta tak bergerak. Cepat Farrel alihkan pandangan.

"Dah lama sampai. Sedap kau tidur eh. Tu ha ada air liur basi" tipu Farrel. Mata Aresya terbuntang luas. Air liur basi?!

Laju dia membuka cermin kereta. Membelek wajah sendiri dalam cermin. Aresya mendegus kasar bila tiada langsung air liur seperti yang dikatakan Farrel.

Farrel kemam bibir dari senyum. Padan muka. Siapa surun tidur dalam kereta.

"Dah pergi masuk. Barang-barang ni aku bawa balik. Mummy dah tempah servis gubah hantaran" Aresya angguk faham. Kalau nak tunggu dia gubah, alamatnya tak jadi kahwin sebab terlalu sibuk untuk gubah hantaran.

Balik rumah, mandi makan lepastu terbongkang tidur.

"Jangan lupa inform bos kau yang kau akan berhenti kerja" Badan Aresya tersentak. Eh haah lah. Hampir dia terlupa yang dia akan menyambung pelajaran selepas berkahwin dengan Farrel.

"Nasib baik awak ingatkan. Saya lupa" Aresya sengih kejap cukup buatkan Farrel terpana buat seketika.

"Da-dah. Aku nak gerak dah ni. Jumpa lagi seminggu future wife" kata Farrel gugup sebelum kereta meluncur laju tinggalkan kawasan rumah sewa Aresya.

"Jumpa nanti. Future husband" bisik Aresya perlahan bila kereta Farrel hilang dari pandangan.








TO BE CONTINUE..

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now