"Sayang? Apa lama sangat mandi tu?" Tegur Farrel dimuka pintu tandas. Sudah satu jam Aresya masuk untuk mandi. Sampai sekarang tak keluar.
"Sayang?" Panggil Farrel. Pintu tandas diketuk kuat. Perasaan risau mula menyelubungi diri. Pelbagai andaian bermain di kepala.
Tanpa menunggu, pintu tandas dipecah. Tubuh Farrel kaku seketika melihat Aresya yang masih berpakaian terduduk lemah bawah pancuran air. Tangannya mengosok lengan kuat menggunakan shower sponge sehingga kemerahan.
"Sayang..." panggil Farrel sebak. Air mata Aresya masih mengalir. Tangan nya tak berhenti mengosok lengan yang dipegang oleh Encik Sabri tadi. Jijik!
"Sayang. Sudah!" Shower sponge tadi di rampas dari tangan Aresya. Aresya merenung Farrel lama. Tangisan Aresya kembali pecah. Dia tak kuat. Mesti Farrel dah jijik dengan dia.
"Abang jijik dengan Resya?" Farrel terpempan mendengar soalan dari Aresya. Kepala menggeleng laju. Mana mungkin dia jijik. Aresya isterinya.
"Tak sayang. Abang tak jijik. Meh sayang. Nanti you demam" pujuk Farrel lagi. Dia cuba untuk menarik lembut tangan Aresya tapi gagal. Aresya keraskan badannya.
"Sayang.. jangan lah macam ni. Nanti you demam. Nanti baby sejuk kalau you duduk bawah air lama macam ni"
"Sayang abang. Jom sayang. Kita keluar?" Pujuk Farrel lagi. Dalam hati dia menahan melihat keadaan Aresya. Hati suami mana yang sanggup lihat keadaan isterinya begini.
"Sayangku Bunga. Jom lah. You tak kesian kat Haiyan ke? Mesti Haiyan sejuk" Aresya menunduk pandang ke perut bulatnya. Perlahan-lahan dia bangkit dari duduk.
"Abang mandikan you lepastu kita tidur okay? You mesti penat"
⋆⋅☆⋅⋆
Aresya duduk atas sofa sambil memeluk erat lengan Farrel tak mahu lepas. Nak tengok kdrama tapi takut nak sorang-sorang jadi kita heret somi kita untuk teman.
Setelah dipujuk Farrel, akhirnya dia cuba untuk melupakan kejadian tadi. Dia percayakan Farrel. Farrel suaminya. Dia yakin Farrel akan lindungi dia dari orang tua sangap tu.
Mata Aresya toleh pandang Farrel yang ralit merenung ipad ditangan. Bibirnya mencebik. Busy betul padahal tengah cuti.
"Abang"
"Em?" Jawab Farrel tanpa memandang Aresya. Matanya tak lepas dari ipad. Walaupun hari cuti tapi kerja tetap jalan. Nasib badan la kerja dengan family sendiri.
"Lapar lah"
"Aik?" Terus dia menoleh pandang Aresya yang sudah tersengih macam kerang busuk.
"Haiyan okay? Bukan Resya" cepat-cepat Aresya berdalih. Sebelum suami dia membebel baik dia bagitahu siap-siap.
"Haa tuduh anak lagi" suara Farrel bertukar dingin. Bibir Aresya terjuih ke depan. Dasar!
"Abang selalu tau macam tu. Benci lah" Aresya berura-ura mahu bangun dari sofa tapi sempat Farrel capai tangan mak buyung itu dari pergi dan memaksa Aresya untuk duduk atas pehanya.
"Hei abang gurau jelah. You nak makan apa?" Rambut Aresya diselit belakang telinga. Anak mata merenung mata bundar milik Aresya. MasyaAllah cantiknya isteri siapa ni?
"Nak ramen boyeh?" Matanya terkedip-kedip lembut. Biar Farrel lembut hati.
"Boyeh boyeh. You pelat ke sayang?"
YOU ARE READING
Farrel's wife [OG]
Fanfiction''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri pada usia 20 tahun. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Sudah lah dilanggar l...