2

486 31 0
                                    

"Elok-elok keluar tu Resya. Tengok kereta sebelum melintas. Masa lunch hour ni kereta banyak" pesan Syuhada.

Aresya tergelak. Aduhai. Setiap kali dia nak keluar untuk membeli barang keperluannya di watson yang tak jauh terletak dari cafe tempat kerjanya, mesti Syuhada akan pesan begitu.

"Ya kak. Jangan risaulah" jawab Aresya seperti biasa. Risau betul Syuhada padanya. Tangan dilambai pada Syuhada sebelum menapak keluar dari cafe.

Alah nak pergi kedai depan tu je.

"Panas betul. Dah berapa hari eh tak hujan ni" bebel Aresya seorang diri sebaik memulakan pejalanan. Dalam kepalanya, ligat mengingati bila hari terakhir hujan turun.

Ketika Aresya leka tanpa memandang kiri kanan sebelum melintas, sebuah kereta mewah sedang meluncur laju ke arahnya.

PINNNN!!

"Arghhh" jerit Aresya sebelum tubuhnya dirempuh oleh kereta itu. Terkulai lemah tubuhnya di jalan tar.

"Ohh shit!" Kata Farrel cemas. Dahinya sudah berpeluh. Ya Allah Farrel apa kau buat ni!!

Pintu kereta dibuka. Laju kakinya melangkah ke arah gadis itu. Farrel memangku tubuh Aresya yang pengsan. "Hei hei" wajah tembam Aresya ditepuk perlahan.

Farrel mengigit bibir bawahnya kuat. "Come on Farrel. Fikir"

Terasa kelam kabut bila rasa ramai mata memandang ke arahnya ketika ini.

"Hospital" kata Farrel apabila sel-sel otaknya mula berhubung. Tubuh kecil Aresya diangkat lalu diletakkan di sebelah seat pemandu. Wajah Aresya dipandang sekilas sebelum memulakan pemanduan.

⋆⋅☆⋅⋆

"Encik" sapa seorang doktor. Farrel yang cemas itu terus berdiri. Wajah doktor dipandang risau. Dalam hatinya berharap tiada apa yang teruk terjadi pada gadis itu.

"Alhamdulillah. Tiada kecederaan yang serius pada isteri encik. Cuma sekarang ni tubuh dia terlalu lemah. Jadi biarlah dia berehat terlebih dahulu"

"Err saya bukan–

"Doktor! Ada emergency patient. Lagi 2 minit, akan sampai!"

"Baiklah! Saya pergi dulu ya" pamit doktor itu sebelum Farrel sempat menerangkan hal sebenar. Tak sia-sia kena jadi suami kat budak tu.

Kaki Farrel menapak masuk ke dalam wad persendirian yang ditempah olehnya. Tak mahu rehat gadis itu diganggu. Perlahan-lahan Farrel mendekati katil wad.

Wajah Aresya polos ditenung lama. Hati Farrel dijentik sesuatu. 'Dia cantik!' Puji Farrel dalam hati. Beg dompet dan telefon milik gadis itu dibelek.

"Nasib takde password" ujar Farrel agak lega bila button on ditekan. Banyak missed call dari 'KakSyu'.

Pantas Farrel menekan icon call untuk menelefon semula. Tak sampai 3 saat, panggilan dia angkat. Belum sempat Farrel mahu bersuara, ada suara wanita terlebih dahulu bersuara.

"Hello Resya? Resya kat mana? Akak call tak angkat. Akak risau ni Resya!" Gusar suara Syuhada ditalian bersuara. Farrel terkaku.

"Hello?" Farrel memulakan perbualan.

"Hello? Siapa ni? Macam mana awak boleh pegang telefon Aresya?" Tanya Syuhada pelik. Berkali-kali dia melihat screen telefon. Betul lah nombor Aresya.

"Pemilik telefon ni kemalangan. Boleh datang ke Sunway Medical Centre sekarang" ujar Farrel dingin.

"Hah?!"

⋆⋅☆⋅⋆

"Ya Allah Aresya!!" Farrel yang sedang tertidur di atas sofa terkejut apabila mendengar suara kuat itu. Terpisat-pisat dia bangun meneyeh mata.

Pintu wad dibuka kasar. Farrel menangkap susuk tubuh wanita dalam anggaran umur lewat 20-an mendekati gadis itu.

"Jangan risau. Dia cuma tidur. Doktor pesan untuk biarkan dia berehat" kata Farrel dengan nada mendatar. Terkebil-kebil Syuhada memandang Farrel membuatkan Farrel berasa tak selesa.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Tanya Farrel pelik. Tak pernah nampak orang handsome ek?

Eh kau Farrel perasan!

"Awak ke yang langgar dia?" Tembak Syuhada membuatkan badan Farrel kaku. Uish tepat! Cepat-cepat Farrel membetulkan riak wajahnya. Farrel berdehem kekok.

"Aku tak sengaja. Salah dia juga sebab tak tengok kiri kanan sebelum melintas" jelas Farrel dingin. Tak mahu disalahkan 100%. Perempuan tu pun salah juga. Bukan dia seorang.

"Terima kasih sebab bawa dia datang hospital." Ucap Syuhada bersyukur sebelum merenung Aresya yang lena. Pipi Aresya diusap dengan penuh kasih sayang.

"Jangan risau. Bil hospital aku akan tanggung sebagai tanda minta maaf aku" kata Farrel sebelum keluar dari wad.

Nombor seseorang ditekan. "Haz, aku nak kau cari maklumat penuh tentang Bunga Aresya" arah Farrel tegas.

⋆⋅☆⋅⋆

Perlahan-lahan Aresya membuka matanya. Terasa tubuhnya agak lemah. Siling putih menyapa kornea mata Aresya. "Kat mana ni?" Tanya Aresya lemah.

Tangan di angkat perlahan apabila terasa sakit. Ada jarum. Sah sah dia kat hospital. Aresya mengeluh sebelum cuba bangun dari baringan tetapi gagal kerana badannya terlalu lemah.

"Resya? Resya dah sedar?" Tanya Syuhada sebaik saja masuk ke dalam wad dan nampak Aresya yang bersandar di kepala katil wad.

"Akak?" Soal Aresya dengan suara serak. Tekaknya terasa perit ketika ini.

"Resya okay? Nak akak panggilkan doktor?" Tanya Syuhada risau apabila melihat bibir pucat Aresya. Aresya menggeleng lemah. Dia okay cuma rasa lenguh dan haus. Seperti tahu, Syuhada menuang segelas air kosong lalu beri pada Aresya.

Hah lega!

"Macam mana Resya boleh masuk hospital ni kak?" Dari tadi dia cuba untuk mengingati kejadian sebelum dia dimasukkan ke hospital tetapi gagal.

"Resya kena langgar"








TO BE CONTINUE..

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now