44

204 17 1
                                    

Aresya hanya membuntuti langkah Riana yang dari tadi keluar masuk kedai pakaian dan beg tangan. Sesekali dia terasa megah kerana jalan tak berhenti.

"Riana. Slow sikit. Penat aku nak kejar kau" kata Aresya megah. Dada yang berombak kasar di usap perlahan. Tercungap-cungap mencuri nafas.

"Opss sorry weh. Aku lupa kau pregnant" kata Riana serba salah. Lengan Aresya dipegang erat. Mereka labuhkan duduk pada bangku yang disediakan.

Berita dia mengandung disampai kan oleh adik iparnya. Kelakar betul reaksi Riana ketika dia di sahkan mengandung.

Riana telefon dia dan menangis teresak-esak serupa kena pukul. Ingatkan apa rupanya terharu sebab nak dapat anak buah. Kawan siapa lah ni.

"Kau jangan bagitahu abang Farrel. Kang mampus aku kena dengan dia" Aresya ketawa kecil. Tahu pula takut dengan Farrel. Mana tak nya, nak keluar ni pun banyak soalan ditanya. Sampai Kecut perut minah tu.

"Kalau kau belanja aku, aku tak bagitahu" Bukan tak ada duit, saja nak pau Riana. Laju Riana mengangguk. Bolehhh takkan tak boleh.

"Kau nak aku belanja apa? Cakap je. Aku belikan demi anak buah aku ni" perut Aresya diusap perlahan. Tawa Aresya meletus. Sayang betul dengan anak buah dia.

"Aik untuk anak buah je. Untuk bakal kakak ipar kau ni tak nak belanja?" Duga Aresya. Kening dijungkit ke atas. Riana ketawa sebelum cubit pipi Aresya geram.

Dia dengan Farrel sama je. Suka main pipi orang.

"Untuk kakak ipar sekali lah. Akak nak apa? Saya belanja" usik Riana. Tawa mereka berdua meletus. Geli betul 'saya awak' dengan si Riana ni.

"Akak rasa akak nak makan pizza. Boleh belanja?"

"Boleh je. Ayuhh" kaki mereka melangkah ke restoran pizza hut yang tak jauh dari bangku tadi. Aresya ketawa apabila Riana masih dalam watak kakak ipar dan adik ipar.

"Eish dah dah lah. Geli lah aku" mengeletis tubuh Aresya tahan geli. Riana ketawa terbahak-bahak. Tak cover punya. Kalau mak mertua tengok, confirm tak jadi nak buat menantu.

Mata Aresya tertacap pada susuk tubuh yang berdiri tepi tandas lelaki. Serta merta kaki Aresya berhenti melangkah. Riana pandang Aresya pelik. Dahinya berkerut seribu.

"Kenapa?" Soal Riana bila lihat Aresya seperti takut pada seseorang. Dia menoleh pandang ke arah yang Aresya tenung.

Tiada siapa-siapa yang mencurigakan.

Badan Aresya mengeletar takut. Riana yang perasan terus mengoncang perlahan lengan Aresya. "Weh kau kenapa?!" Ujarnya cemas. Aresya hanya kaku tak menjawab.

Air mata jatuh ke pipi. Tak lama, pandangannya bertukar gelap.

⋆⋅☆⋅⋆

Suara tangisan seseorang menyapa halwa telinga Aresya. Kepala masih terasa pening dan perlahan-lahan dia celikkan mata. Siling putih menghiasi pandangan Aresya.

"Sabarlah sayang. Dia tengah rehat. You jangan lah menangis macam ni" suara Fakhri.

"Salah i. I yang ajak dia keluar harini" suara Riana.

"Sudahlah. Kamu berdua balik lah dulu. Biar abang jaga Aresya" suara Farrel.

"A-abang.." panggil Aresya perlahan. Serentak tiga kepala menoleh ke arahnya. Terus Farrel mendapatkan Aresya.

"Sayang!"

"H-hauss" kata Aresya lemah. Dengan pantas Farrel menuang secawan air kosong yang tersedia tepi katil. Seusai selesai minum, mata Aresya berkaca bila teringat detik sebelum dirinya pengsan.

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now