"Abang! Tengok ni!" Jerit Aresya memanggil Farrel. Terkocoh-kocoh Farrel keluar dari rumah menuju ke arah suara isteri yang memanggil.
"Ha kenapa?" Badan kecil isterinya dibelek risau. Jelas terpancar riak wajah Farrel yang pucat itu.
Terkebil-kebil mata Aresya merenung Farrel. "Ada anak kucing!" Kata Aresya teruja. Anak kucing berwarna putih dan coklat itu dipandang Farrel.
Farrel mengeluh. Ingatkan apa lah tadi. Panggil macam ada bende jadi padahal anak kucing je?!
"You ni! Buat abang risau je. Kenapa panggil
Abang macam tu. Ingat ada apa lah tadi" bebel Farrel sambil mencekak pinggang. Aresya sengih buat muka tak bersalah. Anak kucing itu masih dalam dukunganya."Boleh kita bela dia abang?" Pinta Aresya lembut. Tangan dia sibuk usap kepala anak kucing. Dari haritu dia perhatikan anak kucing tu berkeliaran berhampiran rumah mereka.
Farrel kaku. Kaki melangkah sekali kebelakang bila Aresya sua anak kucing depan muka.
"N-no, letak balik anak kucing tu" tergagap-gagap Farrel menutur. Bibir Aresya muncung ke depan bila dengar jawapan Farrel. Tapi kenapa?
"Dengar cakap abang, Bunga Aresya! Letak anak kucing tu sekarang!" Arah Farrel tegas bila Aresya seperti tak mahu lepaskan anak kucing tu. Takut akan suara tegas Farrel, segera dia lepaskan anak kucing tu pergi ke luar pagar.
"Takde kucing. Kita takkan bela kucing" putus Farrel sebelum masuk ke dalam rumah. Aresya hentak kaki. Jelas terpancar riak tak puas hati di wajah.
⋆⋅☆⋅⋆
"Abang takut kucing" tenang saja nada Fakhri ketika itu. Pagi tu sampai je kolej terus dia cari Fakhri. Bila tanya Farrel, sampai ke sudah diam. taknak jawab.
"Oh yeke? Tapi kenapa bila aku tanya dia taknak jawab?" Soal Aresya pelik. Fakhri senyum kejap sebelum matikan senyuman. Aresya dengar cakap dia untuk tukar panggilan saya awak pada kau aku.
"Malu kot. Yelah lelaki takut kucing? Selalu perempuan je yang takut" teka Fakhri. Mana lah dia tahu kenapa abang dia takut kucing?
Mereka berdua duduk di meja kecil yang ada di taman mini kolej.Di sebabkan Aresya masih tiada kawan, dia sebagai adik ipar yang baik tawarkan untuk berkawan dan teman Aresya ke mana saja.
Baik kan Fakhri? Siapa nak Fakhri angkat kaki!
"Faham" balas Aresya sepatah. Sebungkus roti dan air kotak milo dikeluarkan dari beg galas. Fakhri hanya diam memerhati kakak iparnya.
"Kau nak? Aku ada bawa lebih dari rumah" tanya Aresya sambil tunjuk beberapa bungkus roti yang berada dalam begnya.
"Takpe lah, aku dah breakfast kat rumah" tolak Fakhri. Aresya angguk lalu mencuit sedikit roti masuk ke dalam mulut.
"Sayang! Sampai hati you curang dengan i kan?!" Jerit seorang perempuan tiba-tiba. Aresya yang tengah makan roti tu terus tersedak kerana terkejut.
"Uhukk uhukk!!"
"Minum ni" gelabah Fakhri hulur air kotak milo pada Aresya. Satu teguk, dua teguk. Hah lega. Aresya tarik nafas lega. Peh nasib baik tak tercekik.
"Apa you ni Riana? Sergah orang macam takde adab!" Marah Fakhri kuat mengundang pandangan orang ramai. Aresya menundukkan wajah bila terasa ramai yang memerhati.
YOU ARE READING
Farrel's wife [OG]
Fanfiction''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri pada usia 20 tahun. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Sudah lah dilanggar l...