39

259 21 2
                                    

Seperti yang dijanjikan, Farrel dan Aresya pulang ke rumah mereka setelah tamat kenduri tahlil untuk Arwah atuk. Hujung mata Aresya melirik pada wajah tegang Farrel yang memandu. Farrel masih marah dengan kejadian tadi. Tangan Aresya naik menekup mulut. Rasa nak muntah...

"Abang! Berhenti tepi kejap!" Arah Aresya gelabah. Farrel yang terpinga-pinga, cepat beri signal dan berhentikan kereta. Sebaik saja pintu kereta terbuka, Aresya memuntahkan isi perut.

"Uwekk" Farrel menepuk belakang dan urut perlahan leher Aresya.

"Arghh sakit" rengek Aresya lagi. Perit hidungnya akibat terlalu banyak muntah. Tangan Farrel masih tak berhenti mengurut leher. Riak risau terpancar diwajahnya.

"You okay? Teruk sangat ni." Aresya pejam mata kejap. Pening kepala.

"Kita pergi klinik nak?" Ajak Farrel. Tak bentah lihat Aresya muntah teruk macam ni. Aresya geleng perlahan. Tak nak!

Kalau pergi klinik nanti dapat ubat, dia dah lah liat nak makan ubat. Makan cara suami dia suap haritu? No thanks.

"Resya okay la. Mungkin Muntah sebab pening kepala main telefon tadi" kata Aresya sekadar menyedapkan hati Farrel sekaligus membantah cadangan Farrel.

"Sure?" Farrel pula jenis tak memaksa. Hah elok lah.

"Yaa. Nak minyak angin" dengan pantas Farrel capai beg tangan Aresya, lalu diberi minyak angin. Minyak angin dicalit pada jari sedikit sebelum sapu ke pelipis.

"Hah lega" ucap Aresya sambil menyandarkan tubuh ke seat. Perlahan Farrel alihkan kaki Aresya supaya masuk dalam kereta.

Tali pinggang dipakai untuk isterinya bila Aresya tertidur. Farrel usap dahi Aresya yang sedikit berpeluh sebelum mula memandu.

Tak sampai sejam, Aresya tersedar dari tidur mengejut mahu muntah. Mulut ditekup sambil tangan kanan mengoncang bahu Farrel.

Kepala Farrel menoleh. Tapi belum sempat dia mahu beri signal untuk berhenti, Aresya sudah muntah dalam kereta.

Masing-masing terkedu. Bau muntah Aresya semerbak dalam kereta Farrel.

"Abbangg" tergagap Aresya bersuara. Punat tingkap ditekan, biarkan bau keluar dari kereta.

Diam.

"Abang, sorryy" kata Aresya perlahan. Jari jemari sibuk mengentel hujung baju. Kepala menunduk ke bawah. Sudahlah Farrel masih berserabut dengan kejadian tadi. Dia tambah lagi masalah.

"Abang..

"Resya minta maaf sebab muntah dalam kereta abang" ucap Aresya lagi. Kali ni mata sudah berkaca bila Farrel hanya diam tak bersuara.

"Abang.." tangisan Aresya pecah.

"Abang!" Jerit Aresya sedikit kuat. Seakan tersedar, Farrel menoleh ke Aresya yang sudah menangis.

"Lah kenapa menangis?" Soal Farrel pelik. Tisu di seat belakang dia ambil lalu lap sisa muntah di bibir Aresya. Farrel mengesat air mata guna ibu jari. Mata merenung mata yang basah itu.

"Abang marah Resya ke?" Tersedu sedan dia menangis. Farrel usap kepala Aresya kejap.

"Taklah, abang tak marah. Cuma tengah fikir. Macam mana nak bersihkan muntah you ni. Jauh lagi nak sampai kl ni sayang" Farrel garu kepala yang tak gatal. Mual jugak la bau muntah Aresya tapi nak buat macam mana?

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now