"Jangan buat kerja berat. Rehat saja. Ibu mengandung ni cepat letih. Apa apa minta saja pada Farrel. Nak makan apa, minta je." Pesan Puan Firah. Tangan Aresya dia genggam erat.
Patutlah selera makan bertambah, teringin nak makan macam-macam. Emosi tak berapa nak stabil. Kejap marah kejap menangis. Rupanya pembawakan budak rupanya.
"You pula Farrel. Kalau Resya nak makan apa-apa, cepat cepat cari. Mengidam ibu mengandung ni lain. Selagi tak bawa mudarat, belikan aje. Emosi ibu mengandung ni selalu tak stabil, mummy harap you boleh bersabar dengan emosi Resya nanti" pesanan khidmat beralih pada Farrel yang setia duduk tepi Aresya.
"Ya mummy." Balas mereka berdua serentak. First parents. Dengarkan jelah nasihat dan pesanan yang diberi.
"Ada teringin nak makan apa-apa?" Soal Puan Firah. Aresya sengih suka. Suka la kena layan macam ni hheheh.
"Emmm nak makan asam pedas ayam! Ayam nak bahagian kepak dengan paha saja. Nak bendi lebih. Nak pedas dan masam lebih. Boleh ke mummy?"
"Boleh. Apa pula tak boleh. Nanti mummy buatkan. You duduk sini saja, jangan mengada nak masuk dapur" larang Datin Firah keras. Bingkas dia bangun dari duduk dan tuju ke dapur.
"Abang happy?"
"Gila tak happy. Mestilah happy" badan Aresya dipeluk erat. Ubun-ubun sang isteri dicium lama.
"Terima kasih sayang.."
"Kenapa nak berterima kasih? Baby belum lahir lagi" tanya Aresya pelik. Farrel senyum senget. Perangai polos Aresya buat dia rasa nak cubit pipi tembam itu. Geram!
"Terima kasih sebab sudi mengandungkan anak abang. Abang happy sangat. Mulanya abang tak percaya yelah tak berharap kan tapi bila mummy suruh bawa you pergi klinik abang terdetik lah juga. Dulu masa mummy mengandungkan Abang pun perangai macam you juga."
"Kuat marah, kuat nangis. Nak makan macam-macam. Muntah, pening kepala. Tak nak jauh dengan abang"
"Abang double confirm dengan mummy sebelum bawa you pergi klinik. Mummy kata tanda-tanda tu dah ada. Itu yang abang yakin nak bawa you"
"And yes, ada baby kita dalam perut you. Thank you sayang, thank you so much" dahi Aresya terima kucupan hangat dari Farrel.
Senyuman lebar terus mati bila bauan tumis dari dapur. Aresya tekup mulutnya yang terasa mahu muntah.
"Busuk—
Tak sempat habiskan kata, Aresya muntah atas baju Farrel.
"Abangg" rengek Aresya. Tak sengaja. Tak tahan dengan bau tumisan.
"Sorryy" tangisan Aresya pecah. Alahai isteri. Suami awak ni tak marah pun.
"Tak pa sayang. Come. Bersihkan mulut"
⋆⋅☆⋅⋆
"You tak payah pergi uni lah. Nanti abang inform pejabat yang you tangguh belajar 2 tahun" kata-kata Farrel mematikan tangan Aresya yang bergerak bebas mengusap rambut Farrel.
"Lama nya 2 tahun?!"
"Yelah, you mengandung lagi 7 bulan lepastu pantang dan jaga baby sementara tunggu baby umur setahun"
"Ala abang. Nanti Riana dengan Fakhri dah graduate tapi Resya je belum. Tak nak" pujuk Areya. Farrel senyum tipis sebelum cubit pipi tembam Aresya.
Dulu memang dah tembam, sekarang makin tembam.
"Kalau you tak tangguh study 2 tahun pun, you tetap grad lambat sayang. Nanti you kena pantang" terang Farrel. Aresya mencebik. Kepala disandar pada dada Farrel yang tak berbaju.
YOU ARE READING
Farrel's wife [OG]
Fanfiction''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri pada usia 20 tahun. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Sudah lah dilanggar l...