"Assalamualaikum" Aresya beri salam sebelum kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Dibelakang Farrel membuntutinya. Puan Firah yang dari dapur berlari keluar.
"Bakal menantu mummy dah sampai. Masuk masuk" jemput Puan Firah. Aresya lemparkan senyuman manis buat Puan Firah.
Mereka berdua labuhkan duduk di sofa. Muka Puan Firah agak teruja buatkan Aresya lirikan mata pada Farrel yang sibuk dengan telefon bimbitnya.
"Lama Resya tak datang rumah. Farrel cakap Resya banyak kerja sebab tu tak sempat datang. Busy ya?" Kata-kata Puan Firah membuat Aresya tersentak. Dia tak bagi tahu mummy dia ke yang aku minta masa 2 minggu?
Aresya senyum kekok. "Ha-haah busy. Banyak customer kat cafe. Biasalah" balas Aresya lambat-lambat. Eish bukan nya nak tolong aku.
"Hari ni mummy masak special untuk you. Jom?" Ajak Puan Firah. Mereka berpimpingan tangan menuju ke meja makan. Farrel masih duduk disofa tak berganjak.
Ada beberapa lauk terhidang atas meja. Aresya telan air liur. Weh nampak sedap! Perut pula berbunyi hebat bila nampak lauk kegemarannya. Ada asam pedas ikan siakap!
"Sedapnya mummy. Mummy yang masak semua ni ke?" Tanya Aresya. Bukan 2-3 lauk, ada dalam 5 jenis lauk. Banyak betul. Ni nak makan lunch ke nak buat kenduri?
"Mummy masak je. Kalau bahan-bahan semua mak yang sediakan" balas Puan Firah sambil hulurkan pinggan untuk Aresya. Dahi Aresya berkerut. Mak?
"Mak. Pengasuh Farrel dari kecil. Dah lama mak kerja dekat sini" terang Puan Firah bila tengok muka Aresya terpinga-pinga. Aresya mengangguk faham. Lincah tangannya menyenduk nasi ke dalam pinggan.
"Daddy dengan Fakhri mana my?" Soal Farrel yang baru tiba. Bahu Aresya terhinjut kecil. Kus semangat.
"Ada kat atas. Kejap lagi turun lah tu" tak lama kemudian, susuk tubuh Encik Hakim dan Fakhri menyapa pandangan.
Aresya senyum nipis pada mereka berdua. "Eh Aresya. Lama tak nampak" tegur Encik Hakim sebelum labuhkan duduk pada kerusi. Masing-masing ambil tempat. Aresya duduk disebelah Farrel.
"Kau nak apa?" Soal Farrel. Aresya kaku sekejap. Baik pula dia layan aku. Mungkin sebab depan parents dia. Pandai jugak mamat ni berlakon.
"Er takpa saya ambil sendiri je" tak nak susahkan.
Tanpa amaran, Farrel letakkan satu ketul ikan siakap bahagian ekor dalam pinggan Aresya. Tak tinggal, kuah banjir satu pinggan.
"Eh awak" ujar Aresya terkejut. Farrel toleh pandang Aresya. "Kenapa? Tak makan lauk ni?"
"Makan je tapi kan saya dah cakap saya boleh ambil sendiri" bisik Aresya perlahan sambil mata pandang masing-masing tengah sibuk makan. Tak mahu yang lain dengar.
"Tolong bersyukur" balas Farrel pendek. Aresya mendegus geram sebelum makan. Tak mesra alam langsung.
⋆⋅☆⋅⋆
Farrel dan Aresya duduk berdua di tepi kolam renang. Terasa berdebar bila berduaan dengan Farrel tanpa orang lain. Lagi-lagi selepas kejadian mereka bergaduh 2 minggu lepas.
"Jadi, apa jawapan kau?" Tanya Farrel setelah lama berdiam diri. Aresya kemam bibir kejap.
"Saya—
"Aku faham kalau kau tak nak terima. Terpaksa lah aku cari orang lain" potong Farrel. Aresya jeling Farrel sekilas. Eh orang tua ni, orang tak habis cakap lagi dia dah potong.
"Awak tahu ke apa yang saya nak cakap?" Kata Aresya geram. Confident je potong ayat orang. Farrel peluk tubuh lalu pusingkan badan menghadap Aresya. Kening dijungkit ke atas.
"Kau tolak aku kan?" Teka Farrel.
"Siapa cakap?"
"Jadi kau terima?" Tanya Farrel. Ada nada teruja terselit. Aresya tahan bibir dari ketawa. Kau selalu buli aku kan? Harini aku buli kau.
"Siapa cakap?" Jawapan Aresya membuatkan Farrel mendegus geram. Tawa yang mahu meletus di tahan lagi. Sabar Aresya sabar. Kejap lagi kau gelak. Sikit je lagi.
"Kau ni teringin nak makan kaki aku ke? Elok tadi dah makan nasi, ada jugak yang makan kaki aku kejap lagi" jawab Farrel baran. Dia ni bukan penyabar sangat. Akhirnya tawa Aresya meletus.
"Jahahahh muka awak kelakar!!"
Dahi Farrel berkerut. Mata naik merenung Aresya yang masih lagi ketawa terbahak-bahak. "Sebab itulah bila orang tengah cakap, jangan menyampuk!" Perli Aresya lepas habis ketawa.
"Ya saya terima!" Putus Aresya. Bebola mata pandang air yang berada dalam kolam renang. Terasa tajam lirikan mata Farrel yang berdiri di sebelahnya.
"Serius?"
"Tak percaya? Tak apa lah saya boleh tarik balik kata-kata saya" Farrel tak sudi? Dia lagi lah suka.
"Apa yang buatkan kau yakin nak terima aku?" Duga Farrel. Aresya mengeluh perlahan. Badan memusing hadap Farrel.
"Bak kata awak, Mungkin dah jodoh saya sampai awal" balas Aresya tenang. Pada mulanya dia susah untuk terima tapi bila dia buat solat istikharah selama 2 minggu, hatinya mula tenang dan buat keputusan untuk terima Farrel.
"Alhamdulillah"
"Jadi majlis nikah kita 2 minggu lagi ya sayang. Siapkan mental dan fizikal kau sebelum kahwin dengan aku" sambung Farrel. Mata Aresya terbeliak luas. What?
"Hah?" Aku tak salah dengar kan?
"Lagi dua minggu kita kahwin. Full stop." Farrel melangkah masuk ke dalam rumah semula, tinggalkan Aresya yang tengah blur.
"Farrel!!"
TO BE CONTINUE..
YOU ARE READING
Farrel's wife [OG]
Фанфіки''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri pada usia 20 tahun. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Sudah lah dilanggar l...