Farrel menggenggam erat tangan kecil Aresya. Sekarang ni mereka berada di KLIA untuk hantar Encik Hakim dan Puan Firah pergi umrah. Keluarga Puan Firah juga hadir untuk menghantar.
"Abang jauh sikit. Juwita datang tu" pesan Aresya tegas sebaik nampak susuk tubuh Juwita dan Mak ngah. Dia menarik tangan Farrel untuk bersembunyi di belakang nya.
"Ya sayang. Sayang tak cakap pun memang abang jauhkan diri" balas Farrel tenang. Dia masih tak puas hati dengan Juwita sejak kejadian Juwita mahu membunuh isterinya.
"Abang Farrel, Aresya" tegur Juwita. Aresya buat muka dingin, Farrel tayang muka tegang.
"Kau nak apa Juwita? Tak cukup-cukup lagi apa yang kau buat pada kami?" Hilang panggilan Saya awak buat Juwita. Sesedap rasa je panggil Farrel, abang. Cukup lah dia berlembut selama ni. Sudah cukup baik dia tak buat laporan polis.
"A-aaku minta maaf Aresya. Aku cemburu bila kau dapat kahwin dengan Abang Farr—
"Farrel! Not abang! Aku je boleh panggil dia abang!" Potong Aresya dingin. Abang Farrel Abang Farrel. Potong lidah tu tahu la. Padahal umur diorang sebaya kot.
"Okay fine. Aku cemburu bila kau dapat kahwin dengan Farrel sedangkan aku dah lama tunggu dia. Dari kecil lagi"
"Bukan masalah aku" balas Aresya selamba.
"BOLEH TAK BAGI AKU HABIS CAKAP DULU?!"
"CAKAP JELAH!"
"Sudah sayang. Kenapa you nak bergaduh dengan orang terencat akal ni. Buang masa je." Pujuk Farrel dalam masa yang sama dia memerli Juwita.
"Dan kau! Kami maafkan tapi bukan melupakan. Aku takkan lupa apa yang kau buat pada aku dan isteri aku." Ujar Farrel tegas. Juwita pergi dari situ bila perasan mak long nya mendekati pasangan suami isteri itu.
"Farrel, Aresya" tegur Puan Firah pula. Setelah selesai dengan keluarganya, dia menghampiri anak dan menantu.
"Mummy nak pergi dah ni. Farrel, jaga menantu mummy elok-elok. Kalau mummy tahu you bagi dia makan Ramen lagi, memang putus telinga you mummy buat" wajah Farrel bertukar pucat lantas dia menoleh pada sang isteri yang tersengih tak bersalah.
"Apa? Mummy tak tarik telinga abang kan? Kira okay la tu" Farrel jeling Aresya tajam. Eish nasib sayang!
"Ya mummy" jawab Farrel pasrah. Memang lepas ni takde kompromi. Kata dah janji tak nak bagitahu, ni apa? Aresya main tipu!
"Resya? Jangan nak suka sangat. Jaga cucu mummy elok-elok. Jangan lah makan ramen lagi ya sayang? Tak elok untuk baby" kepala Aresya yang tersarung tudung bawal diusap lembut. Rahang Farrel jatuh tak percaya.
Amboi? Siapa anak siapa menantu ni?
"Okay mummy!" Balas Aresya ceria. Nak tergelak dia tengok muka cemberut Farrel.
"Dah dah. Mummy dengan Daddy nak masuk dah ni. Ingat ya Farrel. Jaga Aresya!" Sekali lagi Puan Firah pesan.
"Ya ya. Pandai lah Farrel jaga menantu buas mummy ni"
Terus Aresya toleh pandang Farrel tak puas hati. Buas? Dia cakap aku buas??
⋆⋅☆⋅⋆
"You duduk dalam kereta diam-diam. Abang pergi beli oden you kejap" pesan Farrel lembut dan keluar dari perut kereta. Aresya yang bosan, mengusap lembut perut bulatnya.
"Awak ni Haiyan. Nak oden pula. Ibu dah kenyang tau makan nasi lemak tadi. Ni awak nak oden pula. Gemuk lah ibu nanti" bebel Aresya tak puas hati. Dia baru je bantai makan nasi lemak kat KLIA tadi, ni anak nya nak oden pula.
Terasa tendangan kuat dari perutnya buatkan Aresya tersengih. "Okay lah okay lah. Bukan Haiyan yang nak. Ibu yang nak makan."
"Jangan la tendang kuat sangat. Senak perut ibu!"
Pintu kereta terbuka buatkan Aresya terus menoleh. "Eh kejapnya abang—
"Hi sayang?" Badan Aresya terus mengigil. Macam mana dia boleh ada dekat sini?!
"Apa paksu nak?!" Jerit Aresya kuat. Sesekali mata mengerling pada pintu Family Mart. Abang...
"Haritu aku tak puas lagi Aresya. Kali ni aku nak lebih" ujar Encik Sabri dengan siulan nakal. Tinted hitam kereta milik Farrel memudahkan urusan dia.
"No! Tak nak!" Jerit Aresya lagi. Encik Sabri memejamkan mata rapat. Nafas ditarik dalam sebelum hembus kuat.
Aresya menutup hidungnya dengan hujung tudung. Busuk bau rokok!
"Kau ni bising lah. Biar aku bawak kau pergi tempat sunyi. Biar suami bodoh kau tu tak dapat jumpa kau!" Tindakan Farrel tinggalkan kereta dengan enjin terbuka buatkan Encik Sabri senyum sinis. Dasar bodoh!
Aresya berura-ura mahu keluar tapi ditolak kuat sehingga tersandar pada seat kereta. Perut yang terasa sedikit senak dia usap lembut.
Ibu takut Haiyan..
"Diam kalau kau nak hidup!" Jerkah Encik Sabri kuat. Mata Aresya turun membasahi pipi. Mata dipejam rapat. Dia tak rela tapi apakan daya. Apalah yang ibu mengandung ni buat selain pasrah?
Dia tak mahu anaknya di apa-apakan.
Encik Sabri mula memandu pergi. Sedaya upaya Aresya mengemam bibir supaya tangisan nya tak didengar oleh Encik Sabri.
"Macam ni lah. Apa yang susah sangat Aresya? Aku suruh kau ikut aku je kan?" Tangan Encik Sabri naik mengelus pipi tembam Aresya. Aresya alihkan muka ke kiri.
"Jual mahal ya sayang? Tak apa. Kejap lagi kau tahu nasib kau"
Bunyi hon kuat mengejutkan Aresya. Apa lagi ni?
Tiba-tiba ada satu lori treler menghentam bahagian depan kereta menyebabkan kereta yang dinaiki mereka berdua berpusing laju sebelum melanggar divider jalan.
"Argh" rintih Aresya lemah. Dia pandang Encik Sabri yang sudah kaku ditempat duduk pemandu. Kaca cermin hadapan tertusuk pada kedua belah mata.
Perut terasa sakit yang amat sangat buatkan Aresya merintih kuat. Dia cuba untuk gerakkan badan untuk keluar tapi kakinya tersepit.
"Abang... sakit.."
"Ha-haiyan anak ibu.. tolong bertahan" ucap Aresya lemah sebelum pandangannya bertukar gelap.
⋆⋅☆⋅⋆
"Bagus. Ini upah kau" satu sampul coklat diberikan pada lelaki tua itu. Lelaki itu nampak teragak-agak untuk ambil tapi dipaksa oleh wanita itu.
"Ambil duit ni dan berambus. Jangan tunjukkan muka kau di sini lagi. Aku dah bereskan semua. Kau jangan risau. Polis takkan dapat jejak kau" tutur wanita itu tenang. Dia tahu lelaki itu berasa takut apabila baru saja melanggar satu kereta atas arahan nya.
"Kalau kau munculkan diri. Aku tak boleh jamin apa yang akan jadi pada kau." Kata wanita itu lagi. Kali ni dengan nadanya seolah memberi amaran.
"T-terima kasih puan" ujar lelaki tua itu seraya pergi. Bibir wanita itu tersenyum sinis. "Akhirnya. Kau mati juga Sabri"
TO BE CONTINUE..
—haa ce teka sapa? Kalau ada yang jawab betul, next bab, saya double update😙
YOU ARE READING
Farrel's wife [OG]
Fanfiction''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri pada usia 20 tahun. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Sudah lah dilanggar l...