47

216 11 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Farrel duduk di atas katil sambil hadap laptop. Aresya yang sedang duduk dimeja solek, merenung Farrel dari cermin.

"Emmm bosan lah" bisik Aresya. Matanya mengerling Farrel yang kusyuk buat kerja. Aresya tersengih nakal.

Hihi aku tahu nak buat apa!

Kaki Aresya melangkah ke katil. Farrel masih tak sedar dengan kehadiran Aresya. Perlahan dia mengusap paha Farrel lembut buatkan Farrel tersentak kejap.

"Eh sayang" ujarnya terkejut. Aresya peluk tubuh. Mata merenung tajam pada Farrel. Farrel telan air liur kelat. Aduh ni dah kenapa pula?

Rasanya pinggan dah basuh, kain dah sidai. Semua kain dah lipat, dapur dah kemas. Apa lagi ni?

Memang sejak Aresya disahkan mengandung, dia yang ambil alih semua kerja rumah. Kalau mummy tahu Aresya buat kerja rumah, memang putus telinga dia kena tarik.

"Abang!" Panggil Aresya garang.

"Ya sayang. Kenapa?" Soal Farrel takut-takut. Perlahan dia capai tangan Aresya. Bibir mengukir senyuman nipis.

"Haritu abang janji. Sampai sekarang tak tunaikan lagi" terkebil-kebil Farrel pandang Aresya. Janji yang mana satu pula ni? Aduhai.

"Janji yang mana satu sayang. Rasanya abang takde janji apa-apa dengan you" Farrel membalas. Nada suara cuba dilembutkan. Jangan kasar, nanti dia merajuk.

"Abang janji haritu nanti nak pergi jogging sama-sama. Dah berapa bulan dah tapi abang tak tunaikan pun" Farrel tepuk dahi. Perempuan memang macam ni ya? Kejadian berapa bulan lepas pun dia ingat lagi.

"Tapi sayang. Sekarang kan dah malam. Esok jelah kita keluar jogging ya?" Pujuk Farrel. Pukul 10 malam ko nak jogging apa? Mana ada orang!

"Boleh la abang. Haiyan yang nak" tudia kalau nama sendiri tak laku, guna nama Haiyan. Farrel pandang Aresya tajam.

"You jangan nak mengada Bunga. You yang nak keluar pastu nak guna nama Haiyan" Aresya mencebik mahu menangis. Farrel panggil dia Aresya. Farrel dah tak panggil dia sayang!

"Siapa Bunga?" Tubir mata mula basah. Farrel tergamam. Omg rasa macam nak tampar je bibir dia sekarang ni.

"You lah sayang. Sayangku Bunga haa" Farrel cuba pujuk. Aresya palingkan tubuh membelakangi Farrel. Farrel mengeluh perlahan.

"Abang dah tak sayang Resya!" Tuduh Aresya kuat. Air mata dah meleleh ke pipi.

"Hei abang sayanglah. Abang terlepas kata sayang" dia cuba lagi memujuk. Aresya geleng kepala laju. Air matanya tak berhenti mengalir. Rasa sakit bila Farrel tak lagi panggilnya sayang.

"Okay macam ni. You nak keluar kan? Haa jom. Kita jogging" ajak Farrel. Terpaksa. Kalau mummy dia tahu ni mau kena cubit.

"Betul ni? Abang tak tipu?" Tersedu sedan dia tanya. Laju Farrel mengangguk. Tak kisahlah asalkan Aresya berhenti menangis. Bukan boleh kira, kang kejap lagi demam.

"Ya sayang. Jom" Farrel capai tangan Aresya lalu keluar dari bilik. Aresya bersorak riang dalam hati. Tak sangka drama air mata dia menjadi.

⋆⋅☆⋅⋆

"You jangan lari. Jalan je." Arah Farrel tegas. Aresya angguk laju. Tak kisah la janji dia dapat keluar jogging. Suasana sunyi sepi kerana hanya mereka berdua saja.

"Okay abang!"

Farrel berlari perlahan supaya tak meninggalkan Aresya seorang diri dibelakang. Baru 2 minit berjalan, Aresya sudah rasa mengah. Nafasnya tersekat bila mahu menarik nafas. Farrel mula rasa cemas.

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now