Seusai selesai solat subuh, Kepala Farrel menjenguk ke dapur. Mata tertacap pada Puan Firah yang sedang menyediakan sarapan pagi.
"Err mummy?" Bisik Farrel tepi telinga. Dengan pantas Puan Firah pusing ke arah anaknya. Bahu Farrel dipukul perlahan. Farrel mendesis sakit.
"Aduh mummy, kenapa pukul Farrel?" Rungut Farrel tak puas hati. Takde angin takde ribut tiba-tiba kena pukul.
"You tu! Tegur mummy macam hantu. Terkejut mummy!" Marah Puan Firah geram. Nasib baik dia tak ada sakit jantung, kalau tak memang dah lama dia 'jalan' dulu.
"Hehe"
"Apa hehe?!" Marah Puan Firah. Farrel lekapkan dua telapak tangan tanda minta maaf. Takde masa nak kena marah dengan mummy. Ada satu benda yang dia kena sampaikan pada Puan Firah.
"Pagi ni sarapan apa mummy?" Soal Farrel ingin tahu. Dahi Puan Firah berkerut. Sejak bila ambil kisah pasal sarapan? Selalu makan je apa yang terhidang.
"Kenapa you tanya?"
Farrel garu kepala yang tak gatal. Err macam mana nak cakap eh? Takut menyusahkan pula..
"Apa dia Farrel Hifzyan. Jangan buat mummy tertunggu. Mummy tak start masak lagi ni!" Bebel Puan Firah. Sudahla mengacau orang di dapur, kang suruh masak baru tahu.
"Emm boleh mummy masakkan Resya udang masak lemak cili padi? Semalam dia kejut Farrel pukul 4 pagi nak makan lauk tu. Kempunan kot sebab tak dapat makan semalam" jelas Farrel.
Risau juga kalau mummy tak nak masakkan. Mana dia nak cari udang masak lemak pagi-pagi buta?
"Boleh tu boleh. Cuma you kena pergi beli udang kat pasar pagi sebab udang kat dalam rumah ni dah habis" kata Puan Firah. Dia tak ada masalah untuk masakkan. Bukan siapa pun, menantu sulung dia juga. Menantu kesayangan lah katakan.
Farrel angguk laju. Bolehlah dia lari sekejap sementara Aresya masih tidur. "Sekarang juga Farrel pergi beli"
⋆⋅☆⋅⋆
Sudahnya pagi tu Aresya sarapan makan nasi dengan udang masak lemak cili padi. Ramai mata memandang pelik ke arah Aresya sedangkan pagi ni mereka sarapan nasi lemak.
"Mana dapat udang masak lemak tu Farrel?" Tanya mak su pelik bila tak nampak langsung lauk udang masak lemak atas meja.
Farrel tersengih. "Farrel suruh mummy masak kan untuk Aresya. Pukul 4 pagi dia nak makan udang masak lemak" adu Farrel. Sesekali tangan mengusap lembut rambut Aresya.
Gigih lah Farrel mencari udang kat pasar pagi. Nasib baik ada yang jual, masih segar pula tu.
"Sedap ke sayang?" soal Farrel ingin tahu. Aresya angguk laju. Hilang craving dia nak makan udang masak lemak.
"Sedap! Thank you abang" balas Aresya ceria. Farrel senyum nipis bila dengar nyanyian kecil gembira dari Aresya.
"Mengada! Orang lain makan nasi lemak, dia sorang nak special makan lauk masak lemak" sampuk Mak ngah kuat. Hilang terus selera Aresya bila dikata begitu. Satu meja diam.
Terus tak rasa nak makan. Farrel jeling Mak ngah geram. Kenapa lah mak ngah nya suka buat suasana jadi tegang?
"Makan sayang. Abaikan je" arah Farrel. Melihat Aresya diam menunduk buatkan Farrel mendengus kasar.
"Makan sayang atau you nak abang suap?" Tanya Farrel lembut. Sudu di tangan Aresya dia rampas dan suapkan nasi dalam mulut Aresya.
"Tak perlu dengar cakap mak ngah. You habiskan makan" perlahan-lahan Aresya buka mulut. Bukan dia tak perasan Juwita dari tadi merenungnya.
"Sedap kan? Jangan membazir. You habiskan ya sayang?" Mata Aresya berkaca sebak. Sebak melihat Farrel bersungguh melayan karenah nya.
"Lah kenapa menangis? Pedas?" Tanya Farrel gelabah. Aresya ketawa kecil sebelum geleng kepala.
"Thank you abang" ujar Aresya sekali lagi. Farrel memang suami yang baik.
⋆⋅☆⋅⋆
Aresya betulkan baju tshirt yang tertarik ke atas bawa ke bawah selepas selesai urusan dalam tandas. Langkah Aresya terhenti tatkala nampak Juwita berdiri tegak tepi tandas.
"Awak nak guna tandas ya?" Tanya Aresya. Sekadar berbasi mahu menegur. Bukan dia tak perasan Juwita selalu memandangnya. Mungkin dia nak berkawan tapi malu?
Aresya kemam bibir bila Juwita tak balas pertanyaan nya. Baru kaki mahu sambung melangkah, suara Juwita kembali hentikan langkahnya.
"Kau tahu tak Farrel tu siapa?" Soal Juwita. Tangan memeluk tubuh. Riak wajahnya sombong. Langsung tiada senyuman.
Aresya cuba senyum. "Apa maksud awak? Saya tak faham" jujur, dia tak tahu.
"Buat-buat tak tahu pula? Takkan mak long tak bagitahu kau?" Ujar Juwita kasar. Aresya tergamam. Depan semua orang bukan main, depan dia kasar betul.
"Betul. Saya tak tahu. Mungkin awak boleh beritahu apa yang saya tak tahu?" Tanya Aresya. Sedaya upaya dia lembutkan suara. Dia pun bukan lah penyabar sangat, baran juga.
"Farrel tu bakal suami aku. Kami hampir berkahwin sebab kami dah terlanjur tapi disebabkan kau hadir dalam hidup dia, Farrel batalkan perkahwinan kami"
Zap! Jantung Aresya bagai direntap.
Jadi pelamin warna putih dan pink lembut itu...
Memori lama kembali terlayar ketika pertama kali dia tiba di rumah keluarga Farrel. Sampai sekarang dia tak tahu pelamin itu untuk siapa. Rupanya..
"Kenapa kau tak percaya?" Juwita senyum mengejek. Suka tengok muka Aresya yang sudah berubah keruh. Ini yang dia mahukan. Dasar perampas!
"Kalau kau tak percaya, pergi lah tanya suami kesayangan kau tu apa yang dia dah buat. Kalau Kau sendiri tak tahu, aku yakin dia tipu kau" sambung Juwita lagi sebelum kaki menapak pergi tinggalkan Aresya yang masih kaku.
Bola mata sudah berkaca. Hatinya terasa sakit. Entah kenapa dia percaya dengan kata-kata Juwita. Hati meronta supaya dia cari Farrel dan minta penjelasan tapi otak menidakkan.
Masing-masing sibuk dengan kenduri tahlil Arwah atok. Ini bukan masa yang sesuai untuk tanya.
TO BE CONTINUE..
—cornflakes ringan-ringan jurr🥰
YOU ARE READING
Farrel's wife [OG]
Fanfiction''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri pada usia 20 tahun. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Sudah lah dilanggar l...