Dengan satu lafaz, Aresya sah bergelar isteri kepada Farrel. Perasaannya bercampur baur. Ada rasa sedih, gembira terharu dan macam-macam lagi. Tak tahu la nak describe macam mana!
"Aresya? Tu suami nak sarung cincin" tegur Puan Firah ditepi. Aresya tersentak kecil sebelum senyum nipis pada Puan Firah. Susuk tubuh Farrel dipandang kejap sebelum menunduk merenung jarinya yang penuh dengan ukiran inai.
"Assalamualaikum" sapa Farrel lembut. Jantung Aresya mula berdegup kencang. Ehh kau ni kenapa?!
"W-waalaikumusalam" jawab Aresya tergagap. Dapat telinga Aresya tangkap suara kecil Farrel ketawa. Dia ketawa. Haritu dengar dalam call je, kali ni dengar secara live. Kalau dia nak Farrel
gelak hari-hari lepas ni boleh tak?Bola mata merenung wajah bersih Farrel yang agak berseri itu. Tak berkelip matanya.
Ya Allah hensemnya suami ku!
"Aresya? Ya Allah kenapa duk tenung muka Farrel tu? Salam suami sayang" tegur Puan Firah lagi. Terkebil-kebil Aresya merenung wajah Farrel. Pipinya terasa berbahang malu.
"Abang handsome sangat ke harini?" Aresya tersentak. A-abang?!
Senyuman sinis terukir dihujung bibir Farrel. Aresya kaku. Indahnya ciptaan tuhan!
"Errr—
"Farrel sudah. Jangan diusik Aresya tu. Merah dah muka dia" marah Puan Firah. Anak dia pun, tak menyempat lah. Ramai orang sedang menunggu acara pembatalan air sembahyang. Bahu Farrel dipukul perlahan. Farrel ketawa lagi. Suka tengok muka Aresya bila malu.
Nampak comel.
Selepas sesi pembatalan air sembahyang dan sarung cincin. Farrel dan Aresya tak berhenti melayan tetamu yang hadir.
Bebola Aresya terhenti pada susuk tubuh yang dikenali. Kak syu! Tautan tangan pada Farrel dilepaskan. Farrel merenung Aresya seolah minta penjelasan.
Jari Aresya menunjuk pada Syuhada. "Akakkk!" Panggil Aresya sebak bila ternampak susuk tubuh Syuhada yang ralit berbual dengan Ammar, kawan Farrel.
"Eh Resya, kenapa berlari ni? Rosak baju awak tu nanti" tegur Syuhada. Risau terkoyak je baju kurung moden warna off white. Aresya hanya tersengih. Tubuh Syuhada dipeluk erat.
"Jadi isteri orang dah awak. Jaga diri baik-baik Aresya. Akak takde nak tengokkan awak macam dulu. Behave. Jangan buat perangai budak-budak tau. Awak tu dah jadi isteri orang" pesan Syuhada panjang lebar. Mata Aresya mula berkaca.
"Akak..." air mata Aresya menitis.
"Ingat akak pesan ni. Nanti nanti kalau rindu akak, ajak Farrel datang cafe okay? Akak ada je kat situ. Jangan risau" kepala Aresya yang tersarung shawl berwarna off white diusap lembut.
Ammar yang berada di sebelah hanya selesa menonton drama tak berbayar mereka.
"Dah. Tak nak la nangis. Pengantin baru kena happy-happy" pujuk Syuhada lalu matanya memandang Farrel yang menghampiri mereka berdua.
Tangan kiri Aresya, digenggam erat oleh Farrel. Syuhada tersenyum nipis sambil memandang pasangan pengantin baru didepannya.
"Akak balik dulu tau. Tahniah lagi sekali!" Ucap Syuhada lalu pergi bersama Ammar. Mungkin mahu menunjukkan jalan keluar. Farrel mengangguk.
"Dah kenapa menangis ni?" Tanya Farrel agak risau. Memerah mata bulat itu dipandang lama. Aresya menghalakan mini fan yang digam bersama bunga tangan ke wajahnya. Itu tips yang diberikan oleh Mua nya supaya makeup tak rosak.
"Awak, nanti kita pergi lawat cafe kak Syu okay?" Ajak Aresya dalam sedu sedannya. Farrel senyum nipis. Kepala Aresya diusap lembut.
"Yelah. Nanti kita pergi. Tak nak nangis. Buruk dah makeup kau" kata Farrel sengaja. Padahal elok je lagi makeupnya. Membulat matanya memandang wajah Farrel. Cepat-cepat dia cari cermin welcome board yang tertera namanya dan Farrel.
Tangan Farrel tertarik sama.
"Mana ada buruk! Awak ni tipu saya"
"Kau senang sangat kena gula-gula dengan aku"
"Gula-gula? Apa tu?" Tanya Aresya blur.
"Kena tipu la" jawab Farrel dengan penuh kesabaran. Sabar Farrel, siapa suruh kahwin dengan budak mentah. Blur pulak tu.
Muka Aresya masih lagi blur. Tengah fikir lagi. Ringan je tangan Farrel nak cubit pipi tembam Aresya tapi mengenangkan kawan tu sayangkan makeup, terpaksa lah dia tunda niatnya.
"Haih Farrel. Sudah sudah lah tu. Pergi bawa Resya naik. Muka dia penat sangat dah tu mummy tengok" tegur Puan Firah sebaik nampak Farrel dan Aresya berbual di tepi kolam renang. Dah macam takde tempat lain budak-budak ni.
"Jom naik"
⋆⋅☆⋅⋆
"Err awak" panggil Aresya takut-takut sambil pandang Farrel yang tengah duduk di atas katil. Mata Farrel yang terpejam membuatkan Aresya rasa serba salah.
Serba salah nak kejut tapi dalam masa yang sama dia perlukan pertolongan suaminya itu. Kaki melangkah ke birai katil. Dia melabuhkan duduk di tepi Farrel. Bibir digigit resah.
Nak kejut ke tak?
Kalau kejut, Farrel marah tak?
"A-awak.."
"Awak!!" Panggil Aresya lagi. Kali ni pakej dengan goyangkan lengan Farrel.
"A-abang.." tergagap-gagap Aresya panggil Farrel abang. Malu gila haihh rasa macam nak sorok muka kat dalam kolam renang kat bawah.
"Ha macam tu la. Ya nak apa?" Suara Farrel menyapa halwa telinga Aresya. Bulat matanya memandang wajah Aresya. Aresya berdecit. Ceh nak kena panggil abang baru nak menyahut?
"Tolong bukakan tudung. Saya tak reti" kata Aresya lalu pandang lantai. Malu. Dah besar pun tak pandai. Dia tak pernah pakai tudung jadi dia tak tahu.
Farrel tergelak kecil sebelum jarinya bermain di tudung Aresya. Satu persatu jarum peniti di tarik dari atas kepala Aresya.
"Done. Nak mandi dulu?" Soal Farrel. Aresya angguk laju. Berpeluh dan rasa melekit. Ni kalau dapat mandi, nikmat betul!
"Pergi mandi dulu. Dah siap mandi nanti kejut abang. Abang nak rehat kejap" kata Farrel laku mata dipejam. Badan Aresya kaku. Rasa lain bila Farrel bahasakan diri dia abang.
"O-okay.."
⋆⋅☆⋅⋆
"A-abang.. saya dah siap. Pergi lah mandi" bahu Farrel digoyang sedikit. Lena betul tidur. Tadi kata nak rehat je.
"Abang.. bangun lah. Sekarang dah jam berapa. Lepas mandi baru tidur balik" kata Aresya lagi. Sesekali rambut Farrel diusap kejap. Entah kenapa tangan dia gatal nak pegang rambut Farrel.
"Buat macam tu lagi"
"Hah?"
"Usap rambut abang macam tu lagi" arah Farrel yang masih lagi pejam mata. Aresya senyum sinis. Ohh nak orang usap ehh?
Pak!
"Aduhh Bunga Aresyaa!" Jerit Farrel kuat. Aresya sengih macam kerang busuk. Farrel pandang Aresya tajam. Dia sudah berdiri mahu menghampiri tubuh kecil isterinya.
"Berani pukul peha abang eh? Meh sini" panggil Farrel. Aresya geleng kepala tak mahu. Kalau tadi niat dia hanya bergurau tapi Farrel macam nak makan dia. Takut!
"Saya nak abang bangun pergi mandi je. Sorry abang. Jangan la kejar saya!" Kata Aresya takut. Farrel senyum senget sebelum mengejar Aresya yang berdiri di sudut bilik.
"Aaahhh abanggg!!!"
TO BE CONTINUE..
—yay dah kahwin😝
YOU ARE READING
Farrel's wife [OG]
Fanfiction''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri pada usia 20 tahun. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Sudah lah dilanggar l...