"Abang datang sini, Kerja dah siap ke?" Soal Aresya. Mereka berdua berpegangan tangan dipersisiran pantai. Sandal merah jambu milik Aresya, Farrel pegang.
Lepas dari makan malam bersama Fakhri dan Riana, mereka berdua buat keputusan untuk berjalan di pantai. Fakhri dan Riana pula mahu lepak di cafe sahaja.
"Abang tinggalkan je" jawab Farrel selamba. Membutang mata Aresya dengar jawapan si suami.
"Boleh ke?"
"Boleh je. Daddy takkan marah punya" tutur Farrel yakin. Aresya mencebik. Ceh
"Abang Risau tau bila Fakhri bagitahu you demam. Banyak menangis punya pasal" usik Farrel. Lepas saja mereka tiba di Pulau perhentian, terus Fakhri mesej Farrel memberitahu tentang keadaan Aresya.
"Abang lah. Mula-mula elok je. Tiba-tiba bagi ayat macam tu. Mana Resya tak sedih" adu Aresya. Terngiang-ngiang dalam kepalanya ayat sendu Farrel pagi semalam.
"Lepas ni tak nak tinggal abang dah." Ucap Aresya manja. Kepala dilentok pada lengan Farrel.
Tangan Farrel pula menbelai rambut panjang Aresya. Sesekali dicium lembut. Bauan strawberry menusuk ke hidung membuatkan Farrel rasa terbuai.
Mereka mengambil tempat di bangku. Angin pantai menyapa wajah. Lengan Farrel dipeluk erat oleh Aresya. Sejuk lah pula.
"Sejuk?" Soal Farrel bila perasan pegangan Aresya pada lengannya makin erat. Perlahan dia mengangguk. Farrel buka jaket denim ditubuh lalu diletakkan pada tubuh si isteri.
"Getting better?" Tubuh Terasa hangat dari jaket.
"Hmm"
Mereka berdua hanya diam. lebih selesa merenung laut yang gelap dalam kepekatan malam.
"Thank you abang" ucap Aresya tiba-tiba.
"Sebab?" Tanya Farrel pelik. Takda angin takda ribut tiba-tiba cakap thank you. Aresya mengalihkan wajah merenung Farrel.
"Thank you sebab ambil Resya jadi isteri. Abang layan Resya baik sangat walaupun Resya tak jalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sempurna" perlahan suaranya ketika itu.
"Hei. Pandang abang" dagu Aresya didongakkan memandang wajah Farrel. Mata mereka bertentangan selama 10 saat.
"Ingat apa abang kata masa pagi kita solat subuh sama-sama? Ingat tak?" Laju Aresya mengangguk. Mana mungkin dia lupa momen indah begitu. Solat subuh pertama di imamkan suami sendiri.
"Abang bagi you masa. Abang tahu tak mudah semua ni untuk you terima. Slow slow. Kita cuba. Kita bercinta dulu selepas itu baru kita fikir okay?" Pujuk Farrel. Aresya rasa terharu. Perangai Farrel sebelum dan selepas kahwin sangat berbeza.
"Thank you abang" tubuh Farrel dipeluk erat.
⋆⋅☆⋅⋆
Disebabkan ada Farrel, Aresya membuat keputusan untuk meluangkan masa berdua bersama Farrel.
Jadi harini Farrel kata nak bawa dia pergi food haunting!
"Abang sana!" Jerit Aresya teruja. Jarinya menunjuk kedai viral di tiktok yang berdekatan dengan resort mereka. Dah nama pun viral kan, mesti lah beratur panjang.
"Ramainya orang" kata Aresya lagi. Farrel hanya menggeleng kepala melihat perangai isterinya yang teruja. Ada beberapa mata memandang ke arah mereka.
Aduhai.
"Ala abang. Kita datang awal pun beratur panjang" rungut Aresya. Bibirnya mencebik. Farrel tekup mulut Aresya guna telapak tangan. Banyak bunyi.
YOU ARE READING
Farrel's wife [OG]
Fanfiction''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri pada usia 20 tahun. Menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Sudah lah dilanggar l...