19

501 37 1
                                    

"Kau dah buat apa yang aku suruh?" soal seseorang. Dingin nadanya bersuara. Lelaki yang berada didepannya lantas mengangguk laju.

"Dah puan. Tiga bulan lepas dia sudah berkahwin dengan Farrel Hifzyan."

Wanita tua itu tersenyum sinis. Bukan main. Umur baru 20 tahun dah bersuami.

"Bagus. Nanti bagi aku fail maklumat dia. Teruskan ikut pergerakan dia. Aku tak nak terlepas satu pun" arah wanita itu tegas.

Rokok di alih dari bibir lalu menghembus asap rokok. Penuh asap rokok diruangan itu.

"Baik puan. Untuk payment?" Tanya lelaki itu sinis. Bayarannya memang lumayan sebab itu dia terima kerja ini. Dibayar RM 10k untuk cari maklumat gadis itu? Lebih dari cukup.

"Macam biasa. Dah kau berambus" halau wanita itu. Lelaki itu angguk kejap sebelum menapak keluar. Senyuman sinis dibibirnya mati.

"Sombong nak mampus. Nasib baik kau bayar aku mahal"

⋆⋅☆⋅⋆

"Bye abang!!" Pamit Aresya ceria. Tangan dilambai laju pada Farrel. Cemberut wajah Farrel melihat Aresya macam tak sedih langsung nak tinggal suami.

Hari yang paling di tunggu-tunggu oleh Aresya telah tiba. Mereka bertiga akan bertolak ke Pulau Perhentian dan menginap di sana lebih kurang 3 hari 2 malam.

"Aihh tak sedih langsung kan nak tinggal suami you kat sini?" Perli Farrel. Aresya tersengih, badan tegap Farrel dipeluk erat. Wajah disembam pada dada.

"Mana ada lah. Resya sedih lah" jawab Aresya. Farrel cuit hidung Aresya geram. Sedih lah sangat? Suka je muka tu nak pergi bercuti.

"Abang malas nak percaya you" ada nada rajuk dalam suara. Aresya mencebik. Ni kenapa pulak macam tak nak bagi dia pergi?

"Abang pleaseee"

"Yelahh, dah pergi cepat" halau Farrel. Badan Aresya ditolak lembut. Mata Farrel dan Fakhri bertatapan. Seperti berkomunikasi menggunakan mata, Fakhri angguk kecil.

Farrel tarik nafas dalam sebelum menatap muka Aresya. "Behave. Abang takde kat sana nak tengokkan you. Fakhri dengan Riana nanti akan sibuk dengan hal diorang since memang diorang nak bercuti berdua tapi you pula menyibuk" pesan Farrel panjang lebar. Sempat pula dia perli.

"Ish" Aresya pukul dada Farrel, geram.

"Gonna miss you sayang. Sunyilah rumah tiga hari ni" luah Farrel seraya memeluk tubuh Aresya erat. Mata Aresya mula berkaca. Ni kenapa macam dia nak pergi jauh je?

Bukan dia tak ajak Farrel sekali tapi alasannya sibuk. Kerja banyak. Sudahnya dia pun malas mahu memaksa.

"Abang nii" marah Aresya. Air matanya jatuh ke pipi. Rasa macam taknak pergi la pula. Semua salah Farrel!

"Ayoyo Aresya. Buat drama pula dia. Kita bukan nak pergi jauh pun. Nanti empat hari kita balik la semula" sampuk Riana. Kepala digeleng kesal melihat drama suami isteri itu.

Fakhri pula merenung kosong wajah abangnya tanpa perasaan.

"Dah pergi lah. Take care" rambut Aresya dibetulkan sebelum pipi Aresya dikucup lama. Riana pula dah masuk kereta. Malas nak layan drama.

"Take care abang. Resya pergi dulu" ujar Aresya. Dia salam tangan Farrel. Tangan menyeka air mata yang masih tersisa. Farrel senyum tipis.

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now