23

431 23 2
                                    

"Hello semua orang!" Sapa Aresya ceria. Tangan dilambai. Farrel tayang muka ketat. Mode kerja dah masuk.

"Wife i ada belikan korang breakfast. Nanti ambil kat pantry" pesan Farrel dingin lalu berura-ura mahu ke pantry tapi ditegah Aresya. Dengan baik hatinya, dia beri satu sandwish setiap sorang pekerja yang berada di situ.

"Takpa, biar saya bagi. Awak semua buat je kerja tak payah bangun" kata Aresya sambil mengagihkan sandwish.

"Terima kasih puan" ujar seorang lelaki. Senyuman manis dilempar pada Aresya. Aresya membalas senyuman tu.

"Sudah, Resya masuk office abang sekarang" panggil Farrel.

"And you, jangan cuba nak senyum-senyum kat wife i." Sempat dia beri amaran pada pekerja tadi. Mati terus senyuman lelaki itu. Aresya pukul bahu Farrel perlahan.

"Ish apa cakap macam tu! Tak baik" marah Aresya. Tanpa apa-apa, tangan Aresya ditarik masuk ke dalam office.

"Suka nampak? Suka senyum dengan lelaki lain?" tubuh Aresya terkaku. Alamak. Bos besar dah bersuara.

"Err abang— belum sempat Aresya jelaskan, Farrel memotong kata-katanya.

"Lepas ni abang tak nak nampak you senyum kat lelaki macam tu. You senyum macam tu kat abang sorang je" pesan Farrel tapi ada terselit nada cemburu disitu.

Aresya tahan bibir dari senyum. Elelel jealous ke bang?

Kakinya melangkah ke arah Farrel yang sibuk merenung laptop. Leher Farrel dipeluk erat. Bibir Aresya didekat tepi telinga Farrel.

"Kenapa? Abang jealous ke?" Bisik Aresya perlahan cukup membuatkan Farrel tergamam.

"M-mana ada lah! Dia tu dah ada tunang, kang tunang dia kata apa pula Aresya berbalas senyuman macam tu dengan tunang dia?" Tergagap-gagap Farrel jelaskan. Tawa Aresya meletus melihat wajah kalut Farrel.

Elele tak nak mengaku pulak!

"Abang jangan risau. Resya takkan senyum macam tu kat mana-mana lelaki" kata Aresya lalu cium pipi Farrel sekilas. Senyuma manis dilempar pada si suami.

"Hmm" kata Farrel dingin tapi jantung dah macam nak pecah. Pandai betul Aresya ambil hati dia!

⋆⋅☆⋅⋆

Tok tok!

"Masuk" kata Farrel tanpa mengangkat wajah. Aresya yang sedang sibuk menonton kdrama turut mengangkat wajah ke arah pintu.

"Tuan" panggil Haz yang baru masuk. Dibelakang nya ada seorang perempuan. Emm agak ketat pakaiannya. Skirt pendek atas lutut dan berbaju kemeja putih. Sakit mata tengok.

"Em" sahut Farrel sambil angkat wajah merenung Haz. Haz yang baru perasan Aresya di sofa, ditunduk hormat. Aresya senyum nipis pada Haz.

"Yea?" Farrel bersuara. Haz menyuruh perempuan di belakangnya untuk berdepan dengan Farrel.

"Personal assistant tuan yang baru. Kenalkan Halinda" ujar Haz. Serentak itu Halinda menunduk hormat pada Farrel.

"Dia akan gantikan saya selama saya bercuti tuan" beritahu Haz. Farrel mengangguk Faham. Wajah Halinda dipandang sekilas lalu merenung Aresya yang duduk di sofa.

"Alright. Korang boleh keluar." Halau Farrel. Haz dan Halinda tunduk kejap sebelum keluar. Sebaik saja mereka berdua keluar terus Aresya mencebik pandang Farrel.

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now