22

439 30 1
                                    

Farrel diam memandu manakala Aresya ralit tonton kdrama. Farrel geleng kepala. Degil!

"Kejap lagi you pening siap eh. Bukan abang tak warning" marah Farrel. Berbuih mulut dia ingatkan Aresya yang tak boleh main gajet dalam kereta nanti pening kepala.

Kalau kejap lagi dia mengadu, tahu la dia nak buat apa. Tinggal je Aresya kat tepi jalan.

"Chill la abang. Kenapa marah-marah ni hmm" tanya Aresya. Bibir ditahan dari senyum. Suka betul dengar suami dia bebel. Macam mak nenek hahah.

"Apa chill chill" Farrel jengil mata pada Aresya. Geram! Bebola Mata Aresya memandang ke arah sesuatu di tepi semak.

"Abang! Stopp" jerit Aresya kuat membuatkan Farrel menekan brek mengejut. Cemas muka Farrel ketika itu. "Kenapa kenapa?" Soal Farrel gelabah. Nasib takde kereta kat belakang.

"Kejap" kata Aresya lalu membuka pintu kereta. Belum sempat kaki menjejak pada jalan tar, lengan nya di tarik Farrel. Kepala menoleh ke arah si suami.

"You nak turun pergi mana?" Tanya Farrel cemas. Sudahlah jalan yang diorang lalu ni gelap. Kereta mereka satu-satunya yang ada.

"Kejap abang" kata Aresya sebelum berura-ura mahu keluar. Muka Farrel mula pucat. Adehh apa bini aku nak buat ni? Aresya sudah turun dari kereta dengan flashlight telefon.

Jam tangan di belek. Pukul 10 malam. Aduh

"Bunga! Bahaya lah. You nak ke mana?" Marah Farrel dari dalam kereta. Dia menarik nafas dalam sebelum membuat keputusan untuk turun sama.

"Abang! Sini" panggil Aresya yang sudah duduk bercangkung tepi semak. Jantung Farrel berdegup kencang. Jangan cakap Aresya kena sampuk dengan hantu.

"Bu-bunga—

"Abang tengok ni. Kesian dia" jari ditunjuk pada seekor makhluk berbulu. Perlahan-lahan Farrel mendekati isterinya.

Bola mata menatap seekor anak kucing berwarna putih oren terbaring lemah. Tangan Aresya mengusap lembut tubuh anak kucing. Farrel hembus nafas lega.

"Kesian dia abang. Boleh kita bawa balik dia?"
Pujuk Aresya. Dia tahu Farrel takkan bagi tapi nak juga.

"Abang cakap apa haritu? No" ucap Farrel tegas. Badannya sudah meremang melihat anak kucing itu. Geli!

"Abang tak kesian ke kat dia? Abang nak dia mati sorang kat sini? Nak masuk neraka sebab tak tolong makhluk Allah yang tengah lemah ni?" Soal Aresya bertubi-tubi.

"Boleh lah abang.." pujuk Aresya lagi. Lengan Farrel sudah di goncang lembut. Matanya terkedip-kedip pandang anak mata Farrel.

Farrel mengeluh. Dia kalah dengan pandangan mata Aresya. Perlahan-lahan dia angguk. Aresya bersorak gembira lalu mengangkat tubuh anak kucing.

"You ni memang suka buat hal!" Kepala Aresya disekeh lembut. Pintu bahagian penumpang Farrel tutup.

⋆⋅☆⋅⋆

"Welcome home!" Jerit Aresya. Mereka berdua baru pulang dari Pulau Perhentian. Aresya mendukung anak kucing manakala Farrel mengangkat dua bagasi mereka. Amboi.

"Awak lapar kan? tadi ibu ada singgah kedai dengan babah. Kejap ibu bagi awak makan eh" suara Aresya berbual dengan anak kucing mendapat perhatian Farrel yang baru masuk ke dalam rumah.

Farrel senyum senget. Ibu babah ya? Emm

"Abang, mana plastik makanan kucing yang kita beli tadi?" Soal Aresya dimuka pintu.

"Kat seat belakang" kata Farrel seraya masuk ke dalam rumah. Sedaya upaya dia cuba mengelak dari makhluk berbulu itu. Terus dia panjat naik ke bilik mereka berdua.

"Yeyen, meh makan sini" jerit Aresya yang sudah masuk ke dapur. Terkedek-kedek yeyen berlari ke arah dapur.

"Shedapnyaa. Shedap kan ibu beli?" Kepala yeyen diusap lembut. Aresya merenung yeyen dengan penuh rasa sayang.

"Makan banyak banyak tau, biar awak bambam" kata Aresya lagi. Farrel yang baru tiba ke tingkat bawah hanya selesa merenung sang isteri berbual dengan anak kucing.

Haih comel betul.

"You nak bagi anak kucing ni duduk mana malam ni?" Tanya Farrel. Pintu ais dibuka, sekotak jus epal dikeluarkan.

"Emm tidur dengan kita?" Kata Aresya polos. Mahu tersedak Farrel dengar jawapan Aresya. Memang tak lah!

"Tidur dengan kita? No no, nanti dia berak atas katil macam mana?" Halang Farrel sekeras-kerasnya.

"Hahaha Resya gurau je. Nanti Resya letak lah alas kat tepi stor tu. Pasir pun kita dah beli kan" tawa Aresya meletus.

"Kalau you bawa dia masuk bilik, abang tak teragak-agak nak bagi dia kat Ammar" ugut Farrel. Ammar kawan baiknya. Memang pencinta kucing. Nampak je anak kucing atau kucing terbiar, terus nak bela. Sikit hari lagi rumah dia jadi rumah kebajikan untuk kucing.

"Abang ni" rungut Aresya. Sikit sikit ugut. Tak fun langsung!

"Apa? Dah naik, pergi mandi. Tidur. Dah pukul 2 pagi pun masih nak main dengan kucing" arah Farrel. Tangannya sudah mencekak pinggang. Acah acah marah.

"Ish yelah. Bye yeyen. Esok kita jumpa lagi eh" sempat Aresya melambaikan tangan pada si anak kucing sebelum bahu nya ditolak Farrel.

"Abang! Jangan la tolak-tolak!"

⋆⋅☆⋅⋆

"Good morning abang!" Aresya berlari anak mendekati Farrel yang baru tiba di dapur. Kerusi ditarik sebelum suruh suaminya duduk.

Terpinga-pinga Farrel melihat tingkah Aresya pagi ini. Ni dah kena sampuk ke apa? Eh kau ni Farrel, nak sangat bini kena sampuk ke apa?

"Harini Resya masakkan abang nasi goreng. Nak makan?" Soal Aresya manja. Leher Farrel dipeluk erat.

"Ni dah kenapa manja semacam?" Tanya Farrel ingin tahu. Kepala yang tak gatal digaru. Wajah tembam Aresya dia tenung. Selalunya memanglah dia manja, tapi tak manja macam ni.

"Saja. Resya nak berterima kasih kat abang sebab bagi Resya bela yeyen" kali ni, tangan Farrel dicium lembut. Farrel tahan bibir dari senyum. Kalau tahu Aresya akan layan dia macam ni, dah lama dia benarkan isterinya bela kucing.

Dua dua dapat manfaat. Ye dok?

"Resya cuti lagi harini?" Soal Farrel sambil menyuapkan nasi goreng kedalam mulut. Laju Aresya mengangguk. Dua minggu dia duduk rumah, tak bosan sebab ada peneman kat rumah.

"Nak ikut abang pergi office?" Tawar Farrel. Kesian pula tengok Aresya duduk berkurung dalam rumah. Membulat mata gadis itu dengar pelawaan Farrel.

"Boleh ke?"

"Boleh je. Pergi siap cepat. Lambat abang tinggal" Farrel berura-ura mahu bangun dari duduk. Laju Aresya berlari naik ke bilik.

"Tunggu!" Jerit Aresya kuat. Farrel ketawa kecil. Takut sangat kena tinggal.












TO BE CONTINUE..

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now