45

229 14 1
                                    

"Babe!"

Tubuh Aresya tersentak kecil bila rasa seseorang memeluk tubuhnya erat. Perlahan dia pusingkan badan. Pelukan dilepaskan. Wajah Riana hiasi kornea mata.

"Sejak bila kau panggil aku babe ni?" Soal Aresya pelik. Riana tersengih busuk. "Saja"

"Eh Riana, bila sampai?" Tegur Puan Firah yang baru tiba dari dapur. Mungkin baru siap masak makanan tengah hari. Riana bingkas bangun dan salam ibu mertuanya. Eh bakal..

"Baru je my. Mummy masak apa? Sedap bau!" Puji Riana. Kepala dah menjengah ke dapur. Aresya hanya mempu menggeleng lihat perangai tak senonoh Riana.

Ergh kawan siapa lah tu.

"Masak ikan siakap tomyam" Aresya kaku sekejap. Riana pula menjerit suka. Tubuh Puan Firah dipeluk kejap.

"Wah mana mummy tau Riana teringin nak makan Siakap tomyam?!" Puan Firah hanya senyum tipis. Mata melirik pandang Aresya duduk kaku di sofa.

Farrel yang beritahu Aresya mengidam nak makan ikan siakap tomyam. Dua hari ni Aresya asyik sebut pasal ikan siakap tomyam. Farrel syak Aresya mengidam. Itu yang dia masakkan harini.

"You ni sibuk lah sayang. Macam you pula yang mengandung" sampuk Fakhri yang baru muncul. Aresya ketawa kecil bila lihat wajah cemberut Riana.

"Jom makan sama. Resya sayang. Jom?" Ajak Puan Firah. Tangan Aresya ditarik untuk bantu bangun dari sofa.

Masing-masing duduk di meja. Perut sudah berkeroncong lapar. Puan Firah senduk nasi dalam pinggan Aresya.

"Eh mummy, Resya boleh buat sendiri" tegah Aresya tapi Puan Firah buat tak tahu. Lincah tangannya menyenduk satu ketul ikan berserta kuah tomyam.

"Makan. Mummy tahu you mengidam kan?" Mata Aresya mula basah dengan air mata. Dapat makan pun sedih, tak dapat pun sedih. Tak faham betul.

"Resya, kau nangis ke?" Tegur Riana terkejut. Fakhri teruskan makan macam biasa. Dah biasa tengok kakak ipar dia menangis sejak mengandung ni.

"Eh kenapa menangis ni?" Farrel yang baru tiba dimeja makan terus meluru ke arah Aresya. Fakhri geleng kepala manakala Riana tergamam. First time tengok.

"Mummy masakkan ikan siakap tomyam" luah Aresya teresak-esak. Farrel menarik Aresya ke dalam pelukan nya. Kepala aresya diusap lembut. Tahu lah dia Aresya terharu sebab mummy masakkan lauk yang dia mengidam.

"Shushhh"

"Makan sayang. Nanti sejuk tak sedap" tersedu-sedan farrel menyuapkan nasi ke dalam mulut. Air matanya jatuh lagi bila rasa tomyam sedap kena dengan tekaknya.

"Abang...tomyam ni sedap" adu Aresya. Laju air matanya meluncur. Farrel ketawa kecil sebelum kesat Air mata Aresya. Puan Firah kemam bibir dari ketawa. Comel sangat lah menantu dia ni pun.

"Ya Allah sayang. Cengeng betul lah you ni" Farrel mengelap air mata Aresya. Hidung bertukar merah, mata pula dah sembab.

"Thank you mummy" ucap Aresya tersedu lalu sambung makan. Akhirnya 3 pinggan dia tambah nasi.

⋆⋅☆⋅⋆

Farrel dekati Aresya yang tengah tengok kdrama. Aresya tutup ipad bila perasan Farrel sudah masuk ke dalam bilik.

"Abang nak hug!" Tangan didepa minta peluk. Farrel ketawa kejap sebelum memeluk tubuh kecil itu. Aresya peluk Farrel bagai tak mahu lepas.

"Ni dah kenapa tiba-tiba nak hug?" Soal Farrel
Pelik. Selalu dia yang offer nak peluk, harini terbalik pula.

"Hihi saja. Baby yang nak" Aresya dongak pandang Farrel.

"Eleh baby yang nak ke Ibu baby?" Kening menjungkit ke atas. Aresya tepuk dada Farrel perlahan. Tawa Farrel meletus. Masing-masing diam dalam pelukan. Meluahkan rindu melalui pelukan.

"Abang"

"Emmm"

"Resya nak cerita pasal trauma Resya. Abang dah ready nak dengar?" Serta merta pelukan terlerai. Farrel merenung Aresya dengan pandangan tak percaya. Terkedip-kedip mata Farrel ketika itu.

"Of course abang ready. Dah lama abang tunggu you cerita sendiri kat abang. Abang tak nak desak you." Farrel sandar badan pada kepala katil, manakala Aresya sandar badan pada dada Farrel. Aresya tarik nafas dalam.

"Ceritalah sayang. Abang dengar" kata Farrel. Matanya perasan jari jemari Aresya bergerak resah. Terus dia mengenggam erat tangan itu.

"Dulu Resya pernah kena pukul dengan adik arwah ibu, Resya panggil dia maksu dan kena sexual harrasment dengan paksu. Dulu masa umur Resya 10 tahun, ibu dengan abah tinggalkan Resya kat rumah mak su sebab ibu dengan abah pergi outstation. Disebabkan kerja yang padat, mereka tak mahu bawa Resya. Tak nak Aresya bosan jadi mereka tinggalkan Resya kat rumah mak su"

Farrel tekun mendengar cerita Aresya. Rambut panjang Areya dielus lembut.

"Dari seminggu jadi sebulan. Sebulan ibu dan abah outstation dan sebulan juga lah Resya duduk di rumah mak su. Mulanya Resya tak nak. Resya nak ikut ibu abah tapi ibu abah tak bagi. Resya tak nak duduk rumah mak su sebab ada pak su"

"Pak su... pak su" nafas Aresya mula tersekat. Mata sudah kabur dengan air mata. Farrel genggam erat tangan Aresya. Beri kekuatan. Selepas berapa minit, Aresya menyambung cerita.

"Pak su raba Resya. Pak su pegang dada Resya. Pak su buat semua tu bila mak su takde kat rumah. Resya takut sangat masa tu. Resya hanya mampu menangis. Pak su ada ugut Resya, kalau Resya bagitahu siapa-siapa, pak su akan bunuh ibu dan abah" tangisan Aresya pecah.

"Lepas ibu abah balik. Resya diam. Resya tak bagitahu siapa-siapa sebab Resya takut pak su buat bunuh ibu abah."

"Tapi ada satu hari, Resya tak tahan bila setiap kali kami ke rumah mak su, pak su akan raba Resya. Jadi Resya mengadu pada mak su tapi mak su tak percaya. Mak su kata Resya sengaja fitnah pak su. Sejak dari tu mak su selalu pukul Resya"

"Ibu abah pula makin kerap outstation dan hantar Resya ke rumah mak su. Masa di rumah mak su lah, Resya kena pukul dengan mak su dan kena sexual harassment dengan pak su." Teresak-esak dia menangis.

"Sampai lah satu malam. Masa Resya tengah tidur dalam bilik. Resya nampak pak su masuk bilik. Di-dia buka seluar. Dia cium leher Resya.
R-resya takut sangat abang." Tak dapat nak teruskan cerita, wajah disebam pada dada Farrel. Farrel usap belakang tubuh Aresya untuk tenangkan.

"You tak perlu teruskan kalau you tak nak" kata Farrel lembut. Dia yang dengar pun terasa sakit apatah lagi Aresya yang alami.

Aresya geleng kepala. Dia nak cerita. Farrel berhak tahu.

"Tapi pak su tak sempat nak buat lebih sebab ibu masuk rumah. Resya terus lari kat ibu. Menangis teresak-esak. Abah pula dah tumbuk pak su. Mereka bergaduh besar." Sambung Aresya.

"Ibu telefon polis dan pak su kena tangkap. Pak su kena penjara 10 tahun...dan haritu Resya nampak pak su kat Mall"

"Dia dah keluar penjara abang. Nanti dia cari Resya. Resya takut" rintih Aresya. Tangan memeluk tubuh Farrel erat bagai tak mahu lepas.

"Shushh sayang. Calm down." Tubuh Aresya mengigil kecil. Mata dipejam rapat tak mahu buka. Setelah penat menangis, Dengkuran halus Aresya menyapa halwa telinga Farrel.

"Selagi abang hidup, abang akan jaga you. Jangan risau" dahi Aresya dikucup lama.








TO BE CONTINUE..

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now