37

172 9 0
                                    

Aresya dekati Puan Firah yang sedang merewang potong bawang bersama orang kampung yang lain. Puan Firah senyum nipis lihat Aresya yang duduk disebelahnya.

"Ada apa-apa yang Resya boleh tolong?" Tanya Aresya. Dalam hati dia berharap ada kerja kosong untuk dia buat. Sejak tadi orang asyik memandangnya buatkan dia rasa tak selesa.

Satu bakul bawang merah yang masih belum kupas kulit diserah pada Aresya bersama sebilah pisau. "Resya tolong kupas ya" Laju Aresya mengangguk. Akhirnya ada juga kerja.

Farrel pula sudah menghilang dengan kumpulan lelaki yang lain untuk lakukan kerja berat. Dari tadi dia tak nampak susuk tubuh suaminya. Fikiranya terbang pada kata-kata Juwita tadi.

"Eh Firah, ini ke isteri Farrel?" Aresya tersentak dari lamunan apabila pehanya ditepuk perlahan. Kus semangat.

Bebola mata tertacap pada seorang makcik pakai tudung sarung merah hati sedang memerhatikan nya atas bawah berkali-kali. Ada riak jengkel pada wajah.

"Iya Kak Mah. Ini lah isteri Farrel. Bunga Aresya namanya"

"Tak ada lah cantik mana pun. Juwita lagi cantik. Sudahlah tak bertudung. Bukan macam Juwita tu. Baik budak nya, bertutup litup." Kutuk Kak Mah pedas buatkan Aresya kaku diduduknya. Kemain Kak Mah kutuk orang tak pandang kiri kanan noh.

"Kenapalah kamu tak terima ke Juwita jadi menantu kamu? Entah dari mana budak ni Farrel kutip jadi isteri. Tak tutup aurat. Terdedah sana sini. Keluarga kamu ni keluarga yang kuat pegangan agama, macam mana Farrel boleh salah pilih macam ni?" Sambung Kak Mah lagi.

Tubir mata Aresya terasa memanas. Sudahlah ayat Juwita tadi masih terngiang-ngiang, tambah pula dengan kata-kata Kak Mah buatkan dia terasa mahu menangis di situ juga.

"Siapa lah saya nak tolak pilihan anak saya. Lagipun saya tengok elok aje Aresya ni. Tak semestinya yang bertutup litup tu elok perangainya dan tak semestinya yang tak bertudung atau tak menutup aurat perangai tak elok" Puan Firah geleng kepala kesal. Masih ada lagi orang yang fikiran sempit macam ni.

"Aku ni bukan apa Firah oi. Takut ada apa-apa yang jadi. Jangan masa tu baru kamu nak menyesal" selar Kak Mah seraya bangun dari duduk. Aresya tundukkan wajahnya menekur ke lantai. Tak berani nak angkat muka.

Tangan Aresya digenggam erat oleh Puan Firah. "Resya abaikan saja ya kata-kata Kak Mah tu. Biasalah orang tua. Jangan ambil hati ya?" Kata Puan Firah lembut. Dia sendiri yang dengar pun sakit hati apatah lagi tuan badan yang dikutuk.

"Ta-tak apa mummy. Resya okay je. Lagipun betul lah apa yang Kak Mah cakap tu" Aresya ukir senyuman tawar. Bila terasa air mata mahu tumpah, cepat-cepat dia minta diri untuk masuk dalam bilik.

Sebaik saja pintu ditutup. Air mata Aresya tumpah ke pipi. Tangan naik menekup mulut supaya esakannya tak kedengaran.

"Sakit sangat abang.. sakit sangat" dada ditepuk perlahan.

⋆⋅☆⋅⋆

Pulang saja dari pasar untuk beli barangan memasak, Puan Firah adu apa yang terjadi di dapur. Segera Farrel melangkah masuk ke dalam bilik dia dan Aresya.

Farrel hembus nafas lega bila nampak Aresya sedang tidur lena atas katil. Perlahan-lahan dia duduk di birai katil.

Rambut yang menutupi wajah cantik Aresya, dia alihkan. Bibir menguntum senyuman manis. Senyumannya mati tatkala perasan mata Aresya membengkak.

Lama juga dia merenung wajah si isteri yang terlena sehinggalah Aresya merengek kecil. Farrel tepuk pipi Aresya perlahan untuk kejut Aresya dari tidur.

"Sayang? Bangun sayang. Dah nak maghrib ni. Tak elok tidur" kejut Farrel lembut. Dahi Aresya berkerut kejap sebelum buka mata. Wajah penat Farrel menyapa pandangan.

"Abang?" Panggil Aresya mamai. Mata terasa bengkak. Mungkin kerana terlalu banyak menangis.

"Ya sayang. Abang ni. You okay tak?" Tanya Farrel risau. Bukan main lagi bengkak mata dia. Macam teruk saja dia menangis.

"Okay je. Abang pergi mana? Lama betul" Aresya tukar topik. Tak mahu bahaskan apa yang terjadi di dapur tengah hari tadi.

"Dari pasar. Kami yang lelaki ni beli barang untuk masak kenduri."

"You dah makan ke belum ni? Pucat je muka abang tengok?" Telapak tangan melekap pada dahi Aresya, tak panas.

"Belum. Resya nak makan dengan abang. Malu makan sorang-sorang"

Tipu. Bukan itu sebabnya.

Dia tak sanggup nak lihat orang pandang serong padanya. Rasa insecure menguasai diri.

"Lahh. Kenapa tunggu abang? Kan abang dah pesan pagi tadi. Kalau nak makan. Makan je. Jangan tunggu abang. Ish you ni" bebel Farrel sambil ambil tuala pada penyangkut. Mahu mandi badan sudah melekit dengan peluh.

Farrel dan Aresya turun ke dapur sambil berpimpin tangan. Aresya cuba untuk leraikan tapi makin erat Farrel menggengam tangannya. Akhirnya dia biarkan.

Mata-mata yang ada di dapur menoleh pada pasangan yang baru tiba. Mata Aresya dapat menangkap jelingan tajam dari Tok dan Mak ngah.

"Untung lah kan jadi kamu Aresya? Datang dapur je makanan dah tersedia. Tak perlu buat apa-apa. Makan tidur je kerja kau" perli Mak ngah. Aresya tundukkan wajah malu. Hilang terus selera makannya.

"Apa mak ngah ni? Dari semalam Farrel perasan mak ngah suka cari pasal dengan isteri Farrel. Apa salah dia mak ngah?" Marah Farrel. Sabarnya sudah habis had. Tak kira lah ibu saudara ke apa.

"Farrel Hifzyan" panggil Puan Firah tegas. Tak suka dengan cara percakapan Farrel. Farrel tarik nafas dalam sebelum hembus kasar.

"Farrel bawa Resya makan kat luar." Kata Farrel seraya menarik lembut tangan Aresya menuju ke luar rumah.

"Abang. Resya okay lah. Jom lah kita makan kat dapur" ajak Aresya. Dia tak suka bila Farrel bergaduh dan bermusuh dengan keluarga sendiri kerana dia. Hanya orang luar.

"Sayang.." panggil Farrel meleret. Dia rasa menyesal dengan keputusan dia untuk bawa Aresya pulang ke kampung.

Ini lah yang dia takut. Mak ngah akan menghentam Aresya kerana kejadian dulu.

"Untuk malam ni kita makan kat luar ya? Please sayang?" Pujuk Farrel. Aresya usap kekura tangan Farrel sebelum mengangguk.

Ada baik nya dia ambil angin malam untuk tenangkan diri.











TO BE CONTINUE..

-maaf lama tak update.. selamat hari raya semua!❤️

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now