43

188 15 1
                                    

"Abang! Sini kejap" Aresya memanggil suaminya yang baru saja tiba ke ruang tamu. Kaki Farrel mengorak langkah dekati Aresya.

"Ya sayang?" Tanya Farrel. Mata tertacap pada pelbagai jenis clip rambut warna warni di atas sofa. Dahi Farrel berkerut kejap.

"Nak buat apa beli banyak-banyak ni sayang?" Soal Farrel lagi. Aresya hanya tersengih. Tak mahu menjawab. Tanpa apa-apa dia letak clip rambut pada rambut Farrel.

"Apa ni sayang" tangan Farrel cuba untuk cabut clip tapi dihalang oleh Aresya. Tangan Farrel dipukul perlahan.

"Aip! Jangan tarik" marah Aresya. Garang wajahnya ketika itu buatkan Farrel diam menikus. Tak berani nak lawan.

Beberapa minit kemudian, Aresya menepuk tangannya. "Yey yey dah ciap!" Farrel hanya selesa memerhati telatah Aresya. Dah nak jadi mak budak pun macam budak-budak lagi.

"Say cheese abang!" Camera telefon sudah dihala pada Farrel. Aresya angkat tangan Farrel untuk buat peace. Farrel pun turutkan sajalah.

Farrel tayang muka beku buatkan Aresya mencebik tak puas hati. "Eish abang! Senyum lah!" Arah Aresya.

"Nak buat apa sayang. Malu lah" balas Farrel malas. Dia paling tak suka kalau bergambar. Bukan sebab tak handsome tapi tak tahu lah. Memang tak suka.

"Alaa senyum je. Cepat la abang" desak Aresya lagi. Naik lenguh tangan dia pegang telefon. Lambat-lambat Farrel senyum kekok.

"Abang! Elok elok lah" marah Aresya geram. Farrel senyum macam kambing tahu tak? Tak ikhlas langsung. Farrel ketawa kuat. Suka tengok Aresya marah.

Perut Farrel dicubit kuat buatkan dia mengaduh kesakitan. Pakej dengan kuku wo. Seksa.

"Okay okay kali ni betul-betul" jelingan tajam dihadiahkan pada Farrel. Main-main lagi. Siapa suruh?

"Okay, 1,2,3 cheese"

"Eee nomey nya jahshshwhsgwhsgw" Aresya menjerit histeria melihat gambar yang baru diambil.

Farrel senyum lebar sehingga menampakkan lesung pipit miliknya. Jarang tengok suaminya senyum, jadi dia tak tahu pun yang sebernanya ada lesung pipit.

"Abang! Comelnya!" Kata Aresya teruja. Matanya berkaca. Entah lah suami dia comel sangat sampai rasa nak menangis.

"Hey hey kenapa nak nangis pula ni?" Farrel mula gelabah. Aresya kesat air mata sambil ketawa kuat.  Dada Farrel dipukul perlahan.

"Abang comel sangat. Resya harap Haiyan warisi kecomelan abang" badan Farrel dipeluk erat. Hidung menghirup bauan badan Farrel. Tangan Farrel pula naik mengelus lembut rambut sang isteri.

"Abang harap Haiyan warisi perangai manja sayang" balas Farrel.

"No!" Bantah Aresya keras buatkan Farrel terpinga-pinga. Kening yang tak gatal, digaru perlahan.

"Kenapa?"

"Tak boleh! Biar Resya sorang je manja. Haiyan tak payah. Nanti dia rampas abang dari Resya" Farrel kemam bibir dari ketawa. Apa comel sangat bini aku ni? Haih.

"Biarlah dia nak manja dengan abang. Dia kan anak kita" kening dijungkit ke atas. Mengusik. Bibir Aresya mencebik mahu menangis. Rasa cemburu dengan anak sendiri.

"Eee tak boleh!"

⋆⋅☆⋅⋆

"Merajuk lagi ke yang?" Tegur Farrel selepas labuhkan duduk tepi Aresya. Masam saja wajah wanita mengandung itu. Aduhai dengan anak sendiri pun nak cemburu.

"Abang diam" ujar Aresya dingin. Mata tetap menonton kdrama tomorrow lakonan rowoon. Farrel sengih tak bersalah sebelum memeluk pinggang isterinya.

Farrel's wife [OG]Where stories live. Discover now